Khamis, November 26, 2009

ohh..my gucci..

Semalam. YM dengan en.mugi. Plan nak tengok Pisau Cukur.

Suruh dia booking tiket. Konon lebih senang. Tapi seat untuk booking cuma baris depan skrin. Ape kes? Seat tak bagus langsung.
So, plannya kitorang main redah aje. Sambil tu buat plan B. Kalau-kalau seat full.
En.mugi senaraikan filem yang berkemungkinan untuk ditengok kalau Pisau Cukur tak dapat tengok.
Dalam banyak2 list tu, tetibe dia kata ada cite Jalang (WTH).. citer ape ni? hahhaha.. sila abaikan citer tu.. hahha..
Saya cadangkan tengok Phobia 2. Tapi en.mugi kata.. itu pilihan terakhir.. hahhaha.. penakut punyer orang. [memang pun… baru tengok trailer santau.. da tutup muka… macam mana nak ajak tengok ni.. aishh]

Pukul 9 kami ke TGV sunway pyramid. Memang main redah je dengan berpakaian ala-ala pergi pasar. Hahaha.. mentang-mentang pyramid tu sekangkang kera dari rumah. Nasib baik ada seat lagi. Walaupun couple seat je yang tinggal. Hahhaha.. 1st time duduk kt couple seat. Best jugalah. En.mugi siap boleh bersila lagi [oo..mungkin menunjukkan saya da kurus..wahahhaha].

Ok.. cerita start.
Memang boleh bagi 5 bintang. Jalan cerita ringkas tapi best. Dari awal sampai habis buat saya tergelak.
Kira tak rugilah kami tengok Pisau Cukur.

1st time tengok Maya berlakon watak ala-ala gedik tapi sopan. Uuu.. sangat comel.
Fazura. Memang saya suka tengok dia berlakon. Sangat comel. Ohh..my prada.. hahhahah..
Aaron Aziz. Salah satu sebab saya nak tengok cerita ni. so.. hensem..
Tapi faqir si gigi besi tu sape pulak ek? Da lupa nama dia. Pergh.. beruntung dapat menari dengan Maya Karin. Jelesnya.. hehhe..

Kesimpulannya, cerita ni memang best. Gandingan pelakon baru dan lama memang marvelous. Hehehe..
Siapa yang tak tengok lagi. Pergilah tengok. Tak rugi. Sokonglah industri perfileman kita. Hahhaha..

BTW..
 
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. MAAF ZAHIR BATIN.

Rabu, November 25, 2009

link..

Tadi, ada seorang budak kecik ni minta sesuatu.


“kasi link org saiko u kasi smlm,
nak tgk kam****,
hehehe,
bosan daa”

Erk..nak skodeng orang je keje budak kecik ni. Disebabkan saya ni orang yang baik hati. Saya pun copykan link tu. Dari skodeng aje. Saya suruh dia komen je terus.

“hahaha,
ala..,
kang kne ambush dgn ** tu,
i dh testing,
hahaha,
bgi salam je,
hehhe”

Erk.. tapi saya kata bukan ** kenal pun. Hahhaha..

“hahaha,
tula..,
nsib xknal,
hehhe..”

Saya cuma boleh gelak saje. Confident level tinggi ni. Memang senget budak kecik ni…

Isnin, November 23, 2009

pemburu pontianak..

Monday blues. Elok benarlah. Hari ini pun saya pakai serba biru. Bos takde. Keje takde. Bagusnya kalau dapat sambung tidur. Sudahlah malam tadi tidur tak tenang.


Ape kes boleh mimpi hantu plak malam tadi. Shitake betul la… Lepas tu, boleh bersambung ke scene dapat pedang cam dalam komik pedang setiawan tu. Pedang tu digunakan untuk bunuh hantu. Pergh, dalam mimpi saya jadi pemburu pontianak pulak. Ini sudah macam dalam cerita The Twin Effect. Cuma takde Ekin Cheng @ Edison Chen sebagai heronya. Macam siot je.. hahhaha.. Bangun pagi badan penat sebab kejar-kejar hantu. Hahhahaha..Ini patut mimpi ngeri ke mimpi aksi 18SG?[sila amik perhatian: aksi 18SG sahaja]

Moral of the story: sila jangan baca banyak sangat komik sebelum tidur. Kalau tak, mungkin anda akan jadi vampire slayer atau sailormoon dalam mimpi anda. Hahhahhaha..

p/s: tak sabar nak tunggu filem storm warriors sambungan storm rider bulan depan.. woohooo..

