Isnin, Mei 20, 2013

Bertawakal sahajalah..

Sudah hampir 2 bulan lebih kerja di tempat baru.. bolehlah.. Nak judge awal-awal pun tak boleh juga. Tapi setakat ni bolehlah. Ingat lagi 3 bulan yang lalu, macam nak pecah kepala fikir, perlukah aku terima offer tempat ni? Hati ni sedih sangat apabila tak dapat kerja di tempat yang aku nak sangat. Frust, sakit hati, macam-macamlah perasaan ni ada. Di tambah lagi apabila dapat tau, markah aku paling tinggi tapi orang lain yang diambil. Dan orang lain itu ialah kawan bos. Hmm..

Di sini, tempat ini, aku senang menyesuaikan diri. Menjadi satu-satunya Melayu di sini, banyak benda aku risau. Istikharah sudah, sekarang tawakal sahaja. Alhamdulillah, setakat ni semuanya elok sahaja. Boleh nampak sebenarnya bos amat-amat ingin menjaga aku supaya tidak 'lari' dari tempat ini. Sampai si officemate aku ni kata, bos lebih suka bercakap dengan aku berbanding dia. huhuhuhu... Harap dia tak anggap aku sedang menjadi kesayangan bos sebab aku tak harap begitu pun.. Menjadi kesayangan bos adalah sesuatu yang tidak menyeronokkan, hokey..

Jumaat, November 30, 2012

Minyak Pengguna

Ada colleague aku ni, Chinese girl yang comel akan pergi ke Australia selama sebulan. 2 minggu tolong jaga rumah auntie dia yang tengah renovate dan lagi 2 minggu holiday yang disponsor oleh auntie dia sebagai upah jaga rumah. Sayangnya auntie dia tak mau amik lagi orang tolong jaga rumah dia, kalau tak, kami dengan rela hati menawarkan diri. Dapat upah yang amat best kot.

Hah, oke.. dia akan pergi hujung minggu ni. Makanya, dia sedang membuat spring cleaning meja dan drawer dia. Makanya, kami kata, sila wasiatkan barang-barang best dalam drawer dia pada kami. Dia kata, jangan risau.. nanti I akan bagi semua termasuk minyak pengguna.

Kami macam.. what? Minyak pengguna? Jiran aku, si Dayah kata, adoyai, not minyak pengguna la Yi Pin.. Minyak Guna-guna..  u ingat minyak pengguna macam minyak masak ke? Tapi dia still macam.. ape? Minyak goda-goda? [dengan muka innocent].. Budak ni kan.. Lain yang orang ajar, lain yang dia faham..

Adoi.. sebulan dia tak ada.. sure kitorang rindu dengan perangai pelik tapi sangat jujur dia tu..

p/s: fuh.. elok sebelas bulan blog aku bersarang.. entah apa yang aku sibuk ntah.. hahahhaha..

Ahad, Januari 01, 2012

azam hari pertama yang separuh tercapai..

Azam hari pertama tahun 2012:

1. Naik broga sampai ke puncak tertinggi.

2. Tengok matahari terbit dari puncak broga.

Yang tercapai:

1. Dapat naik sampai puncak pertama sahaja dengan kaki ketar-ketar. [gayat tahap kritikal]

2. Bukan dapat tengok matahari terbit tapi matahari terik kena muka. [siapa suruh bangun lambat?]

Keputusan:

Separuh tercapai.. hahahaha

Tapi.. subhanallah.. sangat cantik pemandangannya.. kagum betul aku tengok walaupun kena tinggal sorang-sorang kat first summit tu. Grrr.. marah dengan diri sendiri yang fobia dengan tinggi tahap melampau. Buat malu dengan budak-budak kecil kat situ je.. huwaaa..

Takpe.. ni baru pertama kali.. Next, azam naik ke second summit.. Yeah!

Khamis, Disember 22, 2011

akulah orang yang happy itu..

Pernah dengar orang happy lepas appraisal? Tak pernah? Adalah.. akulah tu..

