Jumaat, Februari 12, 2010

fesyen ramlah ram

petang semalam baju untuk pengapit siap. balik-balik terus je campak baju tu ke kerusi. Malas nak try.

Malam tu, tiba-tiba terasa nak testing-testing baju tu.

Kain ok.

Tapi..

Kenapa baju ni kecik. Bahagian tangan pula besar. Ini stail fesyen ape ni?

si mugi kata, fesyen ramlah ram.. uwaaaa..

aunty.. u mau sabotaj sama saya ke??

Jumaat, Februari 05, 2010

Jadi, siapakah penjenayahnya?

Pagi-pagi lagi cik za mengadu. Katanya, semalam, memory card telefon bimbitnya hilang. Telefon bimbitnya ada. Cuma yang hilang memory card sahaja. Pelik juga ni.

Dan yang lebih pelik waktu kehilangan ialah ketika semua staff publishing sedang bermesyuarat di bilik training.

Jadi waktu kejadian ialah pada pukul 8.30-10.00 pagi.
Waktu kepelikan ialah sejurus selepas mesyuarat selesai. Nada dering berbunyi lain dari yang biasa.
Waktu kesedaran ialah ketika di dalam kereta dalam perjalanan balik dari kerja.
Kata Jo, jom kita jadi GENG BAS SEKOLAH!
Erk..

Tapi sejak akhir-akhir ni memang banyak kejadian kecurian yang pelik-pelik.
Sebelum ini beg telekung jannah hilang. Telekungnya diletakkan di atas kerusi depan surau.
Jadi yang hilang cuma beg telekung!

Ok.. rasanya boleh main permainan detektif plak kat ofis ni. hahahahaha..
Jo, kita jadi GENG DETEKTIF CONAN la.. hahhahhahah..

Selasa, Februari 02, 2010

daridiridara du...

radio online tak berfungsi seperti biasa.
bosan.
jadi, satu hari dengar lagu ni.

daridiridara du...

Isnin, Februari 01, 2010

selamat pengantin baru..

kelmarin..
shina dan hafiz bernikah. suasana gembira campur gabra campur sebak. sebak bila tgk hafiz nangis. kenapa dia nangis? dia saja yang boleh jawab. shina masih boleh cool. aku tau pasal apa kau cool shina.. hahahahahaha...

pukul 11.37 malam, shina call tapi tak sempat nak angkat. Masih terfikir-fikir. Apa hal dia nak call tengah-tengah malam ni? hmm...

semalam..
mereka bersanding. sama cantik sama padan. bagai cincin dengan permata. bagai pinang dibelah dua. bagai..ok..cukup dengan peribahasa yang ada. Lauk kenduri memang superb. Nasib baik keadaan tidak mengizinkan untuk makan dengan banyak.

Shina dan Hafiz
Selamat Pengantin Baru.

p/s: shina, sorry sebab aku buat macam kenduri sendiri. aku da cilok 6 paper beg dan  5 batang bunga telur kau yang cantik tu... wahahahahaha.. untuk geng-geng kita juga.. wahahahahaha...