Khamis, Oktober 23, 2008

saya nak kurus..

Saya nak kurus! Saya nak kurus! itu slogan saya untuk hari ini.. hahaha.. Mulai bulan depan, saya akan mula berjoging semula. Best.. best... Bulan ini terlampau banyak undangan rumah terbuka.. dan banyak jugalah makanan yang masuk ke dalam perut saya. Jadi saya tidak berani menimbang berat badan ketika ini. Takut kalau-kalau naik lagi(emm.. kalau tengok cara saya makan.. tentulah bulan ni berat saya naik.. uwaaa).

Tak apa.. to do list untuk bulan depan dan bulan seterusnya.. hehhe..
1. joging setiap minggu di Taman Jaya
2. berbasikal setiap minggu atau 2 minggu sekali di Bukit Cerakah (kalau rajin dan takde hal bolehlah kot.. heheheh)
3. buat sit-up setiap malam (boleh ke ni? mcm tak percaya je..)
4. buat aerobik setiap minggu (dah lama tak buka vcd ni.. mula-mula beli je excited.. heheh)
5. kurangkan jumlah makanan (erk.. ni cam tak leh buat je ni.. emmm pikir.. pikir.. yg ni KIV jela.. ahhaha..)

AIM SAYA > KURANGKAN BERAT BADAN SEBANYAK 5 KG..(at least 2 kg jadilah... ahhaha)

Rabu, Oktober 22, 2008

belanja kahwin...

Hari ini, kami bercerita pasal belanja kahwin. Bukan pasal mas kahwin tapi pasal belanja kahwin keseluruhannya. Shina dengan bestnya, menghantar email tentang senarai belanja kahwin dia. Excited juga saya nak tengok perancangan belanjawan dia.

Bila saya buka sahaja excel yang mempunyai senarai belanjawan dia, saya tepuk dahi sekejap. Banyak betul perbelanjaan dia ni. Bak kata zura, boleh beli sebiji vios ni. Takutnya saya...

Teringat saya pasal semalam. Saya dan emak saya bersembang mengenai kawan adik saya yang tidak ada duit untuk isi minyak kereta dan terpaksa meminjam duit dari kawan-kawan untuk belanja. Malah kad kreditnya pun sudah melebihi had. Semuanya gara-gara membeli barang-barang kahwin yang mahal-mahal untuk bakal isterinya. Kesiannya dia... Emak pula sudah tentulah membebel-bebel... Belum jadi isteri sudah minta mahal-mahal.. Bila sudah jadi esok tak tahulah.. Nasib baiklah bukan anak dia yang kena.. kalau tidak emak saya sudah laser-laserkan bakal menantu dia itu.. heheh..

Kalau tanya saya, sederhana sudahlah.. Kesian bakal suami saya nanti kalau saya demand-demand. Tambahan lagi ekonomi sekarang tidak begitu memberangsangkan. Lebih baik saya suruh dia menyimpan untuk masa depan kami. Majlis kahwin kami grand atau tidak, itu tidak menjadi masalah. Yang penting, kemeriahan itu yang kami rasa.

Aduh.. berangannya saya.. calonnya pun tidak ada lagi.. maknanya jauh lagilah majlis kahwin saya ya.. Yang ada dalam to do list saya sekarang pun; kumpul duit untuk sambung master saya. Harap-harap tahun depan, impian saya tercapai.

Bila agaknya kahwin tu hendak diletakkan dlm list saya ya? Emak sudah bising-bising bila saya kata hendak kahwin dalam masa 5 tahun lagi (jangkaan saya je..). Hahahaha.. saya cuma gelak sahaja.. Saya berserah saja jodoh saya kepada Allah S.W.T. Kalau sudah ditetapkan, jangankan 5 tahun.. 5 minit lagi pn saya boleh berkahwin.

p/s: saya selalu berdoa untuk mendekatkan jodoh saya dengan lelaki yang dapat membimbing saya sama ada dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.. Amin..

Selasa, Oktober 21, 2008

layan rock kapak...

Time lunch hari ini saya layan lagu-lagu rock kapak dalam youtube. Best pula rasanya.. padahal pagi tadi saya sudah bercita-cita untuk tidur ketika waktu rehat.

