Jumaat, Mei 29, 2009

ape kes ni??

Baca berita harian online. Tajuk berita ni macam menarik. Ingatkan berlaku kat luar negara. Rupa-rupanya, kat malaysia la..
____________________________________________________

Gara-gara Manchester United gagal menjuarai Liga Juara-Juara Eropah

KUALA LUMPUR: Kegembiraan seorang penyokong setia Barcelona meraikan kejayaan pasukannya menjuarai Liga Juara-Juara Eropah awal pagi semalam, bertukar tragedi apabila dibelasah dan ditetak sekumpulan penyokong Manchester United (MU) di sebuah restoran di Pudu Hulu di sini, awal pagi semalam. Sebelum kejadian jam 4.45 pagi itu, Muhammad Radzeley Ramlan, 25, bersama sembilan rakannya menonton perlawanan akhir antara Barcelona dan MU di restoran berkenaan.
berita selanjutnya di sini

____________________________________________________

ape kes sampai nak belasah orang ni?? tak paham betul la.. takde semangat kesukanan betul la.. relaks la.. yang nak emo tak tentu pasal apesal...

Ahad, Mei 17, 2009

transformasi sudah pun berakhir!!??..

1. hafiz
2. aril
3. akim

4. yazid
5. isma


Keputusan AF7. Tahniah untuk mereka. Puas hati dengan result tu? Macam tak puas hati.. tapi.. lantak la.. hahahaha.. apapun... HAFIZ JUARA!!!!.. wooohoooo...

Jumaat, Mei 15, 2009

siri pemberontakan III

Tadi.. CYT kata dia bagi email kat si bos. Dia kata, bos, lu bagitau sendiri miss K yang semua data dah siap transfer dalam database. Ini bukan bidang kerja wa. Wa takkan buat.

Wah.. nampaknya CYT yang lemah lembut ni pulak memberontak. Nampaknya kelab pemberontak semakin berkembang.. yeahhhh...

p/s: bukan saya yang ajar dia memberontak ye.. betul.. tak percaya?? sudah la...

Khamis, Mei 14, 2009

hari ni hari ape??

Wahhh.. hari ini hari khamis rupanya.. ingatkan hari rabu... bila tengok tarikh kat atas.. gulpp..
punyalah kepala kusut, hati kusut sampai tak ingat hari ni hari ape..
adeehhhh... patut lah si bos #($* tadi kata kalau tak dapat jumpa author esok, jumpa je hari isnin. Pikir-pikir gak.. nape tak jumpa hari jumaat. sebab hari ini hari rabu. esok khamis. lusa jumaat. Ingatkan si bos yang hilang ingatan.. rupanya sendiri yang hilang ingatan..
uwaaa...

tenang...

LUNCH. Tak de selera nak makan. Bukan dietlah. Sakit hati tak abis lagi.

Bancuh teh hijau + dengar zikir = ketenangan jiwa.

p/s: boleh kurus kalau hari-hari macam ni..

siri pemberontakan II

Pepagi kena panggil masuk meeting. Pastu dapat tahu bad news plak tu. Kitorang kena stay ofis ni 24/7 mulai minggu depan. APA??!! MEMANG #($&*(#$! Pastu siap ugut. Kalau tak siapkan minggu depan. Tahun depan takde bonus. MEMANG @$(&%#$! lagi sekali.

Lepas meeting, cik A tanya progress tuk projek tu. 80% da siap. Yang lain kena tunggu si bos @#( @ kasi. Pastu si bos @#( @ buat perangai pelik dia yang buat saya bengang. Dahla bengang pasal berita pagi tadi tak abis lagi. Ni dia pula nak buat perangai. Apa lagi. Dapatlah dia sebiji. Nasib baik saya tak buka silat. Kalau tak mampus ko si bos @#( @.

AARRGGHH... SAYA NAK MEMBERONTAK LAGI HARI NI.....

