Jumaat, Disember 31, 2010

hari terakhir 2010..

off to Perak....

Selamat Menyambut Tahun Baharu..

Selamat Tinggal 2010..

Selamat Datang 2011..

Khamis, Disember 30, 2010

lunch yang stress..

Aku tahu.. semua orang excited cerita pasal perlawanan bola semalam. Dari ofis sampai la kat tempat makan. Tak kiralah muda ke tua, memang havoc la citer pasal team bola kita. Termasuklah seorang pakcik ni.

Aku tak kisah dia nak cakap pasal kononnya artis kita tak berapa nak sokong team bola kita. Kononnya semua artis Indonesia pergi ke stadium semalam sokong team diorang. [Walaupun dalam hati aku tak berapa sokong kenyataan ni. Mana pakcik ni tahu? Pandai-pandai je pakcik ni buat statement camni] Itu belum lagi campur dengan kenyataan-kenyataan lain dia yang memang tak boleh pakai.

Aku juga tak berapa nak ambil hati masa dia hentam aku pasal Bambang. Entah apa hal la pakcik ni sibuk nak menyampuk masa aku, cik Nazrie n cik Za bersembang. Sudahlah menyampuk tak beri salam. Pulak tu, lain yang aku maksudkan.. lain pulak yang dia interpret ni.. Pakcik.. bila pula saya cakap si Bambang tu hensem??

Tapi, satu ni je yang aku tak berapa puas hati. Apa pasal hal aku makan laksa pun dia nak condemn ni? Apa masalahnya ni? Kau dok mengata, bertahun-tahun kau datang sini tapi tak pernah terasa nak makan laksa kat sini. Konon-konon cam laksa kat gerai tu tak sedap la? Jadi? Apa kena mengena dengan aku plak ni? Yang aku pelik, kenapa dia ada kat gerai tu pun tak tau la..

Uuu.. seksa betul aku nak lunch tadi.. Nasib.. nasib.. nasib baiklah kesabaran aku tinggi tadi. Tapi minta maaf la pakcik kalau ternampak muka stone saya masa pakcik membebel tadi ye. Dari hal bola sampai ke hal sinetron Indonesia pakcik ni membebel.. sampai sakit kepala aku. Peminat fanatik sinetron pakcik ni. Aigoo pakcik, saya yang perempuan ni pun tak berapa melayan sinetron.. aii..

Rabu, Disember 29, 2010

Harimau Malaya baru bangun dari tidur...

Tahniah Harimau Malaya!!

Syukurlah kita menang dengan agregat 4-2. Walaupun aku rasa ramai yang akan bagi kredit kepada khairul fahmi dan safee tapi bagi aku kreditnya lebih kepada seluruh team. Kalau team ni yang akan wakil kita untuk game-game masa depan, aku rasa team bola kita boleh jadi hebat. Mungkin juga kita boleh kembali ke zaman kegemilangan bola masa zaman Mokthar Dahari. Aku memang tidak pernah mengalami zaman-zaman terhebat tu. Tapi agaknya macam ni kot rasanya..

Dah lama rumah aku tak bergegar dengan jeritan gol beramai-ramai [selalunya aku je yang bising.. uuu].. Harimau Malaya da mula bangun dari tidur yang panjang. Kali ni aku da tak nampak team Malaysia yang passing bola tak lebih 5 meter, yang lari terkedek-kedek, yang asyik-asyik injured, dan macam-macam lagi yang buat aku rasa nak sepak diri sendiri. hahaha... well done guys.. [of course lebihnya pada abam shahrul.. ahhaha..]

Tapi.. tolonglah sangat-sangat. Janganlah korang cepat lupa diri..

Emm.. mungkinkah lepas ni Rajagobal akan dianugerahkan title datuk? macam masa kita menang perak kat olimpik hari tu la.. hihihi.. aku rasa dia layak ape..

Oh.. sepanjang game ni tadi, aku tengok kameraman asyik fokus kat perempuan yang cantik. Bak kata Cik Nazrie.."skit-skit tunjuk pompuan, luna maya la, manohara la, solehah la, kris dyanti la.."
Aku tau apa yang kau cari en.kameraman. Musti kau kecewa kan.. hahhaha... Kami yang kat rumah ni pun kecewa juga.. hahahaha..

Apapun tahniah juga buat team Indonesia. Menang pada game kedua ni. Dalam saat-saat akhir pun masih tak mahu mengalah ya. Bagusnya semangat tu. Team Harimau Malaya, sila contohi semangat itu ya.


p/s: En.Mugi, tak rugi kan join saya tengok game kali ni?

Jumaat, Disember 10, 2010

cer citer.. cer citer..

Husin balik dari singapore dengan moto besor.. fuyooo.. teringat citer sembilu dolu-dolu.. hehehe..

...lepaih tu dia p ler balik umah dia.. umah dia sebelah umah Kak Limah.. nampak la Kak Limah kt tingkap.. seram..

...hantu Kak Limah kacau orang kampung.. kacau Pak Abu.. sampai kena sampuk orang tua tu..

...si Abi Hurairah pun kena kaco dalam jamban.. hish.. hish.. hish..

....hantu kopek? camtu ke rupanya hantu kopek? emm.. hihihihi..

...aisehmen.. ingatkan scene last ada tunjuk si Che Nin dgn Ayu gaduh-gaduh ke.. cis..



Rasa tak puas plak tengok sekali.. Cik Nazrie, Cik Za.. jom temankan saya tengok pula.. hahahaha.. kalau setuju, angkat tangan macam saya [sambil meliuk-liukkan? tangan]..

Khamis, Disember 09, 2010

09122010-27-1983

Dear en.mugi,


Mesti kamu rasa sakit hati setiap kali tengok gambar ini kan? Kalau tak.. mesti kamu takkan wish yang macam tu kat fb saya kan? hehehe..


Boleh tak hari ini saya nak minta BR cake? Nanti kita tiup lilin sama-sama.. hahahaha...

p/s: thanks for everyone yang wish arini.. dan TERIMA KASIH ALLAH kerana aku masih lagi bernafas pada ketika dan saat ini..

Rabu, Disember 08, 2010

survei..

Hampir purnawaktu bekerja aku buat survei manejemen ni.

Jenuh betul nak translate segala perkataan indonesia dalam BM. Tak pasal-pasal aku kena jadi translator semata-mata nak jawab survei ni.


Aiyaaa.. kenapai mereka bagi pelsenel link yang begini pun..Menyusahi olang la ini mereka pun...  Mereka ini membuatkan saya mahu mendengari lagu indon nye pun.. jom.. kita dengar lagu hetty pun...aha...




Kita pun memang menyukai hetty ye pun.. Eh.. kenapai kita cakap begini pun.. OMG.. sila salahi cik Nazrie pun.. hari-hari menengoki erik ling nye pun.. hari-hari pun perut kita krem pun..

Selasa, Disember 07, 2010

permulaan..

Hujung tahun aku diakhiri dengan demam dan dimulai dengan demam. Sebenarnya panas dah macam kurang skit cuma batuk, sakit tekak dan selsema masih ada. Oh, kepala pun masih lagi berdenyut dan bertambah berdenyut bila buka radio ni. Tiba-tiba hari ini ada segmen jam bertema plak. Sudahlah temanya lagu-lagu orang kawin. Stress betul aku dengar. hahaha..

1 Muharram 1432H.

Hari ini ramai betul yang menanam azam baru kan. Teringat pula janji 3 orang kawan aku yang tak berapa centre ni. Kononnya mulai hari ini dah takde "aku" "ko" "aku" "ko" bila bercakap dengan orang walaupun kawan baik. Kena gantikan dengan "i" "u", "saya" "awak" atau ganti nama diri (nick name). Siapa-siapa yang langgar perjanjian kena denda. Nasib baiklah aku tak masuk dalam perjanjian mengarut tapi comel diorg ni.

Bila aku ingat-ingat balik.

Kata ganti nama diri yang aku gunakan masa sekolah sama ada "aku" "ko" atau "kita" "ko". Tapi mostly, aku gunakan "kita" "ko" especially dengan orang yang rapat dengan aku.

Masa masuk uitm, aku dah gunakan sepenuhnya "aku" "ko" untuk orang yang rapat dengan aku atau "saya" "awak" untuk orang yang baru nak kenal. Aku tak gunakan "kita" "ko" sebab aku takut orang confuse yang aku cakap pasal siapa. hehehe..

Masa start keje ni, kata ganti nama diri aku paling bercelaru sekali. hahaha.. Dengan bos dan non-malay colleague, aku guna "i" "u". Dengan yang lain aku guna "saya". Tapi dengan budak tiga orang ni.. memang aku terguna kata ganti nama diri lain.