Sabtu, November 21, 2009

karok..

Cadangnya nak lepak-lepak di Bidayah aje. Pekena teh tarik. Makan naan cheese. Time hujan. Heaven je rasa.

Lepas hantar cik aida, cik hus dan cik ayu, saya terus ke ofis cik nad. Sampai ofis, lepak-lepak kejap. Tetiba dia ajak pergi karok. Dengan naz, budak ofis dia. Lepas temankan dia makan, kitorang pun pergilah ke wangsa walk.

Punyalah ramai orang. Bilik yang kecil penuh. Bilik sederhana pun penuh. Last-last, kami ambillah bilik besar. Katanya boleh muat 20 orang. Apeke jadah. Kami bertiga ajela wei. Tapi sebab dah malas nak menunggu, yang entah bila boleh dapat tu, kami ambil jugalah bilik besar. Tapi bila kami masuk macam tak besar mana pun. Betulkah boleh muat 20 orang? Musykil betul..

Awal-awal lagi saya tibai lagu Hanya Padamu. Masa ni ingatkan naz tak dtg lagi. Elok je lagu tu start, dia pun masuk. Aduhai. nyanyi dengan cover2. Kejap aje. Masuk lagu kedua. Masing-masing dah naik syeh... hahhah..

Suara naz. pergh.. gempak. Tiba-tiba malu dengan suara sendiri. hahhahha...

Hari ini buat pertama kalinya, saya karok lagu ni. Rock kapak arini cuma dua buah lagu je. hehheh.. Lagu ni selalu melalak depan pc kat ofis dan kat rumah.

Rasa comel sangat bila nyanyi lagu ni. Sesuai dengan saya. ahaks...


balik rumah..saya karok lagi lagu ni depan pc secara perlahan.. matanya lirik-lirik selalu..

p/s: tak sangka naz pun tau lagu ni. hehhehe.. siap nyanyi sama-sama.
p/s p/s: balik dari karok. tak boleh tido. sudah jadi burung hantu. jam da pukul 4 pagi. aarrrggghhh

Jumaat, November 20, 2009

darjah lima..

Darjah Lima. Saya duduk sebelah Iqram. Cikgu Rosnah yang tentukan supaya tak duduk dengan kawan-kawan sendiri [maksudnya geng-geng borak..hehehe]. Sengsara betul mula-mula nak duduk sebelah Iqram ni. Mana taknya. Dari darjah satu sampai darjah empat saya duduk sebelah Ros [kawan baik saya dari darjah satu sampai darjah enam]. Tup-tup kena duduk sebelah budak lelaki. Aish..blur kejap.

Iqram ni baiklah. Tapi budak lelaki. Mestilah ada nakalnya. Kadang-kadang buli saya. Kadang-kadang back up saya. Terutama masa kuiz sifir. Cikgu Rosnah akan rotan siapa-siapa yang tak hafal sifir. Lepas habis kuiz, Cikgu Rosnah akan suruh kawan sebelah tandakan. Mungkin agaknya kerana Iqram kesian tengok tangan saya yang comel ni asyik kena rotan je, dia akan betulkan aje sifir saya. Hehehe.. Aiceh… sifir ni memang saya paling benci. Banyak kali hafal pun tetap tak ingat. Nasib baiklah si Iqram ni baik hati mengajar trick nak hafal sifir ni. Walaupun mulutnya bising marahkan saya ni benak sangat nak menghafal sifir. Kureng betul..

Iqram ni ada kawan baik. Nama dia Nizam. Nizam ni kecik je orangnya tapi sangat nakal. Dia ni duduk depan meja kami. Sebelah Nizam, budak laki hitam manis yang saya tak pasti keturunan dia. Hahaha… Nama pun hebat. Mas Wira. Saya rasa kalau dia super hero. Tentu tak payah tukar nama. Mereka bertiga ni memang excellent dalam Math.. aii..