Rabu, Mei 13, 2009

siapa nak kena penyepak ni!!!!

Aii.. bikin hati panas je. Keluar office. Gi tempat parking. Tengok ada kesan calar yang dalam belah pintu kiri. Bikin hati saya panas je. Sudahlah dari pagi tadi dok bengang pasal penggunaan internet disekat. Balik-balik kerja plak, kereta kena calar. Sapa yang gatal tangan dok calarkan keta saya yang canteek ni. Memang nak kena penyepak betul la.. Ya Allah, Kau datangkan la musibah ke atas orang yang menganiayai keretaku ini. Minta maaf ye sebab mendoakan yang tak baik kat si baghal tu tapi saya tengah sakit hati, sakit mata. Uwaaa.. myviku...

p/s: rasa mau nangis. plak tu mp3 kuar lagu F schubert-serenade. fuh..sedih.. uuwaaa... spoil mood seminggu.

siri pemberontakan I

Aish.. semalam dapat email berapi dari Admin Exec. Diberikan final warning. Department kami dilarang surfing internet yang tak berkaitan dengan kerja lagi. Wah.. dah dahsyat ni. Ni yang bikin hati panas ni. Sudah ala-ala tentera ni woo...
Tapi.. pagi-pagi tadi saya dah buka meebo. Wah, degil betul saya. hahaha. Lepas tu, Cik Nazri bagi email.
Macam mana aku nak dengar lagu dangdut lagi ni??
Alamak. Saya no komen. hahhahah.. Saya balas email cik nazri. Kami pun bergosip-gosip sambil meluahkan isi hati. Tiba-tiba cik nazri kata,
Pssttt silap2 emel kita ni pon dipantau hahahahahha…
Jawaban saya senang je..
Aku syak diorg pantau gak.. hahha..
Ahhh… pegi mampus..
Jgn smpai kejadian jebat durhaka berulang kembali..
Sejarah mungkin berulanggg.. oo.. hahahhah…
Cik nazri pulak balas..
Hahahahaha,,,bagus2 inilah org yg aku cari..pemberontak sprtiku huhuuuu..kalu kena pantau kita dua org yg kena trajang keluar dulu…apa yg pntg! Kerjasama! Wonderpet, kami dtg..myelamatkan diri dlm kesusahan! Yeaaaaaaaahhhhhhhh wonderpets!
Ok.. siapa nak join kelab pemberontak ni, sila angkat tangan.. wahahahhahhahahhaha...
p/s: before lunch tadi, saya sangap betul. tengah syok2 YM dgn hani s/u lanun, tetiba meebo tu disconnect sendiri. Bila try open balik, boleh plak page cannot be displayed.. memang HANTTTUUUU BETULLL!!!!!

Selasa, Mei 12, 2009

tolong la mrs. bos...

Hari ni lambat lagi ke ofis. Semalam pun lambat. Saja je. Environment sekeliling makin membosankan. Tak ada semangatlah nak buat kerja. Dah berapa kali dok merayau keliling ofis ni. Mencari inspirasi. Aduh, muka yang sama je. Mrs. bos, tolonglah recruit orang baru dengan cepat. Kalau boleh carilah yang agak hensem. Biar bersemangat sikit datang kerja. Hahahahahahaha...

Isnin, Mei 11, 2009

isnin yang poyo..

Kalau nak dekat-dekat waktu balik kerja je... mata mesti mengantuk. Mulut da 2 3 kali menguap. Toilet da 2 3 kali pergi untuk cuci muka. Mata da 2 3 kali ditonyoh-tonyoh smpai berair. Aduh, cepatlah pukul 5. Mata ni. Tepat kul 5 karang, confirm terbuka luas. Gaya-gaya mengantuk memang hilang langsung. Ai, memang ciss betul la..

Sabtu, Mei 09, 2009

kisah ketua lanun dan butik..