Cik Nazrie - "aku" "ko"
Cik Za - "orang" "za"[gelaran nama]
Cik Janah - "fiza" "janah"

Kalau duduk berkumpul dengan tiga orang geng pemberontak ni, aku tetap akan gunakan ganti nama diri tu. Selama ni aku tak perasan pun sampai la baru-baru ni. Harap-harap, budak-budak ni tak rasa pelik dengan aku. hahahaha..


p/s: azam tahun baru aku kali ni... aku nak jadi orang yang lebih baik dari semalam.. malas nak berazam lebih-lebih.. hahaha..

Isnin, Disember 06, 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H.. Jangan Lupa Baca Doa Akhir & Awal Tahun..

Ramai betul sahabat-sahabat saya yang saling ingat-mengingati mengenai doa akhir dan awal tahun. Bagus betul dapat sahabat-sahabat macam ni..

Terima kasih ye sahabat-sahabatku..


Tapi mana saya letak kertas doa akhir n awal tahun ni ek.. uuu.. mentang-mentang baca setahun sekali..


Haruslah kena print balik ni.. hahahaha...

Ahad, Disember 05, 2010

terlambat banyak ni.. tp congrate ye..


rasanya da terlambat banyak ni.. tapi.. congrate cik botani.. diploma da settle.. setahun setengah lagi untuk degree.. chaiyookk..


p/s: bila dengar lagu "uitm dihatiku" time konvo.. rasa sayu je.. emm...

Khamis, November 25, 2010

kelmarin punyer cerita...

Kelmarin punyer citer. Lambat aku update sebab takde mood. Sebab balik dari audition, aku dapat berita negara boyfriend-boyfriend aku diserang. En.mugi sempat tanya aku, antara dua negara tu aku sokong mana. Dah tentu aku jawab aku sokong negara yang ada Won Bin.. Aiceh.. hehe.. Huh.. ingat ni macam sokong-sokong pasukan bola sepak ke? Kenapalah korang nak berperang kan? Bukan korang mempunyai susur galur yang sama ke? Ishk.. ishk.. ishk.. Aku harap benda ni tak jadi kat negara kita. uuu..


Ok. kelmarin, aku kan pergi audition. Sesi pagi memang penuh yakin. Sesi petang hancur. Hancur bila aku mengelabah bila tengok ada seseorang yang aku tak jangka datang. Nasib baik tak ada lagi sorang tu. Memang spoil keyakinan aku. huwaaaa..

Tapi dapat bersaing dengan budak-budak aswara memang satu pengalaman yang best. Aku memang tabik dengan diorg ni. Sangat talented. Cantik-cantik belaka. Sampai aku rasa aku nak pandang je muka-muka diorg ni tapi kang ada yang cop aku dua alam pulak. hahahaha.. Dan tiba-tiba aku terfikir, aku dapat 2nd chance bersama-sama dengan budak-budak aswara ni. Maknanya, kalau aku mintaklah sambung belajar kat aswara, agak-agaknya lepas tak? hahaha.. verangannn..

Buat en.mugi,
Rugi tau tak temankan saya. Kalau tak, awak mesti boleh cuci mata tengok perempuan-perempuan cantik dan jumpa seseorang itu. Hahahahahaha...

Isnin, November 22, 2010

Kali kedua..

Esok, aku akan ke sini lagi. Untuk 2nd audition.

Fuh, tak sangka boleh lepas untuk kali kedua. Walaupun aku rasa hari tu aku macam hampeh je. Dengan tak ikut skripnya, dengan gelak-gelaknya. hahaha..

Aku bersyukur jugalah sebab nama aku ada dalam list audition kali kedua. Tapi, untuk kali kedua ni aku lebih cuak daripada kali pertama. Alahai..

Chaiyok.. chaiyok..

Khamis, November 18, 2010

meribrown dan pakcik teksi poyo..

Tadi aku dan Cik Nad ke CM. AKu kononnya nak makan chick-a-licious kat marrybrown. Ntah apehal tekak aku mengada-ngada nak makan benda alah tu. Dan tak pasal-pasal Cik Nad pun terbabit sama. Tapi bila pergi tadi, adoi.. kecewa.. benda alah tu takde. Alasannya outlet situ kecil dan menu limited. Terpaksa la aku makan fried chicken je. Sebenarnya lebih kurang sama aja kecuali sos black pepper tu je.

nampaknya kena pergi ke Times Square jugalah untuk makan cik-a-lisyes ni..





Setelah kenyang makan dan habis bergosip-gosip, kitorang pun gerak balik sebelum dihalau oleh mamat-mamat marrybrown tu.

Disebabkan aku malas nak drive ke CM yang sesak tu. Aku parking kereta di stesen lrt Taman Jaya dan naik lrt ke CM. Jadi, macam mana aku pergi, macam tu juga aku balik.

Sampai ke kereta macam biasa, panaskan enjin dalam lima minit. Then, aku baru buka lampu. Sebelum gerak, aku teringat untuk bagi mesej kat Cik Nad. Nak memberitahu yang aku dah sampai dan pesan kat dia kalau dia da selamat sampai kat umah.

Done, aku pun berkira-kira nak gerak. Tiba-tiba aku nampak seorang pakcik teksi ni datang ke arah kereta aku dengan bagi isyarat tangan seolah-olah suruh buka lampu. Aku blur. Aku check lampu aku. Aku da buka. Aku pandang muka pakcik tu, pakcik tu buat muka tak puas hati lagi sambil bagi isyarat yang sama. Aku blur lagi. Aku buka lampu tinggi ke? Aku check lagi. Takde plak. Aku da cuak. Ke aku tak perasan lampu kereta aku tercabut? Mana la tau.

Agaknya pakcik tu tak puas hati bila tengok aku tak faham-faham. Dia pun datang ke kereta aku. Aku buka sikit je cermin. Pre-caution tu penting.

Dengan muka poyo, pakcik tu pun cakap, "Boleh padamkan lampu. Silaulah.."

Dan aku tersangat-sangatlah blur. What the poyo la pakcik ni. Bila aku cakap buat ape aku nak tutup lampu sebab aku dah nak gerak. Dengan muka malu-malu alah, kau cover malu kau dengan ayat, "Oh, dah nak gerak ye"

Helo.. pakcik, janganlah poyo sangat. Aku buka lampu kereta tu tak sampai 5 minit pun. Apatah lagi lampu kereta aku tu tak terus-menerus pun kena kat tempat melepak korang yang jauh dari kereta aku tu. Siap ada penghalang dari kereta depan lagi. Kalau aku buka lampu tu setengah jam ke sejam ke, bolehlah kau nak poyo-poyo tegur aku. Ke sebab kau tengok aku ni perempuan, kau pun nak buat-buat macam bagus kan. Padahal, kau tau tak, disebabkan perangai poyo kau tu, kau dah buang masa dan minyak kereta aku!

Selasa, November 16, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha...

10 Zulhijjah 1413H. Hari Raya Aidiladha.




Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
 









Mood aku nak sambut raya ni dah spoil 90%. Kepala aku sakit. Hati aku sakit. Jiwa aku sedih. Tapi macam biasa.. aku selalu akan pakai "mask" and pretend to be happy in front of the people. Perangai yang tak berapa nak elok jugalah.  
Aku harap sepuluh peratus yang tinggal dapat memberikan ketenangan dalam diri aku untuk sambut Aidiladha esok.

Ahad, November 14, 2010

Si mata dan si perut..

Mata tak boleh tidur. Perut pula tiba-tiba lapar. Nak makan.. uu.. da pukul 4. Padahal, stok megi takde.. hehehehe..

Tapi perut lapar. Tapi tak boleh makan. Dah lewat sangat. Konon. Dah macam nak bersahur pun ada juga ni..

Perut demand nak ruski tomyam.. uuu..

Untuk menghilangkan rasa lapar, mari kita tengok gambar. Lebih kurang cam dalam Tiga Abdul la.. hehehe..
jerk bbq yang maveles

sixth sense yang melampau banyaknya kacang merah..
 .... Dalam ini rumah, ada undang-undang.... kalau nak makan kena tengok gambar sahaja...


Okey. Trick Tiga Abdul tak menjadi. Perut bertambah lapar. Dan dia bertambah demand makanan yang lain.  Perut.. silalah bertahan untuk beberapa jam lagi. Sikit lagi kita akan makan nasi lemak pelita atau bihun sup kak roy yang maveles itu. Heavy breakfast sungguh perut aku ni..



Wahai si perut. Bertahan! Bertahan!


Si mata! Pergi tidur! Saja nak seksa si perut ye..


Huuuuuu...


p/s: ntah ape hal la aku sgt rajin nak edit-edit gambar pagi-pagi bute ni..

Selasa, November 09, 2010

mula menaikkan graf hidup..

Mulanya, aku berminat untuk mencuba ini tetapi tak terasa nak pergi ke sana. Tapi, entah apa yang merasuk dalam otak aku, semalam, aku terus ambil borang cuti untuk hari ini. Of course bos aku membebel sebab cuti mengejut tapi aku berjaya buat muka stone. hahaha.. Ya, terima kasih kepada en.mugi kerana berjaya menghasut aku untuk ke sana.

