Jumaat, Oktober 30, 2009

marah..

Dulu masa sekolah. Saya panas baran. Sikit-sikit nak marah. Sikit-sikit nak gaduh. Dengan budak laki pn tak jadi hal. Setakat nak sepak diorg tu no hal. Hmmm [sambil geleng kepala~insaf]

Lepas tu masa di U. Panas baran dah kurang. Mungkin sebab persekitaran. BErkawan dengan orang skema, baik, sopan santun [kecuali ketua lanun] yang akhirnya saya cucuk sikit “kenakalan” saya pada mereka. Hahahahaha.. Tapi sejak berkawan dengan mereka, kesabaran saya makin meningkat. [syukurlah]

Sekarang. Bila sudah kerja. Orang ingat saya seorang yang susah marah. Mungkin sebab mereka lihat saya seorang yang happy go lucky. Semua kemarahan, saya pendam sendiri. Saya tak nak tunjuk kat orang. Nanti dah jadi tak comel. Hehehehe..

Tapi, akhir-akhir ni, kenapalah ada orang-orang ni suka nak membangkitkan kemarahan saya.
Tolonglah jangan cari pasal ek!!

Khamis, Oktober 08, 2009

maju ke depan.. banzai..banzai..

Hari ini saya sudah maju sedikit di hadapan.
Walaupun harapan untuk lulus temuduga pagi tadi agak kurang.
Tapi, saya berbangga dengan diri sendiri kerana berani mengambil satu langkah ke hadapan.
Woohooo...bestnya rasa. Banzai.. banzai.. banzai..

Jumaat, Oktober 02, 2009

kedip-kedip

Dari pagi tadi, mata belah kiri saya asyik berkedip-kedip. Orang kata kalau mata kiri asyik berkedip, ada sesuatu yang tidak elok terjadi.

Tengah hari tadi, seperti yang dirancang, kami pun meluncur laju ke restoran nasi ayam di amcorp mall. Cik Nazrie kata, tak sabar aku nak makan nasi ayam+mengumpat ni.

Bila sudah sampai, Cik Nazrie pun pergi la chop tempat yang sesuai, manakala saya, Cik Janah n Cik Za beratur untuk mengorder nasi ayam.

"Beb, aku nampak M tadi," kata Cik Nazrie semasa saya meletakkan dulang makanan ke meja kami. Dengan muka terkejut saya tanya,"Dengan sape beb?"

"Dengan mummy the return & R la.." Gulp, rasa cam tak sedap hati. "Diorg kat mana sekarang ni?"
"Entah. Selalunya diorang ni pi sri melaka."
"uu.. jangan diorg makan dekat2 sudah la."

Lepas je perbualan pendek tu, saya pun pergilah ambil sos cili (restoran tu jenis ambil cili, kicap dan sup sendiri..). Elok-elok saya berpaling, tengok Cik Nazrie sudah tukar tempat. Dengan muka hairan dan menahan gelak (cili hampir-hampir je tumpah dari dalam bekas sebab tangan dah gigil-gigil tahan gelak), saya pun berjalanlah menuju ke tempat yang baru. Bila ditanya, dia kata meja tadi kecil.

Saya masih lagi menahan ketawa. Sampai sakit perut jadinya. Muka Cik Janah da berkerut-kerut. Cik Za pula jadi blur.

"Iye.. salah akulah ni. Mana aku nak tau diorg nak duduk kat belakang kita," kata Cik Nazrie. "Memang malang betul la. Baru nak mengumpat diorg. Mummy the return ni baca ke email kita tadi?"

Saya sudah gelak besar. Itulah. Hendak mengumpat bos. Kononnya jauh dari ofis. Mana tau rupanya geng Mummy the return tu siap makan belakang meja kitorg lagi. Memang lawak antarabangsa. Masing-masing kata, macam-macam petunjuk da ada sebelum ke mari. Rupanya benda ni yang nak jadi. Masing-masing makan dengan jiwa kacau. Lawak.. lawak..

Agaknya, mata saya berkedip-kedip sebab ini kot.. hahahaha...