Hari ini saya n zura ketua lanun tak jadi pergi seremban. Semalam Aini kata butik tu tak buka. Cuti hari wesak. Pelik la. Kakak tu mcm sambut je. Jadi kitorang decide nak survey-survey kat PKNS & Plaza Alam Sentral.
Tempat pertama, PKNS. Jumpe satu butik. Tanya2. kakak(tp patut kena panggil abang) tu kata upah RM350. Tak kisah kain jenis apa tapi kalau design fesyen merepek, mungkin lebih. Saya tanya lagi macam-macam untuk puaskan hati. Si ketua lanun pulak diam je. Aik, sape yang nak upah baju tunang ni? Bila tanya dia, macam ok tapi kitorg hold dulu la. Kononnya mungkin ada yang lagi murah. Jadi, misi kitorang cari butik yang leh amik upah kurang dari RM350 tapi jahitan tu mesti cantik.
Tempat kedua, SACC mall. Jalan-jalan je. Tengok-tengok. Saya kata dengan ketua lanun. Sini ada butik Salikin Sidek, hehhehe.. Dia jeling saya. Agak-agak la beb, kata dia. Hahahahaha.. nasib baik saya tak kena sekeh. Ya, kat sana takde butik yang menarik(dari segi mata dan kewangan..uhuks).
Tempat ketiga, Plaza Alam Sentral. Macam kat SACC mall gak. Butik sini nampak canggih-canggih. Tapi cam takde yang menarik. Masuk satu butik tu. Kakak tu kata upah kami dari RM450 ke atas. Itu pun tengok jenis kain. Oooo.. kami angguk je. Pastu blah je la. Dalam berkira-kira nak balik. Nampak satu butik tu. Emm.. nampak cam menarik. Baju display pun nampak cantik. Ye, secantik harga upahnya. Bila kami tanya, kakak tu kata kat situ upahnya start dari RM1000. Mak datuk.. kitorg da telan air liur. Kakak tu buat-buat buka invoice lama pastu tanya kami bawa tak kain tu. Si ketua lanun dengan muka nak tak nak keluarkanlah kain tu. Kakak tu rasa sikit-sikit. Ooo.. ada bead ye, kakak tu buat muka poyo. Saya rasa cam tak boleh blah tengok muka dia. Saya tengok muka ketua lanun. Lain macam dah muka ketua ni. Hahaha.. Pastu kakak tu kata, ni dalam seribu lebih la upah. Wah, kepala dia.. Saya cakap dalam hati je la. Saya rasa ketua pun kata benda yang sama dalam hati dia. Ketua pun kata, takpe la camtu. Terima kasih. Saya tengok muka kakak tu tetap poyo. Sebaik sahaja kaki kami melangkah keluar, ketua pn kata.. mak aihh.. upah seribu. Nak mampus. Baik aku pergi butik cosry je. Puas hati beb. Ya, saya pun angguk setuju. Memang *#&$&* la butik tu. Agak-agaklah. Kain sendiri. Lining pun sendiri. Tolong jahit je. Peh.. mahal betul. Kalau ikut hati, mahu je nak tanya apa yang dikira sampai boleh jadi seribu untuk upah menjahit sahaja. Tapi kitorang malas nak panjang-panjang. Sebab tu terus blah je..
Last-last
, kami decide untuk ke butik yang mula-mula kami pergi. Tak de pulak kakak tu kecoh-kecoh amik upah lebih sebab kain ada bead. Tetap RM350. Siap kata dia akan buat cantik-cantik untuk si ketua lanun ni. Cayalah kak. Yela.. amik hati customer tu. Bagus-bagus. Siap janji nak siapkan awal. Itu lagi bagus.
Hmm.. masa kami lunch, ketua lanun kata, aku syak kakak kat PAS tu letak upah mahal sebab aku panggil dia abang la wei. Hahahhahhah... patutlah... cis, si ketua lanun tak cover mulut. Nasib la kan...