"Pernah masuk teater? drama?" tanya encik itu. "Tak pernah," jujur sungguh aku jawab.. hahhahaha..

Ya, memang pun. Aku sangat introvert hal-hal begini. Aku cuma extrovert bila berkaitan hal-hal kesukanan. hahahaha.. Okeylah, tipulah kalau aku kata tak pernah involve dalam hal-hal kesenian. hehehe.. tapi drama teater kat sekolah memang aku tak boleh join. Sebab utamanya ialah aku kuat gelak dan suka buat skrip sendiri. Satu-satunya watak yang aku pernah pegang ialah watak rumput yang tak perlukan pertuturan. Aku cuma perlu pegang gambar rumput yang besar di atas pentas sorang-sorang sampai lagu pasal rumput tu habis. Dan dari saat aku naik pentas sampai turun pentas, aku gelak segelak segelaknya.. sampai berair mata. Terima kasih jugalah pada muzik yang kuat. Kalau tak, satu dewan boleh dengar aku gelak.

Hari ini, aku dapat satu pengalaman baru yang sangat manis. Tiba-tiba rasa best je dalam diri aku.

Tapi kan.. dah lama aku tak rasa macam ni. Sejak-sejak habis belajar dan mula kerja, graf hidup aku makin menurun. hahaha..

Well, berjaya atau tidak audition tu, memang aku tak berapa kisah. Yang penting, aku dah mula keluar dari lingkungan hidup aku yang bosan. Yeah, I'm back to normal... hehehe..

p/s: mungkin kerana penangan qualification of men, tiba-tiba aku nak list apa yang aku harus buat sebelum aku menutup mata. hmm..

Ahad, November 07, 2010

Khamis, November 04, 2010

pipi orang bercinta...

Orang 1 : Muka nampak lain.. pipi tu macam naik.. berseri..
Tukang sampuk : Orang da nak kahwin...
Me : Oi.. pandai ko buat citer ye..

Orang 2 : Eh, awak. kejap.. kejap.. Nape? [sambil tunjuk-tunjuk pipi]
Me : Hah?
Orang 2 : Oh.. tengok muka.. orang dah ada boyfriend ye.. yeay.. yeay.. orang tu dah ada boyfriend..
Me : What da heckkk!!! Mana ada laaa!!


Aku tak tahu gosip apakah yang sedang melanda. Tapi, apa kena-mengena antara pipi dengan boyfriend ni? Tak paham aku.. huhuhu.. (-_-")

Jumaat, Oktober 29, 2010

separa sedar...

Cik Nazri cakap pagi tadi..

"Kite kan, mencik la…baca buku a+b tu..mula-mula kita terbayangkan Dr.Harlina (sbb addin tu doktor).


Tapi lama-lama kite terbayangkan fiza, spoilt la..hahahahahaahaa…nak tau sbb apa? Sbb addin suka sgt angkat kening sebelah..mcm ko lah fiza….huuuuuuu…."

Erkk.. bila pula aku suka angkat-angkat kening ni? hahahaha..

Tapi kan.. kadang-kadang kita tak sedar tabiat kita yang macam ni.. hehehe.. kira separa sedarlah ni..

Ada kawan aku juga cakap yang aku ni suka buat muka kartun. Emm...

Ada juga yang kata, duduk la dengan fiza setengah jam.. mahu putus urat perut.. huhuhu..



Tapi.. aku rasa aku ni orang yang serius la.. betul.. serius tau.. garang pula tu.. grrr.. sangat garang..


p/s: kikikiki.. aku cume boleh percaya kalau orang kata aku kuat gelak. memang betul. tengok citer hantu aku gelak. buat presentation depan kelas pun aku gelak. hehehe

Ahad, Oktober 24, 2010

ku sangkakan panas hingga ke petang...

Apakah perkara yang kamu tidak harapkan ketika berada di sebuah tempat bernama kota keriangan Genting Highland?


Sudah tentu jawapannya HUJAN.


Ya, dalam cuaca hujan cuma ada 3 permainan yang saya boleh main, ya, iaitu:
1.  double deck carousel - konon nak rasa adventure, duduk kat tingkat atas. itu pun ada rasa gayat sikit sebab fobia dengan ketinggian.. hahaha
2.  tea cup - tak payah beratur panjang-panjang sebab takde orang nak naik pun. entah ke mana orang-orang yang ramai-ramai tu pun saya tak tau. emm.. yela.. siapa yang nak main tea cup yang boring tu kan.. hahaha..
3.  pirate train - yang ini paling hebat di antara ketiga-tiga permainan yang saya main. Juga yang paling ramai orang beratur ketika itu. Kalau tak percaya, silalah mencubanya. Pasti kamu akan keluar dengan muka seribu wajah.

Selebihnya.. saya tunggu punya tunggu punya tunggu, bulan tak timbul-timbul..eh.. hujan tak berhenti da..

Tapi aktiviti wajib iaitu sesi memang dijalankan walaupun hari hujan dengan menggunakan kamera orang lain kerana kamera sendiri tiba-tiba merajuk. hehehe..

Balik singgah warung rindu pantai dalam.. pekena kuew tiow tomyam.. perghh.. memang dapat menenangkan hati yang rawan.

Tapi lepas tengok bola, hati rawan balik. Aaarrgghh.. kedah kalah. Tapi apapun helmi eliza tetap penjaga gol yg paling best kat Malaysia ni.. hehehe..[ok, sorry kalau saya bias]

Ya, kelantan deserve to win.[terpaksa redha.. heheheh]. So, final kelantan vs negeri sembilan. eemmmm

[masih rasa geram lagi..]

Selasa, Oktober 19, 2010

ada satu jenis manusia..

Ada satu jenis manusia ni..

Sangat suka menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku terhadap dia. Walhal terang-terangan semua yang berlaku adalah disebabkan oleh kesalahan sendiri.

Boleh tak kamu bersikap matang dan berdepan dengan kesalahan sendiri?

Tak ada gunanya kamu nak melalak-lalak marahkan orang lain.

Kasihankan hidup kamu ni.. emm..

Isnin, Oktober 18, 2010

oh! en.dot..

Aku sangat tak boleh terima bila seorang lelaki mengajak seorang perempuan keluar, dia tidak menunjukkan sifat gentlemen. Gentlemen di sini bukanlah bermaksud kena tarik kerusi, bukakan pintu kereta, etc. Itu gelimen.. hehehe [pendapat aku je.. mungkin orang lain oke.. heheh]


Sabtu lepas, en.dot (bukan nama sebenar) mengajak cik yuyu keluar buat pertama kali. Kebetulan cik yuyu dan cik nini memang merancang nak tengok jangan pandang belakang congkak 2.

Cik yuyu kata, awal-awal lagi dah tak berapa berkenan dengan en.dot. Datang-datang saja dah berbau rokok yang kuat. Tettt.. 1 markah da kena potong. Lepas tu, langsung tak ditegur cik nini. Tettt.. kena potong markah lagi. Heloo, en.dot.. kalau nak ngorat cik yuyu, ambil la hati kawannya sekali. Tak pasal-pasal kau dah kena pangkah dengan kawan dia. Wahai lelaki, sila ingat ye.. kaum perempuan ni suka sangat bercerita dan bertanya pendapat bestfriendnya hal-hal begini. Jadi jangan buat sombong dengan kawan-kawannya kalau kau nak testimoni yang baik-baik dari kawan-kawan dia. [oh, tapi mungkin juga ada perempuan yang bukan cenggini sifatnya.. hehhe]

Yang paling best ialah en.dot membeli tiket wayang untuk dirinya sendiri. Alamak.. kurang-kurang pun belanjalah cik yuyu kalau kau taknak belanja kawannya, cik nini tu. Aduh, memang tak boleh blah lelaki jenis macam ni. Kau nak mengorat dia tapi takde langsung kriteria yang membolehkan si perempuan ni suka kat kau.

Bukanlah kita nak sangat dia belanja. Kita pun boleh beli sendiri tiket tu. Takde hal punya. Tapi for the first time keluar, janganlah tunjukkan sikap kedekut tu. Apa salahnya keluarkan belanja sedikit. Kalau dia bertaraf student, aku rasa aku boleh la terima fiil camni. Atau kalau kau keluar dengan kawan-kawan biasa takpe la. Ini kononnya kau nak jadikan dia girlfriend kau. Tapi alahai.. Emm… aku pulak yang emo lebih. hahaha..

Luckily, setakat ni aku tak jumpa lagi lelaki jenis macam ni. Harapnya takkan jumpa.


Apapun, mamat ni memang tak boleh blah la.. hahhaha…

Selasa, Oktober 12, 2010

mimpi dan kenyataan..