Sebelum appraisal, aku memang sangat down. Down dengan persekitaran kerja yang semakin teruk, dengan politik ofis, dengan orang-orang yang macam.. aaarrrghhh.. memang buat aku takde mood untuk buat appraisal. Siap berjanji, aku nak angguk-angguk dan no komen saja nanti. Protes konon [padahal bos aku ok je..hahahah].

Tapi itu sebelum la. Selepas habis sesi appraisal, aku happy sangat. Senyum meleret-leret, siap boleh gelak-gelak sampai big boss pandang-pandang. Aik, orang lain keluar dari bilik appraisal monyok, kenapa aku boleh happy-happy ni? Pelik kan? Tapi betul aku rasa happy. Bukan sebab bos aku janjikan bonus jauh sekali kenaikan gaji atau pangkat. Memang dia awal-awal lagi dah bagitahu jangan berharap sangat. Nanti kecewa. wahhh.. macam bagi hint je tu..

Aku happy sebab diberikan satu motivasi secara santai oleh bos aku. Appraisal aku memang sangat sempoi. Kami lebih pada borak-borak, sesi kongsi pengalaman dan dia bagi nasihat-nasihat berguna untuk aku baiki kelemahan-kelemahan aku. Tak ada, U ni macam ni..macam ni..cannot do this..u alway bla..bla..bla..negatif je yang disebut..No no no.. bos aku tak buat macam tu. Sampai aku rasa sejam sesi appraisal itu sangatlah singkat. Terasa nak lagi.. nak lagi.. Hahahaha.. [konon nak tunjuk betapa bestnya sesi appraisal aku ni].

Terima kasih, en.bos. Walaupun banyak cerita-cerita negatif yang orang cerita pada i tentang u tapi sepanjang i keje dengan u, u have a very good side. Terima kasih kerana tidak pernah ragu dengan kemampuan i dan tak pernah memperkecilkan i [macam bos team lain].

[tiba-tiba aku jadi bangga dapat bos macam en.bos dan membuat editor-editor lain jeles.. ahaks.. riak sudah..]

Dan terima kasih kerana sedarkan saya semula kenapa saya sangat suka menjadi editor. :)

Yeay.. semangat baru untuk tahun depan!

Jumaat, Disember 09, 2011

lili dan ros..

Hari ini, secara rasminya aku 28 tahun.. emm.. bak kata mugi, ingat sket awak tu bukan makin muda.

Hoh.. orang tau la.. nak kena saman ke? eh.. eh.. hahaha..

Dan pagi-pagi aku dapat ini!!!!

Faveret bunga aku; Lili. Ros? boleh terima la sebab kuning [jangan banyak songeh bila orang da bagi].. ahaks





Hah.. merasa aku dapat bunga kat office... ehe... Tapi aku dapat soalan menusuk hati dari jiran kubikel..

Bf bagi ke? [ciss.. soalan yang seperti garam yang dibubuh pada luka.. hahahha]

A'ah.. bf..yakni bestfren2 aku.. wohaa..

Thanks a lot bebs.. love u very much..

p/s: kebetulan malam ni dinner company.. matilah aku.. budak-budak ni dah sengih-sengih penuh tersirat kat aku.. huwaaa.. tolongggg!!!!

Khamis, Disember 08, 2011

perempuan+dinner = stress

Kawan aku cakap, hanya orang perempuan sahaja yang akan stress bila dinner. Betul ke?

Ya kot, sebab aku pun rasa macam tu sekarang..

Stress.. stress.. dress dah dapat tapi selipar tak dapat. Dinner pakai dress dan selipar.. hebat aku ni.. hahaha..

Hoi, pesal nak pakai selipar? pakai heel la? Sangat tak tahu berfesyen aku ni. hehehe..

Oke, tema dinner beach party. Dan venue tepi kolam renang.
Jadi reason aku nak selipar juga sebab boleh main-main air tepi kolam.. boleh?

Aarghh.. stress..stress.. :P


p/s: semalam aku ke danau kota.. dan adakah sekarang musim fesyen lelaki pakai baju bunga-bunga? emmm...

Khamis, Disember 01, 2011

Oh, serius aku tak tau perkataan apa yang patut aku bagi untuk korang..

Tidak ada perkataan yang dapat terucap apabila kau dapat tahu ada kawan-kawan kau yang menangis mengenangkan apa yang terjadi pada kau.