Cikgu Rosnah rajin bagi kerja berkumpulan. Dia akan bahagikan kepada empat orang dalam satu kumpulan. Selalunya kumpulan-kumpulan kecil tu terdiri dari jiran-jiran depan dan belakang. Kumpulan saya. The three musketeer and a princess. Tentu-tentulah saya si puteri tu..ahaks. Si musketeer tu anak-anak jin tiga orang tu la.

Ikut dongengan, si musketeer menjaga sang puteri. Wah.. bahagianya ada tiga orang bodyguard menjaga saya. Tapi kenyataannya. Si puteri ini yang kena buli. Bila ada apa-apa aktiviti berkumpulan. Saya yang kena tulis. Tapi diorang yang bagi jawapan. Hahahaha.. Kadang-kadang Iqram akan tolong saya tulis bila dia tengok saya terkial-kial. Saya jarang terlibat dalam aktiviti memberi idea dan jawapan. Kadang-kadang ada juga. Cuma dalam hal-hal berkaitan matematik, jawapan merapu saya selalu ditolak. Hahhaha.. jadi, adakah saya kena buli sebenarnya? Alamak.. saya pun tak pasti istilah dibuli sebenarnya sebab saya yang rajin buli orang dari kecik. Wakakkakaka..

Khamis, November 19, 2009

peta minda...

Pagi ni ada training tentang Buzan Mind Mapping®. Kata bos, berkaitan dengan projek tahun depan.


Penceramah, pensyarah pusat bahasa UiTM yang memang ada lesen dengan Buzan Mind Mapping® ni (?). Nasib baik bukan pensyarah yang mengajar subjek BEL di fakulti saya. Kalau tak, mahu saya sorok muka bawah meja. Hehehe..

Kata penceramah tu, mind mapping® ni boleh digunakan untuk macam-macam. Untuk nota. Untuk mesyuarat. Untuk presentation. Untuk diari. Untuk senarai barang dapur. Hatta, untuk hal kahwin dan percintaan. Betul. Dia siap tunjuk bukti lagi macam mana seorang gadis di Taiwan guna mind mapping® untuk buat keputusan hal-hal kahwin. Hebat betul.

Seronok juga masuk training ni. Tak mengantuk pun. Ajaib kan. Yang best, rasa cam balik ke zaman sekolah pula. Lukis-lukis. Kaler-kaler.

Lunch tadi, cik Nazrie bergosip. Bermula dari dalam kereta. Sampai di tempat makan, lepas order makan, dia lupa apa yang dia nak gosip yang dia nak sambung. Lepas tu saya kata, lain kali kau buat mind mapping lah..senang nak ingat. Hahahaha..

Agak-agak, kalau buat blog dengan mind mapping® best tak? Hahhahahahaha…

Khamis, November 05, 2009

mari kita bermaskara..

Ni kisah sabtu lepas. Entri agak panjang. Tak tau la kenapa saya rajin sangat nak tulis. Hahahhaha…
  1. Pagi-pagi lagi en.mugi ajak ke maskara shorties 09. Saya dengan gediknya setuju bila dia kata filem alif pn ada walaupun sepatutnya saya pergi menolong aka melangut kat kenduri kawin yong. Saya ckp dengan en.mugi, kita balik awal skit walaupun cakap dengan emak balik pukul 1.. waahahaha.. si keji..
  2. Kami cadang bertolak selepas balik dari kelas MySL. Saya ingat nak basuh kereta lepas kelas tapi cancel sebab hujan. Jadi, balik umah tukar baju elok sikit. Bukan sebab saya pakai baju koyak ye..choii.. Saya tukar tshirt yang ok skit pastu pinjam sweater busuk en.mugi. TERPAKSA. Sebab dia kedekut dgn sweater kelabu dia tu.. hahhaha..
  3. Sebelum memulakan pencarian rumah PENA, kami makan kat A&W. emm.. malu rasanya nak cerita hal yang terjadi kat situ. En.mugi memang orang yang tak senonoh. Si busuk. Bikin malu gue aja…
  4. Lepas makan, kami pun bertolak dalam hujan yang renyai [tp kadang-kadang lebat.. wahahah]. Dengan yakinnya, saya pun menderu masuk ke jalan tun razak. Sebab dengan yakinnya saya ingatkan mereka buat di sekitar perpustakaan negara. Cisss.. en.mugi rasanya purak2 cool di tepi. Kami sudah hampir ke jalan yap kwang seng dan jalan ampang. Lepas tu saya amik keputusan patah balik. Sekali tu, baru saya perasan en.mugi kata maskara shorties buat kat rumah PENA. Rumah PENA!! Bukan sebelah tupai-tupai ke? aiyoo.. Dengan bantuan skuad kecemasan, aiza memberi direction beserta landmark ke sana dari jalan kinabalu. TERIMA KASIH AIZA. Si mugi sangat gembira bila jumpa unta besar tu.. hahhaha..
  5. Disebabkan terlampau gembira bila jumpa jalan di puduraya, saya terlajak ikut jalan lain. Hahhaha.. tapi sebab saya seorang yang cool, saya jalan je ikut gerak hati. Last2 kami termasuk ke jalan sultan [cuaknya masuk ke situ, 1st time masuk dgn kereta.. hahhaha.. sebelum ni jalan kaki je]. Kami cari signboard jalan hang tuah tapi yang jumpa jalan hang jebat dan jalan hang kasturi. Emm.. en.mugi da gelak2. saya kata, sebelum jumpa ketua, kena jumpa sahabat2 dl kot.. hahhaha..
  6. Akhirnya dalam pukul 8 lebih kami pun tiba di sana. Masa tu hujan renyai2 tapi boleh membasahkan baju yang dipakai.. hahaha.. saya cube cari port baik tuk parking supaya senang keluar. Dalam mencari tu, ada bro pakai baju striking suh masuk satu tempat khas tuk parking. TERIMA KASIH BRO BAJU STRIKING. Mula2 parking kat sebelah kereta kelisa tapi saya tukar parking sebab kononnya dekat dgn ntah ape tanah yang saya da langgar. Nasib baik bumper depan ok sebab masa saya turun ada satu batu besar dekat situ. Hampir2 je. Lepas tu saya nak parking kat belakang kancil putih, tapi saya tak perasan tanah kt situ agak lembik. Mengaum kejap kereta saya nak lepas. Ciss buat malu je. Harap-harap takde orang perasan kejadian tu. Akhirnya saya parking di belakang kelisa biru tu je bila abg baju striking datang dan cakap “takpe, parking sini je. Nanti kalu ada sape2 nak kuar, kami akan buat pengumuman” aduhai, bro baju strikinggg.. kamu bikin saya maluuu!!
  7. Tanah lumpur di rumah PENA yang terlekat di side mirror n tayar kereta saya, masih ada lagi. Saya tak basuh-basuh lagi kereta tu. Hahhaha.. bukan malas tapi takde masa.. hahha.. lgpun skrg asyik hujan. Biarlah hujan je yang bersihkan.. hahhaha..
  8. Masa sampai, kami tengok ada yang berpayung kat luar. Tayangannya dibuat di dalam rumah PENA. Mungkin sebab hujan. Siapa yang awal dapatlah duduk di dalam. Si lambat seperti kami, berpayunglah di luar.
  9. Saya yang agak renek ni menghadapi masalah untuk melihat dari luar. Orang-orang di hadapan saya semuanya giant2 belaka. Hahhaha…En.mugi yang takde masalah ketinggian memanggil saya untuk melihat dari celah2 bro baju belang2. Ingat saya boleh nampak ke? waktu-waktu begini, kesabaran yang tinggi haruslah diamalkan. Saya pun berdiri di belakang kakak-kakak [err.. tak tau la kakak ke adik.. hahahha] yang ketinggian lebih kurang sama seperti saya. Akhirnya dapatlah kami tengok walaupun sebelah gambar sahaja.
  10. Tak tau pukul berapa [masa tu ujan da berhenti] tiba-tiba ada break dan pengumuman bahawa tayangan akan dibuat diluar. Oo… lega. Saya ingatkan saya kena berdiri kat luar sampai sudah. Kepala pun da sakit sebab asyik menyenget je. Hahhaha… Kami sempat sapa aliff yang macam busy tu sebelum cari tempat untuk duduk. Seharusnya kami mencari tempat yang terpencil. Konon-konon low profile, kata en.mugi. Ceit.. macamlah orang glamer.
  11. TERIMA KASIH untuk sepasang kapel [saya syak la] yang comel kerana sudi bagi kami tumpang duduk di atas kerusi yang dilapik dengan rain coat si bf [saya syak juga].
  12. TERIMA KASIH juga buat bro yang pass-along makanship muruku dia tu. Bagus perilakunya. Mempelawa orang sebelah-menyebelah. Boleh buat menantu tu.. hahaha..
  13. Saya paling suka 3 filem pendek yang ditayang. Filem Pintu oleh Akashdeep Singh, Pemburu Buaya Darat oleh tokrimau dan Hangus oleh Dean Sham.
    Pintu sangat dekat dengan hati saya. Teringat kat mak masa tu.. uuu.. pelakon adik beradik tu ingatkan saya pada en.mugi dan cik artis [err.. da tukar nama kan.. tak ingat.. ahhah]. Si abang yang sangat jahat pada adik dia.. wahahhahah..
    Pemburu Buaya Darat pula sangat kelakar. Sampai sekarang saya boleh ingat dialog si buaya darat tu. Memang tak boleh blah.. hahhahaha..
    Hangus pula buat saya tersengih.. terasa.. hahaha.. terasa sikitlah.. muka blur pipiyapong memang tak boleh blah..saya rasa dia boleh masuk pencalonan pelakon lelaki terbaik FFPM la.. hahha..
    Oo.. My Perfect Ana pun best. Sesuai untuk menyedarkan kaum adam.
    Saya tak reti nak review secara ilmiah dengan term2 yang betul.. jadi boleh lihat di sini untuk tgk review2 yang lebih tepat... hahhaha.. ini ialah apa yang saya rasa. Kalau ada jual VCD/DVD, saya akan line-up untuk beli. hehehe.. 
  14. Kami terpaksa pulang awal sebab teringatkan kenduri kawin yong. Hahahha.. kaki berat nak melangkah tapi terpaksa.. uuu.. lepas je filem alif ditayangkan, kami pun blah. Ooo.. citer aliff pn best. Buat saya ternganga. Tak tau nk respon ape. Lagu dia sangat annoy. Terngiang2 sampai sekarang. SEBAB AKU KACAK SANGAT.. Hahhaha.. alif minta izin download lagu tu ye. Hehehehe.. congratulation to u bro. awak boleh jadi lebih hebat lepas ni. “awak”?hahhaha… sorry, kitorg tak jumpe ko masa balik tuk ckp tahniah.
  15. En.mugi sempat rembat buku-buku sindiket sol-jah n yang lain malam tu. Saya tak rembat ape2. Kononnya nak rembat baju sindiket sol-jah tapi terlupa. Kenapa? Sebab.. hahhaha..
  16. Sebab saya sudah lupa bila en.mugi cakap pakcik naga [boleh ke panggil pakcik.hehehe] ada kat situ. Saya nak ambik gambar dengan pakcik naga tapi malu. Saya sudah blushing2.. ape kes kan?? Si bodoh.. hahhahhaha..
  17. En.mugi suruh ambik gambar dengan pipiyapong. Tapi saya tak mahu. Kenapa? Entahlah..agaknya saya lebih excited jumpe pakcik naga kot.. hahha.. si bodoh lagi.. hahhaha..
  18. Balik umah saya mengadu dengan en.mugi, menyesal. Dia sudah marah. Jangan cakap dengan saya, dia kata. Hahhahhaha…
  19. Mata saya berpinar-pinar sebab kena flash kamera betul2 depan muka saya… hahha.. takde la smpai buta kan.. tapi pening juga lak. Gara-gara en.mugi kata payung tertinggal di kerusi yang kami duduk tu. Dalam kelam kabut nak pi ambil, saya tak perasan ada sorang brother cameraman tengah sedia nak amik gambar. Sorry bro cameraman, mesti kamu bengang sebab ada gambar perempuan hodoh dalam gambar tu.. hahahah.. harap2 kamu tak nightmare. Hahahaha..
  20. Sampai rumah hampir pukul 12 malam. Saya memang jenguk muka sekejap sangat di dewan kenduri tu. Memang kena sebijik dengan makcik-makcik saya.. mak saya saja yang cool.. wahahhaha.. tapi saya tak kisah sebab saya da berseronok di maskara shorties.
  21. Tahun depan, Insya Allah saya nak datang lagi tgk maskara..