Isnin, September 07, 2009

cuti!!

Hari ini selangor termasuk dalam negeri2 yang bercuti. wohoo.. bestnya..(sepatutnya).
tapi.....
kenapa saya rasa macam tak best.. sangat2 tak best..
kepala kusut.. hati kusut.. jadi.. kan tak best.. walaupun bercuti..
kecuali....
satu je.. time cuti yang best boleh tidur..lepak..hehhehe...

siapa yang tidak dapat cuti tu.. jgn jeles ya..hehhehehe...

Sabtu, September 05, 2009

jerat..

Kala pertama kupandang
Pesona di wajahmu
Saat itu hatiku kan terpana
Tiada ragu lagi tiada bimbang lagi
Semuanya ingin kumiliki

Gelisah jiwaku ini
Dilanda bayanganmu
Kau mengkoyak dinding keangkuhanku
Kauciptakan rindu
Kau buat hatiku terjerat tali cinta

Resah...resah...
Pun tiada menentu
Bila semalam pun tiada bertemu

Mimpi...mimpi...
Kan terasa oh..sepi
Bila kau tiada
Tampakkan senyummu

dengar lagu jerat-harvey malaiholo ni sampai lebam..

Harvey Malaiholo - Jerat.mp3

Jumaat, September 04, 2009

ada satu masa-elah..

Jam sudah hampir ke angka 3 pagi. Tapi saya masih belum boleh tidur. Kepala berserabut. Ya, tahniah, insomnia anda telah kembali seperti biasa. Aaarrghh.. ni semua salah kamu!!kamu!!kamu!!

Rabu, Ogos 05, 2009

Aduh.. rindunya..

Baru je jejak kaki di KL, saya sudah rindukan Sabah. Aduh, rindu betul. Rasa tak mahu balik KL.

Saya rindu dengan orang Sabah.. ehem.. ehem..
Saya rindu dengan sayap ayam... lebih sedap dari KL.. yummy.. yummy
Saya rindu dengan Kundasang.. cantiknya..
Saya rindu dengan suasana Sabah.. dengan angin laut Sabah.. kuat sungguh..
Saya rindu dengan aksi lompat-lompat tu... yeahh...
Saya rindu dengan kata-kata ni "buli ba kalau kau..".. hhahhaha...

Minggu ni kena dengar lagu ni je la nampaknya.. tapi kenapa rasanya mcm si Raya nyanyi lagi sedap ni.. ehehe.. jgn marah nad..

Khamis, Julai 09, 2009

hantu komputer...

Ada sekali tu hani mengadu. Komputernya terpadam tiba-tiba. Saya pun katalah. Ada hantu komputer tak? Bernas tak jawaban saya. Tapi, betul tau.

Dulu masa saya praktikal kat Laman 2004, ada kawan sepraktikal pernah cerita yang di kolej dia ada hantu komputer. Dia kata, kadang-kadang waktu buat assignment tengah-tengah malam, komputer terpadam sendiri atau cursor mouse akan bergerak sendiri. Kadang-kadang, window akan buka tutup tanpa henti. Pulak tu, masa dia cerita tu, tiba2 window salah satu daripada komputer kami buka dan tutup tanpa henti. Wah, seram betul walaupun masa tu time tengah hari buta. Macam tahu-tahu pulak hantu komputer tu kitorang tengah bergosip pasal dia. Sudahlah ofis pulak di tengah-tengah hutan (dekat lake garden sebenarnya). Masa tu memang takut giler... Komputer pun terus tutup suis je.. hahhaha.. penakut betul masing-masing.

Kemudian, baru saya tahu, rupanya virus komputer je tu. Betul ke? Saya ni pun buta IT gak.. hahahaha..Macam mana saya boleh terpengaruh ni. Memang hantu betul siapa yang buat virus ini.

Rasanya citer hantu komputer ni sesuai untuk en.mugi yang suka dok ofis smpai lewat malam untuk buat perkara lagha.. uit.. jaga-jaga en.mugi.. jgn sampai kena panggil skuad pemburu hantu plak.. hahhaha..