Terima kasih? Bebs, aku rasa perkataan tu pun tak sesuai untuk aku nak ucapkan pada kau orang semua. Betul, tidak ada satu perkataan pun yang aku boleh katakan.

Bebs, aku tahu kau orang marah [geram?] bila aku simpan dan pendam sorang-sorang. Aku tau korang marah [geram?] bila aku kata aku ok tapi sebenarnya aku tak ok langsung. Korang membebel dan aku buat-buat gembira.

Bebs, korang tahu kan perangai aku. Betapa aku suka simpan dan pendam yang kononnya tak mahu menyusahkan orang. Tapi akhirnya, aku menyusahkan juga hati korang. I'm sorry bebs..

Bebs, betapa aku syukur dan terharu. Betapa syukur aku ada kamu, kawan susah dan senang. Aku ingat aku lone ranger [statement bagi korang bebel lagi hebat dengan aku.. hehehe]. Terima kasih kerana meminjamkan bahu untuk menjadi bantal yang basah dengan air mata. Terima kasih kerana bersusah payah membuat itu dan ini, memberi itu dan ini demi melihat aku sembuh seperti sedia kala. Terima kasih kerana bersabar dengan aku ketika jiwaku hilang entah ke mana. Terima kasih kerana percayakan aku ketika ada orang mempertikaikan perkara itu. Dan terima kasih kerana menarik aku ke atas semula ketika aku terjatuh di dalam jurang yang paling dalam.

[Oh, serius aku tak tau perkataan apa yang patut aku bagi untuk korang.. Cukupkah dengan perkataan terima kasih?]

musim

Shina kata, si comel keysha demam.. masuk wad, masuk air dalam badan.
Shina kata, dia pun demam, 3 hari MC, cirit-birit berjangkit demam dari keysha.

Zura kata, si bujang affan demam.. cirit-birit, mau naik bulan.
Zura kata, dia pun demam, sakit tekak dan batuk-batuk.

Nadia kata, si what up demam, panas badannya tak kebah-kebah.
Nadia kata, iwan, adiknya yang bongsu pun mengadu demam. Berjangkit dengan abangnya kah?

Ya Allah, sembuhkanlah mereka-mereka ini daripada penyakit-penyakit yang mereka alami. Amin..

Emm.. ingatkan musim cuti sekolah, musim hujan, musim banjir, & musim kenduri kahwin je yang da start, rupanya musim demam pun sama. Macam-macam musim la hujung-hujung tahun. Kena extra jaga kesihatan diri. Kalau tak, macam mana nak gagahkan diri tiap-tiap minggu ke titiwangsa ni.. ehe..

Selasa, November 29, 2011

tahun lepas dan tahun ini

Awal muharram - sudah 2 hari berlalu.

1432 H : Tahun yang amat-amat mencabar fizikal, mental dan jiwa. Dugaan yang amat tak disangka. Awal tahun sedih, pertengahan tahun gembira, akhir tahun sedih balik.Tahun yang mematangkan diri rasanya. Tahun yang mengajar erti kesabaran, persaudaraan, persahabatan, percintaan [kuang..kuang..kuang] dan kenikmatan serta erti syukur yang sebenar. :)

1433 H : Harap jiwa dan diri amat kuat untuk menghadapi dugaan-dugaan yang mendatang. Azam tahun lepas di "bring forward" ke tahun ni.. dan juga azam baru, setiap minggu ke Titiwangsa. Motifnya, untuk sihatkan badan dan hiburkan hati yang terluka.. konon.. Adoi hati, cepat2 la sembuh ye.. Penat la bila jadi jiwa kacau.. :P





Motif tersembunyi ke titiwangsa.. kot-kot bertemu jodoh sejati.. wahahaha.. pompuan gatal!! hahaha..

Jumaat, September 30, 2011

Betrayal..

Kalau kau rasa gembira bila buat aku macam ni, tak apa, sila bergembira selagi boleh.

Tapi ingat, hidup kau takkan tenang selagi kau tak minta maaf dengan ikhlas pada aku. Aku bukan menyumpah kau, tapi itu yang terdetik dalam hati aku yang sakit sangat ni.