Semalam aku mimpi aku jadi askar. Macam-macam benda aku kena buat. Macam-macam cara aku kena buli. Yang paling aku ingat, aku kena paksa masuk dalam longkang kecik. Cit, ape da longkang. Muka sekor-sekor yang buli aku memang jelas kelihatan tapi haruslah aku tak kenal siapa tu. Sangat misteri. hahaha..
Apa ke halnya tetiba aku jadi askar. Tak pernah dalam hidup aku bercita-cita nak jadi askar ni. Sampai aku bangun pagi ni dengan badan yang penat. Apalah yang aku mimpi ni. Sangatlah merepeknya.
Sekarang aku masih lagi mengantuk. Macam tak cukup tidur je. Aduh, tak boleh tahan. Mata macam digam-gam.

Habis merepek.

[serius]

Alhamdulillah.. makcik aku yang masuk icu dan koma dua hari lepas sudah ada tindak balas tengahari semalam tapi masih lagi tak sedarkan diri.
Ironinya, ketika makcik aku menunjukkan tindak balas, opah timah, ibu mertua makcik aku ni meninggal dunia. Alfatihah..

Berita baik dalam berita buruk. Berita buruk dalam berita baik. Gembira dalam sedih. Sedih dalam gembira.






p/s: aku baru tau Dr.SMS itu dr.muzafar si angkasawan. nampak sgt la aku tak mengambil tahu hal org tu. alahai.. (-_-)"

Isnin, September 27, 2010

sebab dan akibat..

Hari Sabtu:
Rumah terbuka cik Nyda.
Menu: Nasi jagung, ayam goreng berempah, kari dalca, acar timun, LAKSA JOHOR [wuhuuu], rendang ayam, nasi impit, kuih raya, air oren.

Hari Ahad:
Rumah terbuka kawasan perumahan.
Menu: nasi impit, kuah kacang, ketupat bawang, rendang daging, rendang kerang, masak lemak lodeh, pulut, laksa, bihun goreng, buah-buahan, agar-agar, air sirap limau.

Hari Isnin:
Sakit perut. Ceriberi. Klinik. MC. huhuhu...

Selasa, September 21, 2010

laksa johor..

Last aku makan laksa johor masa umur 11 atau 12 tahun. Kalau dikira-kira dengan umur sekarang. Lebih kurang 15 tahun aku tak makan laksa johor. Entah apa rasanya pun aku dah lupa. Yang aku tau lain betul dengan laksa utara yang aku selalu makan. hahahaha..

Tapi sejak akhir-akhir ni, aku jadi teringin nak makan laksa johor. Entah apa kena dengan tekak utara aku ni pun tak tau la. Tapi aku taknak yang kat laksa shack tu. Aku nak yang home-made punya. hehehehe.. sangat demand aku ni.. Aku rasa kawan aku si mak buyung itu pun tak demand cam ni.

Haruslah aku berdoa moga salah satu rumah terbuka yang bakal aku hadiri ada menu laksa johor. hahahaha..

gambar diambil dari wendyinkk.blogspot.com
Ke.. ataupun aku paksa-rela kawan-kawan johor aku untuk masak laksa johor ni.. hahahaha..

Rabu, September 08, 2010

Selamat Hari Raya...



Hari ini aku masih lagi mengadap kebosanan dan kesunyian di office. Esok baru aku cuti. Hari ini kononnya nak siapkan segala kerja sebelum bercuti panjang. Tapi aku sangatlah terlebih rajin siapkan segalanya semalam. Siap balik lambat lagi. Dan hari ini aku sudah bermalas-malasan.. hehehe.. Jadi entah apakah motifnya aku datang hari ini??

Lusa, Insya Allah kita beraya. Apa yang korang buat time raya ni? Pergi beraya rumah sedara mara ke tengok tv aje? Tahun ni makin banyak pula citer hantu ditayang. Lawak pula aku rasa.. hahaha..

Oh, di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Selamat pulang ke kampung. Sila memandu dengan berhati-hati. Jangan jadi penyumbang kepada Ops Sikap ye.. [pesanan untuk diri sendiri juga.. hahaha]

Isnin, September 06, 2010

sungkai bersama geng MC225...

Setelah mencapai kata sepakat, maka berkumpullah semua bekas-bekas penghuni jalan jambu susu di Seri Melaka pada hari Sabtu lepas. Oh, lima orang saje sebenarnya. hehehe.. Yang lain-lain tidak dapat datang atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Disebabkan orang yang selalu datang ke sini ialah cik Diana, makanya segala hal-hal tempahan diserahkan kepadanya. Aku. Buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki di situ. Nama saja orang pj tapi apa pun aku tak tau. hahaha.. ala.. bukan ape.. selalunya aku agak "sombong" bila lalu depan Seri Melaka. Tak mahu makan di situ. Tempat bos-bos kononnya. Kalau tahu dek budak-budak ofis, sedekad aku kena perli. hahahaha.. (-_-)"


menu: asam pedas ikan, butter prawn, tauhu telur, ayam masak-tak tau, sayur campur
licin...

Sedap ke tak sedap boleh tengok pada gambar terakhir. Itu sebagai bukti makanan di situ sedap ya. Bukan bukti bahawa kami tengah kebuluran. hahaha.. Yang paling maveles ialah asam pedas. Oh, ada lagi desert-desert yang sedap itu. Entah apa namanya pun aku tak tau. Aku tukang makan aje bukan tukang order. hahaha.. Oke, lepas ni aku tak mahu "sombong-sombong" lagi dengan Seri Melaka ni.. hahahaha.. malu...

Jumaat, September 03, 2010

lima puluh lima puluh

Sekarang mood aku lima puluh lima puluh. Lima puluh peratus gembira. Lima puluh peratus sedih.

Pertama.
Aku gembira sebab hari raya dah nak dekat tapi aku sedih sebab Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Cepat betul masa berlalu. Tunggu setahun lagi baru berjumpa dengan Ramadhan. Entah sempat ke tidak masa itu.. huu..

Kedua.
Aku sedih atas apa yang jadi kat en.mugi tapi aku gembira sebab tahun ni dia tetap beraya di sini dengan kami.. hehehe..

Ketiga.
Aku gembira sebab dapat baju mengikut tema tahun ni setelah aku hampir berniat untuk pakai baju tahun lepas saje. Hitam putih kalernya. Cantik. hahaha. Tapi aku sedih sebab duit mengalir macam air. Betul-betul lepas raya roadtax kereta mati.. huwaaaaa..

Tapi aku tetap kena senyum. Senyum dalam kesedihan [ceh.. macam teruk sgt je bunyinya..]..



p/s: ntah berapa banyak tapi ni.. ishk.. ishk.. ishk..

Isnin, Ogos 30, 2010

cuti dan bos..

Aku tak faham bila seorang bos tidak meluluskan cuti yang diminta oleh pekerjanya tanpa alasan tapi mewajibkan pekerja-pekerjanya mengambil cuti pada tarikh yang telah ditetapkan tanpa alasan.

Pendeknya,
nak cuti tak diluluskan tapi kena paksa cuti pada hari yang kita tak mahu cuti. Dua-dua pun tanpa alasan.

Aku sangatlah tak faham apa pesen company cik ayu ni.. aii.. banyak-banyak bersabar ye cik ayu..
Wahai encik bos, apalah masalahnya kamu ni? Mana boleh paksa-paksa orang cuti ikut kamu. Kalau kamu nak cuti, kamu cuti la sorang-sorang. Takkan sampai nak babitkan semua orang pula. Pulak tu kena paksa cuti seminggu selepas hari raya. Nak buat ape? Cuti seminggu sebelum raya tu lebih penting bagi dia ni. Kalau kita minta cuti pada hari-hari tertentu tu, mestilah ada sebabnya. Takkan kamu tak boleh fikir. Aku pula yang terasa hangin. Nasib baiklah aku bukan pekerja di sana. Hahahaha..

Tapi, cuti itu bukan hak pekerja ke? Ke aku yang tak tahu bahawa ada undang-undang yang bos-bos ni boleh paksa pekerja dia cuti ikut suka hati bos.. em.. [oh.. ini bukan berkaitan dengan company-company yang pekerjanya harus cuti bergilir.. langsung tak de kaitan.. uuu]

Cik ayu, sila cepat-cepat jumpa bos dan protes secara halus dan saiko. Bak kata orang, bagai menarik rambut dalam tepung.. hehehe..

