Khamis, Mac 25, 2010

al-fatihah..

Semalam, hus beritahu melalui YM. Abah ayu meninggal malam tadi.

Al-fatihah buat arwah. Semoga rohnya di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.


Ayu, sila tabahkan hati ok.

Rabu, Mac 17, 2010

baru saya faham..

Semalam, saya pergi berurut kaki yang terseliuh. Setelah mengalami pengalaman berurut buat kali pertama semalam, membuatkan saya terfikir.

Emm.. in the future

Kalau suami saya kata nak pergi berurut, saya kena pastikan tempat yang dia mahu pergi. Kalau perlu, kena ikut dia sekali.. bahaya.. bahaya… hehhehehehe…

Baru saya faham kenapa ada operasi di rumah-rumah urut… emmm..

Jumaat, Februari 12, 2010

fesyen ramlah ram

petang semalam baju untuk pengapit siap. balik-balik terus je campak baju tu ke kerusi. Malas nak try.

Malam tu, tiba-tiba terasa nak testing-testing baju tu.

Kain ok.

Tapi..

Kenapa baju ni kecik. Bahagian tangan pula besar. Ini stail fesyen ape ni?

si mugi kata, fesyen ramlah ram.. uwaaaa..

aunty.. u mau sabotaj sama saya ke??

Jumaat, Februari 05, 2010

Jadi, siapakah penjenayahnya?

Pagi-pagi lagi cik za mengadu. Katanya, semalam, memory card telefon bimbitnya hilang. Telefon bimbitnya ada. Cuma yang hilang memory card sahaja. Pelik juga ni.

Dan yang lebih pelik waktu kehilangan ialah ketika semua staff publishing sedang bermesyuarat di bilik training.

Jadi waktu kejadian ialah pada pukul 8.30-10.00 pagi.
Waktu kepelikan ialah sejurus selepas mesyuarat selesai. Nada dering berbunyi lain dari yang biasa.
Waktu kesedaran ialah ketika di dalam kereta dalam perjalanan balik dari kerja.
Kata Jo, jom kita jadi GENG BAS SEKOLAH!
Erk..

Tapi sejak akhir-akhir ni memang banyak kejadian kecurian yang pelik-pelik.
Sebelum ini beg telekung jannah hilang. Telekungnya diletakkan di atas kerusi depan surau.
Jadi yang hilang cuma beg telekung!

Ok.. rasanya boleh main permainan detektif plak kat ofis ni. hahahahaha..
Jo, kita jadi GENG DETEKTIF CONAN la.. hahhahhahah..

Selasa, Februari 02, 2010

daridiridara du...

radio online tak berfungsi seperti biasa.
bosan.
jadi, satu hari dengar lagu ni.

daridiridara du...