Dan jika satu hari, perkara ni terjadi pada kau pula dan kau tertanya-tanya kenapa perkara ni boleh terjadi pada kau. Sila ingat kembali apa yang kau pernah buat pada aku dan rasa sakit yang kau alami waktu itu adalah rasa sakit yang aku alami sekarang.

~What goes around, comes around, beb~

Rabu, Jun 08, 2011

Nella Fantasia..




Goosebumps.
Speechless. 
Touching.

End up, aku nangis. [hahaha..muka je legend tapi hati cute] Versi Sarah Brightman pun tak buat aku camni. Choi Sung-Bong, aja aja fighting!

Khamis, Mac 24, 2011

one in a million...



[Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had]

Serious, kalau ada orang nyanyi lagu ni untuk aku, mungkin hati aku yang beku boleh cair sebagaimana cairnya aku tgk si Ne-Yo ni dalam video clip ni.. hihihi..
 
 
Awak, terima kasih sebab tujukan lagu ni untuk saya.. hihihi.. saya sudah blushing-blushing.. macam mana ni? ;p

Jumaat, Februari 25, 2011

mencari jodoh..

Kak long bila nak kahwin? Tengah opah hidup ni, nak ler nengok kome kahwin.. ntah esok luse opah da pejam mata.. udoh tak dapat nengok.


Tong. tong. tong. Macam kena ketuk dgn hammer kepala aku bila dengar opah aku cakap macam tu. Perasaannya tak sama dengan bila makcik-makcik yang prihatin bila bertanya akan hal kahwin ni.


Opah, kalu nak nyuruh keme kahwin, kene ler cari calon dulu.. cari calon.. cari calon..


Haruskah aku cari dalam portal ni?







Hahahahaha.. belum sanggup lagi kot..

p/s: portal tu kawan aku yang dapat dalam spam email dia. Oh, aku baru tahu ada juga portal macam ni.. hihihi..

Selasa, Februari 01, 2011

Sila jangan hantar surat kepada kawan anda jika nilai setem tidak mencukupi tau..

Tahun 90-an ke awal tahun millenium, zaman-zaman sekolah, aku hanya menggunakan setem 20 sen bagi surat-surat atau kad-kad raya yang aku pos kepada kawan-kawan aku tak kira di negeri mana mereka tinggal. Tak pernah pun ada yang mengadu yang mereka kena denda akibat nilai setem tak mencukupi.


Dulu, aku memang agak rajin tulis surat. Dalam exam pertengahan tahun pun aku sempat lagi tulis surat pada kawan aku di teknik ampangan. Terutama dalam ujian Sains, betapa banyaknya masa aku terluang untuk mengarang surat dari mengarang jawapan. Lebih banyak helai aku mengarang surat dari mengarang jawapan.


Tahun 2000 hingga ke akhir 2010, masa ini, kalau aku nak tulis surat pun ikut mood. Kad raya pun aku akan pos ikut mood aku. Apatah lagi masa ni SMS tengah berleluasa. Tapi mana-mana kad atau surat yang aku pos, aku akan gunakan setem 30 sen atau 50 sen. Ikut juga la masa tu aku nak beli setem yang mana satu. hahhahaha.. Tapi tak pernah juga ada satu pun kawan aku yang mengadu mereka kena denda akibat nilai setem tak mencukupi.


1 Februari 2011. Tarikh keramat. Baru je sekejap tadi seorang editor pengurusan syarikat P memberitahu aku yang dia dapat surat denda dari pejabat pos Taman B akibat nilai setem tidak mencukupi bagi surat yang aku pos. Samdol betul. Buat malu aku je. Apa setem 50 sen tak cukup ke dari PJ ke Batu Caves? Lepas ni aku letak setem singgit.. baru tau.. uu.. hampeh..


PESANAN MANIS: kepada kawan-kawan aku yang bakal hantar kad kahwin melalui pos, sila pastikan nilai setem kamu mencukupi ye. Nanti tak pasal-pasal aku dapat surat denda dari pejabat pos. Kalau kamu tag invitation kat fb or sent email pun takpe.. aku tak marah.. sebab aku paham keadaan kamu yang kena fikirkan kos setem yang naik mendadak itu.