Aku pula, sangatlah bersyukur kerana bos aku yang senget sikit tu tak pernah bagi masalah berkaitan hal-hal cuti ni kat aku. Yeay, cuti aku da setel! v(^_^)v

Aku sangat-sangat berharap bila aku balik kampung nanti aku sempat ke pasar malam Teluk Intan.[Walaupun aku tahu hari Sabtu itu ialah hari raya kedua. Tolonglah, tolonglah ada.. aku sudah kepingin nak makan murtabak yg sedap itu.. huhuhu]

Ahad, Ogos 29, 2010

sungkai bersama geng OM114

Semalam aku berbuka dengan geng-geng OM di Restoran Istana Bambu. Mulanya memang aku malas nak pergi. Siap bagi alasan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan kat cik yam lagi.Tapi lepas dipujuk-pujuk cik nad, aku pergi juga. Siap kata nak belanja lagi. hehehe.. Terima kasih, nad.


Inilah Restoran Istana Bambu. Cantik la.. hehehe

Ini kami. Semuanya ada 12 + 1 orang. Ada (+) tu sebab aku la. hehehe..
Gambar ni axe yang amik.. ai.. sgt gegel la.. 

Sepatutnya kami duduk di bahagian pangkin. Cik yam da tempah untuk bahagian pangkin. Tapi tiba-tiba, bila sampai sana, pengurusan tukarkan tempat dengan alasan takut kitorg tak selesa. Sudahlah tak update dengan kitorg. Nasib baiklah cik nora tak mengamuk time tu. uuu.. nasib baik juga kitorang jenis tak kisah. Kalau dapat customer yang keras kepala. Masaklah nak menjawabnya. hahaha..

Dengarnya, menu buffet ramadhan ialah masakan kampung + chinese food. Tapi yang mana satu chinese foodnya pun aku tak tahu. Tapi, okaylah makanan kat situ. Udang goreng berempahnya sedap. Aku rasa semalam aku kenyang makan udang je. hahahaha.. Yang lain-lain, aku cilok sikit-sikit dari orang lain. Tapi macam banyak je yang aku tak makan. Salah satu sebab aku malas nak pergi buffet ni sebab ni la.. perut aku da tak boleh masuk banyak-banyak macam dl.

U ols.. nampaknya I da kena retired dr jd MBPJ la.. apatah lagi Alam Flora.. hahaha..

Oh, ada sikit cadangan aku nak bagi kat restoran ni. Suraunya memang cantik dan kreatif. Tapi harap-harap pihak pengurusan besarkan sikit ruangan surau untuk perempuan lepas ni. Kecil betul ruangnya. Boleh masuk 6 orang je. Itupun sangat sesak rasanya. Kalau orang depan dah habis solat, kena tunggu saf belakang habis juga. Kalau tak, agak susah nak keluar. Jadi, bayangkan sesaknya. Itu belum lagi dicampur dengan makcik-makcik muda yang bawak babynya dalam surau. Aduhai, memang menguji kesabaran sungguh. Sudah tau surau sesak. Lagi nak duduk lepak-lepak. Sampai aku jadi hairan, tak ada ke kawan-kawan, saudara mara yang tolong jaga anak diaorg ni sementara ibunya nak solat. Takpun, apa salahnya bergilir sekejap dengan suami di meja makan atau di depan surau tu. Kalau ruang surau besar, rasanya takde siapa pun kisah kalau kau nak lepak ke baring ke... ai..

Tempat wuduknya juga agak kurang selesa. Tempat wuduk lelaki dan perempuan terbuka dan hanya dipisahkan dengan tembok sahaja dan sedikit dinding penutup tepi. Aku terbayangkan, kalaulah hujan masa tu, mesti kami ambil wuduk dengan berpayung. hahahaha..

Dan kalau ke sana, sila elakkan dari memakai tshirt atau kemeja berwarna oren. Kalau tak, tak pasal-pasal orang ingat kamu pekerja di sana. Macam yang terjadi kat aku semalam. Uuu..maafkan saya en.berbaju oren. Dengan gaya awak, saya ingat awak ni salah seorang pekerja di situ.. uuu...

p/s: gambar dicilok dari fb bal.

Jumaat, Ogos 27, 2010

Seandainya Rasulullah SAW di sisi kita..



Rancangan ni sangat bagus. Rancangan ni bukan candid camera untuk memalukan orang. Tapi rancangan yang baik untuk menyedarkan kita.

Kan bagus kalau di Malaysia pun ada rancangan macam ni. Daripada buat rancangan yang merepek tak tentu hala.

Scene yang last sekali paling buat aku tersentuh. Tak tau la kot aku ke yang sensitif sangat tapi tak pasal-pasal air mata aku nak juga keluar. (-_-)"



p/s: hari ni kami di selangor cuti sempena Nuzul Al-Quran. Selamat berpuasa dan selamat beramal.. hehehe..

Rabu, Ogos 25, 2010

pitipitipu..

Pagi-pagi tadi puan honey da mengadu. Katanya, dia dapat surat dari pitipitipu. Dia kena bayar lump sum baki yang tinggal sebab tempoh bayaran dalam perjanjian selama 5 tahun tu dah tamat tahun lepas. Bila kira-kira, dia kena bayar lebih kurang RM10ribu. Mak aih.. banyaknya da macam duit hantaran.. hahaha..

Dekat-dekat nak raya, jadi pula hal-hal macam ni. Memang boleh buat org hangin satu badan. Nasib baik dia tak kena heart attack.. hahahaha.. Sabar banyak-banyak ye puan honey.

Em.. aku pun kena check balik bila tempoh bayaran aku tamat. Kot-kot la nanti jadi mcm member aku ni.

Bila fikir-fikir balik, menyesal sungguh aku tak mohon biasiswa dengan result aku yg agak cemerlang tu.. huuu.. bodoh sombong sungguh aku time tu. Inilah yang dikatakan sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.. hahahaha..

Korang.. kalu buat pinjaman pitipitipu ni jgn tangguh-tangguh bayar ye.. [peringatan untuk diri sendiri juga.. hehehe]

p/s: lecturer BEL aku yg ajar perkataan pitipitipu tu masa 1st sem diploma. Emm..

Selasa, Ogos 24, 2010

Dia kata...

Dia kata...

Dia ada masalah di sana. Saya jadi risau.

Dia kata..

Dia ada 3 plan untuk selesaikan masalah tu. Tapi saya tetap risau.

Dia kata..

Jangan beritahu mak. Nanti mak risau. Sekarang ni saya yang risau.

Dia kata..

Dia rasa tak best bila buat kerja separuh jalan. Ya, saya tau. Dia baru seminggu di sana.




Ya Allah. Permudahkanlah segala urusan dia di sana. Tabahkanlah hati dia menghadapi dugaan di sana.

Sabtu, Ogos 21, 2010

sahur...

Cadangnya malam tadi nak ke pelita. Nak makan roti naan dan ayam tandoori.

Tapi...

Aku tertidur dengan pc terpasang dan ada 1 missed call.

Jadi...

Haruskah aku pi sahur ke sana?? uuu... da berapa kali aku missed nak makan roti naan ni....

Khamis, Ogos 19, 2010

perah otak...

Aku suka melawat-lawat blog orang lain tapi tak rajin meninggalkan komen. Ya, aku suka jadi silent reader. Tapi sesekali aku akan komen mengenai hal-hal tertentu terutamanya hal-hal berkaitan teka-teki.

Aku sangat suka main teka-teki.
Ada hadiah atau tidak, itu belakang kira.
Yang penting kepuasan hati bila dapat teka dengan betul.
Dan aku akan jadi sangat geram kalau aku tak dapat pikir jawapan yang betul.
.
.
.
.
.
Ya, aku tengah geram ni. Dari pagi aku pikir, sampai sekarang aku masih lagi tak dapat jawab teka-teki theblabber ni.
~Dalam banyak-banyak anggota badan wanita, which part yang boleh makan?~
klunya: wanita dan tidak ada kelucahan di situ.
Aku syak jawapannya berkaitan dengan bahasa/dialek ataupun makanan la... hehehe...

Rabu, Ogos 18, 2010

meeting...

Apa yang aku merepek dalam meeting tadi??? Sangat memalukan..

Huh, rasa nak tobat dari bercakap dalam meeting lagi.. huuu...

Selasa, Ogos 17, 2010

Lidah ni nak kena ikat agaknya..

Semalam macam biasa..
Aku akan tengok music bank kat kbs world. Cik artis yang buka channel tu. Selalu aku yang buka.. emm..

Tengah sedap-sedap melayan, sekali hujan pula..
Astro. Macam biasa. Kalau hujan, memang confirm akan keluar titik kuning tu. Kitorang biarkan. Aku pun malas nak tutup tv.

Tiba-tiba, astro jadi ok. Ya, astro kat rumah aku memang akan jadi macam tu kalau hujan. Kejap ok kejap ko. Elok plak time ok tu keluar muka budak-budak Shinee tengah perform. Sungguh excitednya aku. Dan dengan excitednya juga aku cakap, "Dik, minho ada la..". Pastu aku pandang meja* kat ruang tamu depan. Takde orang. Opps.. aku silap cakap..

Untuk mengcoverkan diri.. aku ckp balik dekat cik artis. Konon-konon ayat tu ditujukan pada cik artis. Em, aku tak rasa cik artis kenal siapa tu minho.. uhuuu..