Saya ini memang peminat lagu-lagu rock tahun 80 an dan 90 an. Best betul lagu-lagu rock masa itu. Walaupun masa itu saya kecil lagi, tapi hidup saya dikelilingi dengan muzik-muzik begitu.
Saya ingat lagi masa saya kecil, saya suka masuk bilik pakcu saya yang tinggal bersama pak jang saya. Masa itu, pakcu saya masih bujang lagi. Dalam bilik dia penuh dengan kaset-kaset lagu rock malah siap ada poster-poster kumpulan rock terkenal masa itu. Saya pun tumpang guling-guling atas katil sambil buka lagu-lagu tersebut.. hahahah.. selalunya saya masuk ketika pakcu tidak ada di rumah.

Sekarang ini, bila dengar lagu-lagu begitu, saya terkenang kenangan lalu. Terkenang jugalah rambut pakcu yang panjang ala- ala joe wing itu. Kelakar.. kelakar..

Jumaat, Oktober 17, 2008

hari ini hari selamba saya...

Hari ini saya memang agak selamba. Bukan selamba apa.. cuma dari pagi tadi saya keluar berjalan-jalan ke hulu langat. Bukan berjalan-jalan kosong. Saya mengikut bos saya berjumpa dengan penulis buku kami. Kami masuk ofis semula dalam pukul 11.45.

Lepas itu, dengan selamba juga saya keluar rehat pukul 12.20 tapi disebabkan saya terlampau selamba, saya terlupa memakai cermin mata. Terpaksa naik balik ke meja saya. Kemudian, saya drive ke Menara Telekom dan ambil zura untuk makan tengah hari di Taman Jaya. Saya tahu, yang saya akan masuk lambat kalau ambil zura dan makan di Taman Jaya. Tapi disebabkan hari ini hari selamba saya, dengan selamba juga saya masuk lambat. Pukul 1.50 baru saya sampai ofis. Wah, masuk ofis dan berjalan menuju ke meja saya dengan muka selamba.. memang saya tidak pernah buat.. selalunya saya akan takut-takut. Otak saya mereng agaknya hari ini.. heheh..

Sampai sahaja di kubikel saya, saya buka buku KLT Tahun 1, buka muka surat 1, pegang pensel dengan gaya hendak mengedit.. dalam masa lima minit, saya pun zzzzzzzz... hahahahah..
Kemudian saya tersedar ketika telefon berbunyi dan jam menunjukkan pukul 3. Parah betul saya hari ini. Ai.. hari ini memang hari selamba saya....

Khamis, Oktober 16, 2008

geramnya...

Hai.. geram betul saya sekarang ini. Panggilan dari Za sekejap dari menyebabkan saya geram dengan diri saya sendiri.

Alkisahnya, pagi tadi saya menyemak senarai emel saya. Kemudian, tangan saya dengan pantas memadam mana-mana emel yang saya rasa tidak penting. Rupanya, dalam banyak-banyak emel yang saya padam itu, terdapat satu emel yang sangat penting dari big bos saya. Apatah lagi email itu personal dan mempunyai satu password yang memang khas untuk setiap seorang staf. Kalau za tidak telefon dan menanyakan saya hal itu, sampai bila pun saya tidak sedar bahawa emel itu sangat penting.

Aduh.. geramnya saya. Selalunya emel-emel dari big bos akan saya baca atau simpan di personal folder dahulu sebelum membuangnya. Bagaimanalah saya boleh tidak perasan. Cepat betul tangan saya ini mengklik ikon delete itu. Sudah puas saya cari di folder delete tetapi tidak ada. Geramnya saya... Inilah yang dikatakan terlajak perahu boleh diundur, terlajak klik... aduh... pening.. pening... bertawakal sahajalah saya.. hendak buat macam mana.. salah sendiri..

Selasa, Oktober 14, 2008

saya, si dia dan rumah terbuka...

Kelapangan waktu membuatkan tangan saya gatal-gatal untuk menge-melkan jemputan ke rumah terbuka saya ahad ini. Ketika hendak menghantar emel itu, aduh.. takutnya saya. Macam-macam saya fikir, bahasa saya betulkah? Maklumlah, semuanya editor, sekejap saja sudah dapat lihat kesalahan bahasa walaupun kecil.. heheh.. Habis-habis fikir dan edit sedikit di sana sini, kemudian saya hantar kepada rakan-rakan saya yang sama jabatan. Huh, lega sudah hati saya. Tak apalah.. yang penting niat saya ikhlas menjemput mereka.