Rabu, Januari 19, 2011

2039

Kata cik hani, dia akan pencen pada 03-06-2039. Pada hari lahirnya yang ke-56. Aku juga berumur 56 tahun pada masa tu.


Kata cik hani, lagi 28 tahun, masa tu da lepas 2020.
Aku kata, em, pejam celik pejam celik.. lagi 9 tahun umur kita akan masuk 37 thn.

Kata cik hani lagi, masa tu dah beranak cucu dah kita kan.. entah macam manalah zaman tu..
Kata aku, entah sempat entah tidak aku lihat zaman tu..

Kata cik hani, Insya Allah..
Kata aku, ………………….


Bila berborak pasal tahun 2039, aku rasa macam dalam filem.
Dulu masa waktu sekolah-sekolah, aku rasa 2020 itu sangat jauh. Tup-tup sekarang boleh bincang hal 2039 pula.

Tapi sikit-sikit aku tersedar hal kematian. Semakin umur meningkat, semakin aku ingat pada perkataan mati. Kadang-kadang, bila aku keluar dari rumah, aku tersedar, sekiranya aku pergi tinggalkan dunia ni.. bagaimana agaknya. Tapi diri ni masih rajin membuat perkara-perkara lagha. Bila teringat, insaf sekejap. Bila terlupa, buat balik. huhu..

Em.. aku manusia yang selalu lupe.. :(

Khamis, Januari 06, 2011

Terang Bulan-Rahmat Haroun

Bertahun aku mencari buku ni..


Terang Bulan karya Rahmat Haroun keluaran DBP pada tahun 1991.

Kata kawan aku, buku ini berkenaan dengan lagu kebangsaan kita. Tapi berdasarkan review Nazmi Yaakub di sini ada campuran cerita lain.

Setiap kali ke pesta buku, aku akan cari buku ni dengan harapan DBP akan reprint novel ini semula. Tapi hampa. uu.. Malah, bila tanya dengan petugas DBP, ada yang tak tau. Emm.. tak boleh salahkan diorg gak.. buku lama ni.. [fikir positif].

Aku dah cari di tempat buku-buku lama yang aku tahu tapi tak jumpa juga. Oh, kedai buku di the Mall tu dah lama aku tak pergi.. hihihi.. Nampaknya kena rajinkan diri ke sana semula.

Tapi, kalau siapa-siapa tahu mana nak dapat buku ni, kindly tell me oke..pleaseee [nampak cam desperate betul.. hahaha]


p/s: novel Di. Ar. Ti dan Sentuhan Oedipus pun nampak menarik juga. Macam kena cari juga ni.. hihihi

Jumaat, Disember 31, 2010

hari terakhir 2010..

off to Perak....

Selamat Menyambut Tahun Baharu..

Selamat Tinggal 2010..

Selamat Datang 2011..

Khamis, Disember 30, 2010

lunch yang stress..

Aku tahu.. semua orang excited cerita pasal perlawanan bola semalam. Dari ofis sampai la kat tempat makan. Tak kiralah muda ke tua, memang havoc la citer pasal team bola kita. Termasuklah seorang pakcik ni.

Aku tak kisah dia nak cakap pasal kononnya artis kita tak berapa nak sokong team bola kita. Kononnya semua artis Indonesia pergi ke stadium semalam sokong team diorang. [Walaupun dalam hati aku tak berapa sokong kenyataan ni. Mana pakcik ni tahu? Pandai-pandai je pakcik ni buat statement camni] Itu belum lagi campur dengan kenyataan-kenyataan lain dia yang memang tak boleh pakai.

Aku juga tak berapa nak ambil hati masa dia hentam aku pasal Bambang. Entah apa hal la pakcik ni sibuk nak menyampuk masa aku, cik Nazrie n cik Za bersembang. Sudahlah menyampuk tak beri salam. Pulak tu, lain yang aku maksudkan.. lain pulak yang dia interpret ni.. Pakcik.. bila pula saya cakap si Bambang tu hensem??