Nasib baik mak kat dapur. Kalau tak sedih orang tua tu dengar.. uuu.. Kelmarin pun tersilap cakap lagi masa berbuka. Lidah ni nak kena ikat agaknya.. uuu...

*meja tu tempat en.mugi melayan laptopnya sepanjang dua minggu sebelum dia berangkat.

Ahad, Ogos 15, 2010

kau pergi jua..

Tepat jam 10.30 pagi tadi, kapal terbang yang dinaiki en.mugi berlepas ke london.

Sedih. Mestila ada. Ni tak sama dengan hantar dia pergi teknik ampangan dulu.
Tapi berjaya menghantar dia pergi tanpa linangan air mata, okey.
Tak mahu dia pergi dengan susah hati. Biarlah dia senang hati ke sana.

En.mugi a.k.a ayoi, kalau tak tahan dok sana, balik la ke Malaysia ye. [quote kata-kata aiza]
Tapi.. jangan pula bawa bini mat salleh balik sini plak ye.. Mau berbelit mak nak belajar cakap omputeh nanti.. hehehhe..

p/s: bawak kamera tapi bateri kong.. aarrgghh.. bikin org hangin je..
p/s p/s: disebabkan menahan kesedihan.. [hehehe].. tak berapa nak mencuci mata kat klia tadi.. tp ada jugalah 2 3 org yang terselit di celah2 pandangan ini.. hehhehe
p/s p/s: apsal la plak lagu sedih-sedih kt radio ni.. aisshh...

Jumaat, Ogos 13, 2010

semalam dan hari ini..

semalam [patut nak letak ni smlm.. tp tak sempat nak scan]

hari ini



seronok juga hari-hari buat mind map cam ni.. heheh..

p/s: beria je guna pen kaler-kaler.. lupa yang scanner kt ofis ni boleh hasilkan gambar b/w je.. aigoo.. (-_-")

Selasa, Ogos 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Mohon maaf zahir dan batin.
Sama-sama kita tingkatkan amal ibadah kita. Mudah-mudahan diterima olehNya.
GASTRIK! Bukan alasan untuk tidak menunaikan rukun islam yang ketiga ini, ok.
Selamat menyambut bulan Ramadhan.

Jumaat, Ogos 06, 2010

Hari ini hari diam saya, tuan.

Hari ini saya mahu diam sahaja.

Ya. Diam sahaja.

Jangan ditanya mengapa.

Ya. Kerana saya mahu diam sahaja.
.
.
.
.

Oi.. kata mahu diam. Tapi masih lagi bercakap.

Erk. Ok la. Saya diam sekarang.

Jumaat, Julai 30, 2010

tiba-tiba teringat pula..



Tiba-tiba teringat kisah di sebalik lagu ni...


Lagu ini kami nyanyi ketika pertandingan nasyid antara blok. Kami dapat nombor 2 tapi excitednya macam menang nombor 1.

Lagu sebenar yang ketua kumpulan kami bagi ialah puteriku sayang-hijjaz tapi dalam diam-diam saya n cik nyda hasut budak-budak lain untuk tukar kepada lagu cari pasangan.. hahhaha.. sangat jahat nakal kami ni.. hehhehe

Disebabkan lagu ni kena guna alatan perkusi dan tidak ada orang yang boleh main tamborin, makanya saya pun dilantik untuk bermain tamborin. Sakit tangan wo masa mula-mula nak biasakan diri.. Al-maklumlah.. amatur.. hehhe.. Main rekoder pun tak macam ni.. hahhaha..

Ada orang kata pemain tamborin yang paling naik syeh kat atas pentas tu.. hahahaha..

Lagu ini menjadi lagu favourite Resident Staff [RS] kami juga. Siap buat permintaan khas masa jamuan akhir tahun.

Lagu ini mengingatkan saya pada zaman kegemilangan kami sebagai AJK blok. Betapa seronoknya duduk kat Kolej Teratai 5. Walaupun bermacam-macam peristiwa misteri nusantara terjadi masa tu, tapi rindunya saya dengan masa-masa tu..

Aduh.. terkenang kisah lalu pula pagi-pagi ni.. hehheh

Khamis, Julai 29, 2010

umpama mimpi dalam mimpi..

Longman Dictionary of Contemporary English 5: Inception means the start of an organization or institution.


Sangat puas hati tengok Inception semalam walaupun rasa nak tendang je kerusi dengan ending dia. Scene-scene dalam tu memang sangat gempak dan terasa dekat di mata. Mana taknya, saya dan en.mugi duduk line ketiga dr screen.
scene yang paling best [bagi saya la..heheh]

Oh, setelah sekian lama baru terperasan Leonardo DiCaprio bukan lagi Jack dalam Titanic. Lambat betul tersedarnya.. hahaha.. Walaupun tak dapat melawan Robert Downey Jr. dalam hatiku.. tapi thumbs up untuk Leonardo diCaprio.. Lakonan kamu memang sangat best..

Emm.. ada sesiapa nak bagi tiket Inception free kat saya? hehehhe

Selasa, Julai 27, 2010

Ya, saya sedang mencuba..

"Jangan bandingkan diri awak dengan orang yang di atas, tapi bandingkan dengan orang yang di bawah."

Ya.

Baiklah. Saya sedang cuba bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang ini.

Ahad, Julai 25, 2010

chiling waterfall...


Akibat tak tersangka trailnya agak adventure sebegini, seharian kaki sakit. Nampak sangat lama tak exercise.. hahaha.. Kesian Mr.Azmir bawa "orang tua" dalam umur muda ni. Tapi bila nampak air terjun ini..
 
Subhanallah.. cantiknya.. penat dan sakit yang kami rasa sangat berbaloi..

Jumaat, Julai 23, 2010

doa untuk mencari "Ustaz Din"..

Akibat penangan “Jaja & Din”, kak lia bagi doa ini. Katanya dalam email, doa untuk mencari ‘Ustaz Din’…

Doa Berjumpa Kekasih Sejati

Ya Allah! Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu…

Ya Muhaimin! Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana! Jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hati-Mu...

Ya Rabbul Izzati! Jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu...

Ya Allah! Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di seper tiga malam terakhir-Mu…

Ya Allah! Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu...

Ya Allah! Jika Engkau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu...

Aduh, macam tahu-tahu saja semalam saya da kena leter pasal hal ini. huuu.. Tapi untuk dapat orang macam "Ustaz Din", saya kenalah tinggalkan benda2 lagha dan keduniaan sikit-sikit kan. Uuuu..bersediakah saya ikut jejak langkah jaja? Sedangkan tak dapat tengok astro time hujan pun menyungut.. hahhaha.. aduh..

Oh.. sebab penangan “Jaja & Din” dan “Damai” juga, saya dengar lagu-lagu sami yusuf dari pagi tadi.



memang sejuk hati dengar lagu ni.. hehhehe

Jumaat, Julai 16, 2010

benda lagha pada hari jumaat...



Asalnya nak cari lagu baru diorg. Tapi terclick video ni...

Perghh.. suara hyde yg superb.. dah berapa lama aku curang dengan dia disebabkan budak-budak korea ni.. hehehehe... rindunya dengan kamu!!!!

tp

hyde sangat vongggookk.. perverted punyer orrraaannggg!! [oh..ni berkaitan dengan vc sahaja.. takde kena mengena dengan benda lain]

p/s: bukan nak buat perbandingan, tp boleh tak artis kita ni.. bila high note je jangan passkan mic tu kat audience.. sangatlah menhancurkan feel.. hehehe..

Jumaat, Julai 09, 2010

kembali ke alam yang nyata...

Oh.. sila kembali ke alam yang nyata..

Cukuplah semalam berangan tentang bos yang hensem..
Sila kembali ke alam yang nyata dan lihat di sekeliling anda.

Oke. Saya faham.

Khamis, Julai 08, 2010

bos yang hensem boleh buat kita bekerja sungguh-sungguh...

Hari ini ada staff meeting + lunch di hotel Armada.
Staff meeting hari ini amatlah berbeza dari sebelum-sebelum ini.  Hari ini, aku sangat seronok pergi staff meeting.

Alkisahnya..
Dua tiga hari lepas, aku terserempak dengan mamat hensem ni masa nak order makan. Sesungguhnya aku terpaku melihatnya tersenyum kepadaku.. hehhehe.. Angau aku sekejap... Disebabkan aku bukan jenis joyah-joyah, makanya, tidak terkeluar perkataan untuk bertanya kepada kakak receptionist atau bebudak ofis lain.

