Aku tak faham bila seorang bos tidak meluluskan cuti yang diminta oleh pekerjanya tanpa alasan tapi mewajibkan pekerja-pekerjanya mengambil cuti pada tarikh yang telah ditetapkan tanpa alasan.
Pendeknya,
nak cuti tak diluluskan tapi kena paksa cuti pada hari yang kita tak mahu cuti. Dua-dua pun tanpa alasan.
Aku sangatlah tak faham apa pesen company cik ayu ni.. aii.. banyak-banyak bersabar ye cik ayu..
Wahai encik bos, apalah masalahnya kamu ni? Mana boleh paksa-paksa orang cuti ikut kamu. Kalau kamu nak cuti, kamu cuti la sorang-sorang. Takkan sampai nak babitkan semua orang pula. Pulak tu kena paksa cuti seminggu selepas hari raya. Nak buat ape? Cuti seminggu sebelum raya tu lebih penting bagi dia ni. Kalau kita minta cuti pada hari-hari tertentu tu, mestilah ada sebabnya. Takkan kamu tak boleh fikir. Aku pula yang terasa hangin. Nasib baiklah aku bukan pekerja di sana. Hahahaha..
Tapi, cuti itu bukan hak pekerja ke? Ke aku yang tak tahu bahawa ada undang-undang yang bos-bos ni boleh paksa pekerja dia cuti ikut suka hati bos.. em.. [oh.. ini bukan berkaitan dengan company-company yang pekerjanya harus cuti bergilir.. langsung tak de kaitan.. uuu]
Cik ayu, sila cepat-cepat jumpa bos dan protes secara halus dan saiko. Bak kata orang, bagai menarik rambut dalam tepung.. hehehe..
Aku pula, sangatlah bersyukur kerana bos aku yang senget sikit tu tak pernah bagi masalah berkaitan hal-hal cuti ni kat aku. Yeay, cuti aku da setel! v(^_^)v
Aku sangat-sangat berharap bila aku balik kampung nanti aku sempat ke pasar malam Teluk Intan.[Walaupun aku tahu hari Sabtu itu ialah hari raya kedua. Tolonglah, tolonglah ada.. aku sudah kepingin nak makan murtabak yg sedap itu.. huhuhu]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan