Khamis, Disember 31, 2009

jangan tengok movie kalau mengantuk..

Baru balik dari Pyramid.
Tengok Sherlock Holmes. Waktu tayangan pukul 11:45 p.m.
Ada beberapa scene tertinggal sebab tertido.
Bukan sebab boring. Tapi sebab mengantuk.
Sekarang masih lagi blur dengan jalan cerita filem Sherlock Holmes.
Lain kali tengok la movie dalam keadaan mengantuk ya cik fyza!
Dalam mengantuk-mengantuk pun sempat nak update entri.
Emm...sambung nanti la.
Nak tidur dulu.

Isnin, Disember 21, 2009

December fool...

Pagi-pagi saya dapat emel ini.


dan ini.



Bayangkan harapan yang diberikan kepada saya. Saya mula buat rancangan. Apakah alasan hendak ke bahagian Marketing? Nak buat-buat ke pantrikah? Yelah, nak ke pantri mesti melalui bahagian Marketing. Jadi pasti boleh jumpa dia. Tapi saya puasa hari ini. Takkan nak buat gila berjalan-jalan di pantri plak. Tak pe.. kata sampai petang kan.. time nak g solat karang je la.

Tapi dalam hati berkata-kata lagi. Ape kes diorang ni nak shooting kat sini? Baiknya hati si bos tu nak kasi orang shooting kat sini? Chop.. cerita apa yang diorang nak shooting sampai ke sini? Pelik.. pelik.

Jenguk-jenguk juga ke bahagian Marketing semasa mahu mengfotokopi kertas soalan UPSR. Senyap je. Ada ke orang shooting dengan senyap sunyi. Cerita dengan cik Ayu dalam YM. Dia kata tengah shooting, mana boleh bising-bising. Ye ke?

Akhirnya, waktu yang ditunggu sudah tiba. Saya pun berjalan ke surau sambil melalui bahagian Marketing dengan perasaan bercampur baur. Berdebar. Pelik. Ingin tahu.

Sampai di sana, saya lihat bahagian Marketing kosong. Hanya ada beberapa orang sahaja seperti biasa. Eh, dah habis shooting ke? Tiba-tiba, saya ternampak SHAHRONIZAM di meja kak Rafidah.

Cepat-cepat saya ke surau sebelum gelak saya pecah di situ. Kooorraaaannnngggg.. memang jahat!!! Ingat ni April fool ke? ni bulan Disember laaaa…

Itu bukan shahronizam. Mentang-mentanglah mamat high-ed tu pun ada MT. Dia tu lebih kepada Dato’ K bukan shahronizam. Saya suka shahronizam bukan sebab MT laaa…

Sampai hati mempermainkan diri saya yang tulus dan lurus ini. Uwaaaaaaaaaaaaaaaa….

Jumaat, Disember 18, 2009

1 Muharram 1413H

Selamat Menyambut Awal Muharram.


1 Muharram 1413H.

Tahun baharu dalam kalendar Islam.

Tahun ini saya nak berhijrah ke arah yang lebih baik. Mestilahkan. Takkan nak berhijrah ke arah yang tidak baik pula.

Azam tahun ini.

Kurangkan kontroversi. Tingkatkan prestasi. Slasshh.. hehehe..

Khamis, Disember 17, 2009

doa..

bola..bola gak petang ni.. doa jangan lupa baca [peringatan untuk diri sendiri juga]..
            

bacaan selepas solat asar..            bacaan sejurus solat maghrib


jangan malulah...

Setiap hari isnin mesti ada pasar malam di kawasan rumah kami.


Hari itu, saya temankan emak ke klinik untuk cuci bisul di kaki. Dah tua-tua pun kena bisul. Uhuk..ampun mak.

Selepas selesai, kami pun singgah sekejap di pasar. Pasar malam itu sebenarnya berhadapan dengan klinik. Jadi, memang wajiblah kami singgah. Apatah lagi, dari office lagi saya sudah teringin makan yong tau fu.