Jadi..
Hari ini, mamat hensem tu pun ada. Mamat hensem a.k.a en.fashion designer [ada kakak ofismate aku bg nama ni sebab dia kata pakai smart sgt. aku kata metrosexual la tu..hahha] tiba-tiba datang bersama dengan staff dari Australia. Makanya, aku pun syak en.fashion designer pun datangnya dari Australia. Dan tiba-tiba, en.fashion designer ni sudah jadi macam artis. Ada pula yang nak ambil-ambil gambar. Ceh.. [aku sebenarnya nak ambil juga.. tapi tahap malu gadis kemelayuan aku tetibe tinggi pulak time ni.. tak jadi ambil.. sekadar ambil pandang jelingan sudahlah.. hahha]

Setelah merisik khabar dengan kak fid, rupa-rupanya, en.fashion designer ialah marketing manager di Thailand. Wohooo.. patutlah mata aku cepat saja tangkap kelibat mamat ni.. patutlah juga kamu sangat sopan seperti Tik.. hahahha..
Kalaulah en.fashion designer ni jadi bos aku.. dah tentu aku bekerja dengan bersungguh-sungguh.. hahhaha

En.fashion designer.. rajin-rajinlah datang Malaysia tau.. hee..

Rabu, Julai 07, 2010

happiness

lagu asal..



lagu buatan semula.. hehehhe



dua-dua pun buat orang rasa happy je.. kan cik zura kan..kan? hehehhe

Selasa, Jun 29, 2010

demi cinta..

demi cinta kepada abang, sayang sudah berikan 7 orang anak selama 8 tahun kita berkahwin. demi cinta, bagilah sayang berehat pula..

Nasib baik aku tak tergolek dari kerusi bila dengar krill baca sms ni. Sangat kelakar sms ni. Penat aku tutup mulut tahan gelak sampai sakit perut supaya jiran sebelah kanan aku tak pandang aku dgn pelik. Dengan latar belakang lagu "cetusan hati", siap petir-petir dan "hentak 23" lagi. Kalau time jamal jamaludin pun boleh buat aku gelak, apa lagi time trio trable ni punya shift. Bukan topik "demi cinta" ni serius ke? Nasib baik perut aku tak cramp sebab gelak dari pukul 8 smpai 10 pagi.

Tapi [dengan serius]..
Kahwin 8 tahun, anak ada 7 orang? Dalam aku gelak-gelak, aku rasa nak tabik spring kat kakak ni. Bukan senang aku rasa nak beranak tiap-tiap tahun. Mana nak jaga anak kecil-kecil lagi. Emm.. tak sangka zaman sekarang pun ada lagi hal-hal macam ni.. hehhehehheh

Khamis, Jun 24, 2010

sweet talk

Baru baca baris pertama, aku sudah loya.
Bila aku sambung baris-baris seterusnya, aku sudah mahu muntah.
Tolong. Tolong jangan hantar e-mel yang boleh buat aku muntah.
Oh, bukan aku sorang saja. Yang lain-lain pun begitu okey.

Aduh, tak pasal-pasal dapat keracunan email. Kami perlukan antiviral!

Oh, bb! Manisnya mulut u tu lebih manis dari gula 18 kati!

teori baru cik za..

Dah seminggu lebih jerawat kat muka ni tak hilang-hilang. Sejak balik dari dinner hari tu, jerawat banyak plak tumbuh ni. Hari-hari tempek bedak sejuk pun tak hilang-hilang. Grrrrrrr.. geram betul. Dah macam opah-opah je muka aku tiap-tiap malam.

Pagi tadi mengadu dengan cik za dengan harapan, manalah tau ada pehtua-pehtua berguna. Dengan laju cik za cakap,
kalau tetibe ada jerawat banyak kat muka ni, maknanya ada orang minat.

Erk, teori apakah ini cik za?? uuu.. betul ke? hehehe ;))

Ahad, Jun 20, 2010

maafkan saya, encik

Wahai encik,
maafkan saya,
saya tak mampu menjawab pertanyaan hati encik,
saya tidak ada manual untuk menjawab persoalan mengenai hati.

wahai encik,
maafkan saya,
saya tak mampu menjawab pertanyaan hati encik,
jangan salahkan saya.

wahai encik,
maafkan saya,
saya tak mampu menjawab pertanyaan hati encik,
mungkin encik boleh bertanya di kaunter pertanyaan yang lain.

Jumaat, Jun 18, 2010

bonamana.. bonamana.. bonamana..

Sudah 15 minit lepas pukul 5. Dia masih lagi di pejabat. Mengadap pc. Bukan membuat kerja. Tapi melayan klip video Bonamana-Super Junior. Entah pasal apa seminggu dua ni itu sahaja yang digilanya. Hanya kerana dia sudah jatuh hati dengan Eunhyuk. Tidak sedar diri betul perempuan ni.

Lihat jam di pc. Oh, dah 5.20. Ok, masa untuk balik dan untuk keberapa ratus kalinya, Bonamana diulang lagi sebelum balik. [cepat tergoda dengan benda-benda lagha la dia ni]

PC ditutup. Setelah pastikan tidak ada barang-barang yang tinggal, dia pun berjalan lenggang-lenggok ke tempat parking kereta. Dalam kepalanya.. Eunhyuk.. Eunhyuk.. Eunhyuk..

Tiba-tiba..
.
.
.

“Kenapa dengan kereta aku ni? Sapa yang langgar bumper depan ni?” Dia hampir hendak menangis. Dengan rasa tidak puas hati, dia mencangkung mengadap bumper depan keretanya sambil menyentuh-nyentuh bahagian yang calar dan terkena cat itu. 2 orang pak guard mula mendekati sambil terjenguk-jenguk untuk melihat apa yang terjadi. Dia tidak menghiraukan pak guard itu dan masih menyentuh bumper keretanya.

Monolog dalaman : Siapa yang bongok langgar mybie aku ni?

Sedang dia bermonolog dalaman sendiri dan menyentuh-nyentuh bumper keretanya, seimbas pandang dia terlihat nombor plat keretanya.

Eh? Eh? Kenapa..? Chop..chop.. dia melihat sekali lagi plat keretanya. Ehhhhhhhh????

Dengan ayunya dia pun bangun dari aksi mencangkung tadi. Entah berapa lama dia mencangkung pun dia tak tau. Sambil berlalu, dia pun berkata kepada pak guard yang masih lagi terjenguk-jenguk itu, “Emm.. kesian kereta ni”.

Kenyataan di dalam hatinya : Bonggoookkk.. aku salah kereta!!! Malunyaaaa.. Apekejadah aku siap mencangkung depan kereta orang ni.. Tercalar imej cool aku depan pak guard.. Aaaarrggghhhhh..

Rupanya kereta mybie kesayangannya di belakang “kereta” itu. Dan “kereta” itu ialah Avanza. Sungguh beza Avanza dan Mybie itu. Mata empat pun boleh salah lagi. Oi..oi.. kalernya sama.. sebab tula salah cam. Ah, alasan menutup malu.

Dia bernasib baik kerana ketika itu tidak ada orang lain selain pak guard-pak guard itu. Harapannya agar pak guard itu tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Ye, berharaplah.. uu…

Rabu, Jun 16, 2010

jadi pelakon je la korang..

Côte d'Ivoire 0 - Portugal 0

penat betul tgk game korang.. pasal ape nampak cam main-main je..
banyak berlakon la korang ni..
Brazil 2 - Korea DPR 1
kaka kaka kaka kaka...
arrrgghhh... tension.. tengok dalam mimpi je..

Selasa, Jun 15, 2010

22:00/02:30

Matchday 5

22:00 : Côte d'Ivoire - Portugal
02:30 : Brazil - Korea DPR

boleh ke mata bertahan ni? haruskah esok amik mc? hahhahha

Isnin, Jun 14, 2010

dingin si orang banci..

dahsyat juga kipas susah mati ziana zain ni kan..



ok jugak lah si budak hafeez ni perform.
tapi...
sila fokus kat minit 2:00 n 2:54.
orang banci tu yang paling gempak.. hahhahha
orang yang mula-mula perasan orang banci ni ada kat konsert mentor 4 ni ialah en.mugi.
tajam betul mata dia kalau berkaitan orang-orang banci ye.. hahahhhaha

Jumaat, Jun 04, 2010

Hayya Bil Jihad..




pndg ke hadapan wahai umat islam
wahai tuhanku selamatkanlah agama islam
keatas jalan kelaziman ( spt yg kau janjikan) tlh disempurnakan
wahai sedara muslimku marilah berperang ( jihad )
mengingati yg maha pengasih mengingati yg maha penyayang
ke atas jalan kelaziman yg tlh disempurnakan

marilah wahai lelaki marilah berjihad
marilah wahai lelaki marilah dengan bersungguh-sungguh

hidup mulia atau mati syahid
dan jangan kau berikan daku bala untuk kelaziman(sepanjang) hayat kami

ALLAH MAHA BESAR...ALLAH MAHA BESAR...ALLAH MAHA BESAR ...marilah berjihad

Banyak kali saya dengar lagu ni tanpa tahu maknanya. Tapi, tanpa tahu maknanya pun, lagu ni tetap boleh membuatkan semangat saya berkobar-kobar.