Saya juga menjemput si dia yang pernah saya suka dan si dia yang sekarang bertakhta di hati. Saya tidak tahu jika keduanya berkesempatan ke rumah saya. Tiba-tiba saya jadi risau kalau-kalau keduanya datang dan bertembung.. aduh, tentu saja hati saya berdebar-debar. Tetapi secara rasional dan logiknya, perkara ini mungkin tidak akan berlaku.

Yang lebih membuatkan hati saya lebih berdebar-debar sekarang adalah berkenaan maklang saya. Itulah, bak kata orang terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata merana diri... Memang meranalah diri saya sekarang. Semua ini gara-gara, maklang saya yang mahu menjodohkan saya dengan seseorang beberapa bulan lalu. Ceritanya diringkaskan dan lebih kurang begini..
Pada suatu malam yang suam-suam kuku sambil menonton televisyen.

Maklang: anak sedara busu mani keja engineer kat kedah tapi tak kawin lagi..
saya senyap sahaja.. pura-pura tak dengar..

Maklang: gaji bagus tuh. Mak dia tengah cari calon..
saya senyap lagi.. dalam hati.. ape kena mengena dengan saya??

Maklang: maklang cakap yang kaklong pun baru habis belajar..
saya sudah jeling-jeling mak di tepi.. Mak cuma sengih-sengih sahaja.. macam da tahu je fasal ni... habislah saya.. patutlah hari itu, mak sudah warning saya..

Maklang: kaklong da ada boypren?
Dengan pantas saya angguk. Jangan cari nahas.... itu kata hati saya..

Maklang: orang mana?
alamak... memang nahas saya... dengan teragak-agak saya jawab: orang johor..

Maklang: keja apa?

fyza d.hana: lecturer.. (memang saya sedang mengorek kubur sendiri....)

Maklang: kenal mana? (banyak pulak soalan maklang saya ni.. macam FBI.. mak pulak sengih-sengih sahaja.. taknak amik port.. uuu.. tolongggg...)

fyza d.hana: sama kelas dulu.. (masa ni adik saya sudah senyum simpul.. mesti dia tahu siapa yang saya maksudkan.. ceh.. mesti lepas ni jadi modal dia mengusik saya... ciss..)

Maklang: nanti masa konvokesyen kenalkan dengan maklang.

Saya sudah terkedu. Macam ada batu bertimpa-timpa menghempap kepala saya.. Tapi saya bernasib baik betul kerana semasa majlis konvokesyen, maklang saya terlupa. Bersyukur betul saya masa itu.

Bila "keadaan" sudah reda sekarang, alih-alih semalam semasa emak menjemput maklang datang ke rumah terbuka kami, maklang siap menyampaikan pesan kepada emak menyuruh saya menjemput si "dia". Peningnya kepala saya... macam mana ini? Saya kata pada emak kalau maklang tanya katakan saja kami sudah putus. Tapi bila emak saya kata, "Kau nak maklang carikan calon lagi ke?", cepat-cepat saya geleng kepala.. Emak pula gelak-gelak.. Sabar sahajalah saya. Kemudian emak memberi idea bernas, "cakap ajelah, budak tu tak dapat datang, sibuk.. jauh...," hehehehe.. pandai betul mak.. Adus.. inilah namanya penipuan yang ditutup dengan penipuan... Bertambahlah dosa saya lagi..

Apa pun saya cuma harap maklang tidak ingat langsung tentang perkara ini seperti yang terjadi di majlis konvokesyen dulu. Aduh, macam cerita zaman dolu-dolu pula.. tak pun seperti cerita anak mami filem arahan Prof. A.Razak Mohaiden.. Aduh.. Tak Nakkkkk...


p/s: si dia itu pun tak sedar-sedar saya sukakan dia.. benci betul...

Khamis, Oktober 09, 2008

kebaya oh kebaya..

Hari ini kerja saya mencari design kebaya sahaja dari pagi sampai ke petang. Dari kebaya nyonya sampailah ke kebaya moden indonesia. Cantik-cantik belaka sampai berpinar sekejap mata nak pilih mana yang sesuai.