Lepas beli yong tau fu, kami ke gerai kebab. Lepas itu, ke gerai murtabak. Sebelah gerai murtabak itu ada gerai jual mee goreng. Sambil menunggu adik tu membungkus murtabak kami, saya terpandang satu kumpulan budak lelaki di sebelah saya. Rasanya umur mereka dalam 17 atau 18 tahun. Ada 3 orang. Semuanya berpakaian ala-ala punk. Betulkah? Maaf, saya memang buta fesyen. Tapi yang saya perasan. Ada seorang budak lelaki itu bertindik di bawah bibirnya. Astagfirullah.

Budak lelaki bertindik itu berborak dengan kawannya yang lagi seorang sambil menunggu kawannya yang ketiga itu membeli mee goreng.

Kawannya: Kau nak beli ape?

Budak lelaki bertindik mengangkat bahu. Mungkin dia tidak tahu hendak beli apa.

Kawannya [dengan suara kuat n lantang]: Kau beli aje lah BONTOT AYAM. Itu kan FAVERET kau.

Budak lelaki bertindik terpandang muka saya. Dia sudah tertunduk malu. Saya pura-pura tidak dengar. Segera memalingkan muka sambil tersengih.

Si budak lelaki bertindik, janganlah kamu marahkan kawanmu itu. Saya percaya, dia jujur dan tidak berniat apa-apa. Cuma mungkin situasi pada masa itu tidak menyebelahi kamu. Sungguh saya tidak gelakkan kamu. Saya cuma sengih sahaja. Tidak perlu malu hanya kerana kamu suka makan BONTOT AYAM. Heh..

Rabu, Disember 16, 2009

demam lagi..

Menonton teater Natrah buat kali kedua memang menyeronokkan. Dapat menonton Natrah dengan dekat memang mengujakan. Dapat beramah mesra dengan pelakon-pelakon Natrah yang lain memang menyeronokkan.

Tapi.

Demam pada hari perancangan ke teater Natrah sangat memeritkan. Memandu ke istana budaya dalam keadaan demam sangat memenatkan. Tidak dapat berjumpa dan bergambar dengan Shahronizam sangat menyedihkan. Enche' peguam, Ahmad Ibrahim..sedihnya tidak dapat jumpa kamu.

Balik rumah.

Badan makin panas. Makan ubat. Tidur. Esoknya, perancangan balik ke kampung untuk menghadiri kenduri terpaksa dibatalkan kerana demam makin teruk.

Hari ini barulah demam kebah betul. Cik Ayu, betulkah demam saya makin teruk sebab tidak dapat berjumpa Shahronizam? Hehehehehe…

p/s: sudah 2 minggu berturut-turut saya demam pada hari yang sama. Apakah?

Rabu, Disember 09, 2009

26 tahun...

Datang keje arini, ada satu hadiah cute tanpa nama pemberi atas meja dengan ucapan happy birthday. Walaupun takde nama, tapi saya dah tau sape pemberinya.

Janah, terima kasih ye. Walaupun awak kata nak buat-buat misteri. Hahhaha…dah terang-terang ada IRELAND dan tulisan yang dikenali ramai tu.

Terima kasih pada mereka-mereka yang wish dari malam semalam sampai ke hari ini. [ucapan macam menang award je]

Sesape yang nak bagi hadiah tu, sempat lagi ni. hahahahaha….

Kalau boleh, korang bagilah ni..




Seorang jejaka seperti Jae Hee.. tak pun paling kurang macam Shahrolnizam Noor [penangan Natrah..oh, dalam cucu betong pun dia ada.. cerita wajib tengok ni especially scene yang ada dia.. hahahah]



Isnin, Disember 07, 2009

Maya Karin~berbaloi-baloi..

4hb Disember
tengok teater Natrah. dapat amik gambar dgn Maya Karin. mugi, jangan jeles.

5hb Disember
pegi tgk maskara. dapat amik gambar juga [blushing-blushing.. tak guna punye mugi.. bikin saya malu]

aktiviti yang berbaloi-baloi untuk hujung minggu.

sekian.