Jumaat, Januari 15, 2010

silent mode

Masa kami baru sampai di Hilton semalam,
"Handphone. Silent mode, ya. Later la," kata Mrs. Bos dengan gelak-gelak.
Kami yang di belakang pun ikut gelak.
Dalam gelak-gelak, tetiba saya menyampuk [dengan nada rendah].
"Mouth. Silent mode please."
Kononnya nak buat lawak dengan cik Nazrie yang dari tadi tak berhenti bercakap.
Gelak kami makin kuat.
Tetiba seekor penyapu bos ikut kami gelak. Rupanya dia dengar kata-kata saya.
Mrs. Bos dah tercengang-cengang. Seekor lagi penyapu bos a.k.a mamma mop buat-buat tak dengar.

Tetiba cik Nazrie berbisik pada saya,
"Memang kena dengan mamma mop."

Kami sambung gelak.

Tapi saya tak ada niat nak perli mamma mop pun.. hahahahaha...sorry mamma mop.

Khamis, Januari 14, 2010

terbalik..

Hari ini, sepanjang hari di ofis, saya pakai tudung terbalik.
Tidak ada seorang pun tegur hal tudung saya.
Sama ada mereka semua tak perasan atau tak sampai hati nak tegur.
Sampai masa meeting kat Hilton tadi baru saya perasan.
Nasib baik corak tudung tu boleh jadi 2 dalam 1.
Nasib baik.. nasib baik..

Khamis, Januari 07, 2010

Jumaat, Januari 01, 2010

SELAMAT TAHUN BAHARU

Selamat Tahun Baharu.
Moga tahun ni dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik
Azam tahun ni bersamaan dengan azam 5 tahun lepas. hahahaha...
Sekian.


.....................................
update:
sekali lagi...
saya tidur dengan nyenyak pada malam tahun baharu.
tertinggal aksi bunga api lagi tahun ni.
juga ketinggalan melihat gerhana bulan separa pagi tadi.
ruginya...
emm... rasanya kena tambah lagi satu azam pada tahun ni.
sila kurangkan waktu tidur yang melampau itu.