Akhirnya ada satu design yang sesuai dan cantik pada pandangan mata saya. Design ini akan saya simpan untuk majlis perkahwinan hani tahun depan. Awal betul saya merancang. hehehe... Macam manalah saya tak teruja. Di antara 'geng lanun' kami, dialah orang yang pertama akan menamatkan zaman bujang. Tidak tercari perkataan yang sesuai untuk saya katakan bagi mengambarkan perasaan saya sekarang. Ketika mendapat tahu bahawa hani akan bertunang dengan pilihan hati, hati saya juga berdetik. Jodohnya sudah sampai. Saya pula? Walaupun umur sudah semakin meningkat tapi fikiran dan kelakuan sama sahaja. Sifat keanak-anakan dan kebudak-budakan masih lagi menebal.

Malah, saya rasa kematangan saya belum cukup untuk menempuh alam baru. Apatah lagi saya masih sendiri. Walaupun terasa sunyi tetapi kadang-kadang saya lebih selesa begini. Bukan saya tidak ada perasaan. Saya juga meminati seseorang (si dia yang jauh di selatan) tetapi saya takut untuk berterus terang. Jadi, saya lebih senang begini.

Emm, dalam mencari-mencari design kebaya di internet, saya terjumpa satu gambar baju panjang nyonya. Menarik pula saya tengok. Saya memang ada satu pasang kain untuk ditempah petang ini. Harap-harap tukang jahit itu bolehlah buat mengikut design ini. Semenjak kerja ini, bermacam-macam jenis fesyen kurung dan kebaya ingin saya buat. Semasa belajar dulu, jangan harap saya hendak pakai sebarang kebaya. Memakai baju kurung pun sudah cukup bagus.

Cuma baru-baru ini sahaja saya bersemangat pula untuk mencuba bermacam-macam jenis baju kurung dan kebaya. Emak pula sudah bising-bising, takut saya perapkan sahaja baju-baju itu di almari. Dulu pun saya ada beberapa pasang kebaya. Pakainya sekali sahaja, kemudian saya simpan sahaja. Sudahnya saya beri pada adik saya sahaja.

Takpe, kali ini saya akan pakai semua baju itu. Azam hendak menjadi perempuan melayu terakhir ni. Harap-haraplah.. ahhahah...

Selasa, Oktober 07, 2008

raya ketujuh..

Hari ini hari ketujuh kita berhari raya. Ada yang masih bercuti dan ada yang sudah memulakan tugas di pejabat. Saya adalah antara mereka yang sudah memulakan tugas di pejabat. Tapi badan yang tidak sihat menyebabkan saya malas sangat bekerja. Nasib baik pun saya tidak sibuk seperti selalu. Dari sebelum raya lagi saya dan yang lain-lain bergoyang kaki sahaja. Bila projek baru habis, memang macam ni lah.. esok lusa bila projek baru masuk.. mcm lipas la kami.. tak cukup kaki tangan..

Bosannya..
Badan tak sihat..
Kerja pun tak ada..

Mood kerja pun memang dah hilang sejak akhir-akhir ini. Saya tak tahu la kenapa. Saya mula bosan dengan persekitaran tempat kerja saya. Saya mula bosan dengan sesetengah orang di sini. Malah saya juga makin bosan dengan seseorang yang pernah akrab dengan saya. Saya rasa, saya juga sudah tidak seperti dulu. Ceria, bising, happening..
Semua itu semakin hilang dari hari ke hari. Macam-macam perkara cuba saya lakukan untuk mengembalikan mood saya semula. Bermacam-macam perkara positif cuma saya fikirkan tapi mood saya tetap begitu. Mungkin disebabkan persekitaran yang menyesakkan ini membuatkan saya mahu menghirup udara yang lain. Saya sudah mula mengisi borang kerja lain dan mengemaskini resume saya.

Setiap hari saya berharap untuk mendapat kerja yang lain. Bukan saya tidak bersyukur dengan apa yang ada. Saya sangat bersyukur tapi salahkah saya kalu ingin meningkatkan sedikit taraf kerjaya saya. Di sini saya tidak nampak kerjaya saya berkembang. Malah semakin lama semakin saya rasa saya tidak layak berada di sini. Semakin lama semakin saya rasa kerjaya ini tidak sesuai dengan saya. Jadi sebelum minda dan jiwa saya menjadi semakin teruk lebih baik saya beralih angin.

Harap-harap di bulan Syawal ini, sesuatu yang baik pada saya akan berlaku dan mengubah mood saya semula..

p/s: saya rindu pada si dia juga...