Lirik dalam bahasa Malaysia tu saya dapat dan copy paste bulat-bulat dari iluvislam.  Itupun setelah digoogle. Maaflah kalau ada yang salah. Sesiapa yang arif boleh tolong betulkan ye.

Rabu, Jun 02, 2010

semua untukmu..

Em.. peribahasa apa kita nak beri pada orang tu ye?

telunjuk lurus kelengkeng berkait
atau
masak di luar mentah di dalam
atau
mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih

Yang mana sesuai ek? macam semua je kan..

Khamis, Mei 27, 2010

orang lapar di sorongkan gambar makanan...


ketam goreng bercili

udang gorang mentega (butter prawn)

Pekena dua jenis makanan laut ni sambil menghirup udara segar tepian laut memang best. Nikmatnya tak terkata. Mengadap dua benda alah ni memang boleh buat mak cik alergik-seafood dan pak cik berpenyakit-gout lupa daratan. "Takpe, nanti aku makan ubat," kata mereka yang tak sedar diri.

Tapi mak cik yang-tak makan-binatang berkaki banyak memang tak sentuh langsung. Mak cik yang-tak makan-binatang berkaki banyak terpaksa makan menu sampingan yang lain. Sotong makan, katanya. Tapi kena hilangkan dulu janggut sotong itu dari pandangan matanya dahulu. Oh, sedih..

Si gadis comel-penggemar-udang dan ketam pula berkata, "yeaayy.. heaveenn.."

p/s: cepatlah waktu lunch...lapar giler niii..

Jumaat, Mei 21, 2010

gagak peach

Lama tak dengar lagu ni..



Masa mula-mula kumpulan ni keluar, tahun 2001, saya dan cik nyda memang tak suka langsung. Tapi entah bila entah, kitorang boleh minat giler dengan kumpulan ni pula. Bukan sikit-sikit punya minat. Ada ke tahap kipas susah mati juga la. Cik nyda siap boleh buat novel pasal diorg ni. Kami panggil "buku biru". Sebab cover buku tu kaler biru. "Buku biru" yang buat saya hangin setiap kali saya baca. hahahhaha.. Buku tu pun da hilang masa cik nyda pindah rumah.  Bukan itu je, kami sanggup ke Johor tengok konsert diorg semata-mata. Sanggup tak pegi aktiviti kolej, tak pegi aktiviti fakulti, buat perangai lanun dengan senior sebab nak pegi konsert diorg. Itulah orang tua-tua kata, jangan benci-benci, tak suka-tak suka.. nanti jadi sayang, jadi suka.. Padan muka kami.

Ada sekali konsert kat Johor. Kami habiskan 5 kodak yang ada 36 keping tu untuk konsert tu aja. Nasib baik la kedai gambar da tutup masa tu. Kalau tak, ada gaya cik nyda tambah lagi koleksi kodak dia. Bila dah cuci, entah apa-apalah gambar yang kami ambil. Semua gambar tak senonoh. Sedih betul dengan perangai masing-masing.  Masa ni bukan zaman kamera digital berleluasa. Kewujudan kamera digital pun saya tak tahu. hahhahah...Sudahlah pegi konsert nasyid buat macam pegi konsert rock. Orang lain diam saja, kami pula yang jerit-jerit nama, siap ikut nyanyi. rosak masing-masing..

Ada 1 part tu, sebelum nak nyanyi lagu yang seterusnya, si syam inteam ni pun berceritalah. katanya, secara kiasan nak cari perempuan yang sempurna(kalau sy tak silap) zaman sekarang ni umpamanya nak mencari seekor gagak putih dalam kalangan gagak hitam. Perrrgghh.. macam ada kilat dalam hati.

Tiba-tiba, terdengar suara cik nyda yang tak berapa halus tu. "Bang, kami gagak peach la..". Gagak Peach la sekarang. Bukannya kaler antara putih dan hitam tu kelabu ke?.. Nyda..nyda.. Gagak peach pun peach la..

Tapi memang betul kiasan yang syam beritahu tu. Saya sendiri pun bukan perempuan yang sempurna. Tapi, belum smpai ke tahap nak ke hitam lagi kan? Masih lagi peach.. saya akan polish biar jadi putih.. kalau tak dapat.. putih susu pun jadi lah..

emm..kalau lelaki pula.. umpama ape ye?

Jumaat, Mei 14, 2010

lagu tema untuk malam ni...



Don't you cry tonight
I still love you baby
Don't you cry tonight
Don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry tonight

And please remember that I never lied
And please remember
how I felt inside now honey
You gotta make it your own way
But you'll be alright now sugar
You'll feel better tomorrow
Come the morning light now baby

bila agaknya kita nak dptkan piala thomas balik ye??

Selasa, April 27, 2010

klik sini kalau nak beli..

Anda nak beli telekung tapi kaki malas tahap dewa nak p cari? Nak ke kedai2 dekat umah pun malas apatah lagi ke bandung kan?

Ok.. tak reti la cakap banyak..
Kalau nak cari telekung cantik-cantik dari bandung, klik sini
Nas Boutique

p/s: saya tak dapat ape2 komisyen.. ni kira tolong2 link je la.. hahhahha

Khamis, April 01, 2010

ini sume dugaan tuhan ke atas hamba2nya yang soleh...

Pagi tadi. Cik Yam bagi berita tergezutzz. Dia kata dia tak dapat join trip ke pengkalan balak. Ada kursus TOT katanya. Emel memujuk, emel merajuk, emel mogok [ya, ada yang guna fon kaler merah.. konon-konon nak mogok cam kumpulan baju merah tu..]. Semua datang silih berganti. Masing-masing meluahkan kekecewaan. Kitorg dah booking ko dulu la yam, masing-masing menjerit hiba. Tiba-tiba, emel ini masuk dicelah-celah emel-emel sedih itu.



Badigol punyer yam.. memang ada yang kena campak kat selat melaka lepas ni.. aaarrrgghhh...

quote dari emel meg : Ini sume dugaaan tuhan ke atas hamba2 nya yang soleh..

Rabu, Mac 31, 2010

Pesta Buku 2010

Sabtu, 27 Mac 2010.

Pesta buku kali ini saya keseorangan. En.mugi bekerja. Bosannya. Cik Nad pula ada kelas. Suruh dia ponteng. Dia takmo. Last-last, dia mesej kata, cikgu tak masuk. Cikgu ganti pula yang ajar. Kalau aku tau, aku ikut kau. Kesian..
Dalam tengah-tengah mencari buku, tiba-tiba kaki saya sakit sangat. Ya, hal terseliuh tu tak abis lagi. Tapi diri degil konon-konon da ok. Padan muka sendiri. Jadi, tak banyak la booth yang saya singgah. Dan segala plan yang patut saya buat, saya lupa disebabkan kesakitan yang amat sangat. Balik tu, saya sms Cik Nad minta tolong ambil saya di PWTC. Nasib baik dia tolong. Terima kasih, nad. Jasamu kukenang.. hehheheh..

Masa ni, Dato Dr. Anwar Ridhwan tengah bagi ucapan perasmian buku-buku Azizi Abdullah, Isa Kamari dan Faisal Tehrani. Nak ambil gambar dari dekat, tapi kesihatan tak mengizinkan..uhuks..kaki da berat giler time ni.. memang susah nak berjalan. Jadi ambil gambar dari tempat duduk dan zoom saje la.

Actually, nak ambil gambar orang lain. Tapi malu. hahhahha.. Jadi, fokuslah kamera kat tempat lain. [menyesal betul la]

Faisal Tehrani: emm.. dapat cenderahati dr al-Ameen kot. Saya kurang fokus.
Sesi bergambar beramai-ramai. Eh, perasan tak sapa yang ada kat sana? hahahahaha.. Lepas je acara ni, saya terus ke pts untuk cari stingarden. Tapi hampeh bila Cik Diana kata dah habis. [kecewa lagi]

Isa Kamari: Tengah tandatangan kat buku yang saya beli.

Azizi Abdullah: Tandatangan guna tulisan jawi tu.. tapi kenapa ejaan nama saya macam lain skit ye..emm..

T-shirt Manikam Kalbu dan Ingin Jadi Nasrallah. Masa ni, saiz M dah habis. Tapi En.Luqman [petugas al-Ameen] janji akan poskan kepada saya. Saya masih lagi menanti ni.. eemm..


Suasana di pts n karnadya. Kenapa stingarden habis???

Sampai sahaja di rumah, saya terus makan ubat tahan sakit, sapu krim menzza, dan terus lelap. Plan nak makan steamboat malam tu pun terpaksa ditunda. Buku yang dibeli tahun ni pun tak sebanyak tahun lepas. Sedihnya.... tahun ni tak dapat pusing satu PWTC...