Tapi, satu ni je yang aku tak berapa puas hati. Apa pasal hal aku makan laksa pun dia nak condemn ni? Apa masalahnya ni? Kau dok mengata, bertahun-tahun kau datang sini tapi tak pernah terasa nak makan laksa kat sini. Konon-konon cam laksa kat gerai tu tak sedap la? Jadi? Apa kena mengena dengan aku plak ni? Yang aku pelik, kenapa dia ada kat gerai tu pun tak tau la..

Uuu.. seksa betul aku nak lunch tadi.. Nasib.. nasib.. nasib baiklah kesabaran aku tinggi tadi. Tapi minta maaf la pakcik kalau ternampak muka stone saya masa pakcik membebel tadi ye. Dari hal bola sampai ke hal sinetron Indonesia pakcik ni membebel.. sampai sakit kepala aku. Peminat fanatik sinetron pakcik ni. Aigoo pakcik, saya yang perempuan ni pun tak berapa melayan sinetron.. aii..

Rabu, Disember 29, 2010

Harimau Malaya baru bangun dari tidur...

Tahniah Harimau Malaya!!

Syukurlah kita menang dengan agregat 4-2. Walaupun aku rasa ramai yang akan bagi kredit kepada khairul fahmi dan safee tapi bagi aku kreditnya lebih kepada seluruh team. Kalau team ni yang akan wakil kita untuk game-game masa depan, aku rasa team bola kita boleh jadi hebat. Mungkin juga kita boleh kembali ke zaman kegemilangan bola masa zaman Mokthar Dahari. Aku memang tidak pernah mengalami zaman-zaman terhebat tu. Tapi agaknya macam ni kot rasanya..

Dah lama rumah aku tak bergegar dengan jeritan gol beramai-ramai [selalunya aku je yang bising.. uuu].. Harimau Malaya da mula bangun dari tidur yang panjang. Kali ni aku da tak nampak team Malaysia yang passing bola tak lebih 5 meter, yang lari terkedek-kedek, yang asyik-asyik injured, dan macam-macam lagi yang buat aku rasa nak sepak diri sendiri. hahaha... well done guys.. [of course lebihnya pada abam shahrul.. ahhaha..]

Tapi.. tolonglah sangat-sangat. Janganlah korang cepat lupa diri..

Emm.. mungkinkah lepas ni Rajagobal akan dianugerahkan title datuk? macam masa kita menang perak kat olimpik hari tu la.. hihihi.. aku rasa dia layak ape..

Oh.. sepanjang game ni tadi, aku tengok kameraman asyik fokus kat perempuan yang cantik. Bak kata Cik Nazrie.."skit-skit tunjuk pompuan, luna maya la, manohara la, solehah la, kris dyanti la.."
Aku tau apa yang kau cari en.kameraman. Musti kau kecewa kan.. hahhaha... Kami yang kat rumah ni pun kecewa juga.. hahahaha..

Apapun tahniah juga buat team Indonesia. Menang pada game kedua ni. Dalam saat-saat akhir pun masih tak mahu mengalah ya. Bagusnya semangat tu. Team Harimau Malaya, sila contohi semangat itu ya.


p/s: En.Mugi, tak rugi kan join saya tengok game kali ni?

Jumaat, Disember 10, 2010

cer citer.. cer citer..

Husin balik dari singapore dengan moto besor.. fuyooo.. teringat citer sembilu dolu-dolu.. hehehe..

...lepaih tu dia p ler balik umah dia.. umah dia sebelah umah Kak Limah.. nampak la Kak Limah kt tingkap.. seram..

...hantu Kak Limah kacau orang kampung.. kacau Pak Abu.. sampai kena sampuk orang tua tu..

...si Abi Hurairah pun kena kaco dalam jamban.. hish.. hish.. hish..

....hantu kopek? camtu ke rupanya hantu kopek? emm.. hihihihi..

...aisehmen.. ingatkan scene last ada tunjuk si Che Nin dgn Ayu gaduh-gaduh ke.. cis..



Rasa tak puas plak tengok sekali.. Cik Nazrie, Cik Za.. jom temankan saya tengok pula.. hahahaha.. kalau setuju, angkat tangan macam saya [sambil meliuk-liukkan? tangan]..