Apakah perkara yang kamu tidak harapkan ketika berada di sebuah tempat bernama kota keriangan Genting Highland?
Sudah tentu jawapannya HUJAN.
Ya, dalam cuaca hujan cuma ada 3 permainan yang saya boleh main, ya, iaitu:
1. double deck carousel - konon nak rasa adventure, duduk kat tingkat atas. itu pun ada rasa gayat sikit sebab fobia dengan ketinggian.. hahaha
2. tea cup - tak payah beratur panjang-panjang sebab takde orang nak naik pun. entah ke mana orang-orang yang ramai-ramai tu pun saya tak tau. emm.. yela.. siapa yang nak main tea cup yang boring tu kan.. hahaha..
3. pirate train - yang ini paling hebat di antara ketiga-tiga permainan yang saya main. Juga yang paling ramai orang beratur ketika itu. Kalau tak percaya, silalah mencubanya. Pasti kamu akan keluar dengan muka seribu wajah.
Selebihnya.. saya tunggu punya tunggu punya tunggu, bulan tak timbul-timbul..eh.. hujan tak berhenti da..
Tapi aktiviti wajib iaitu sesi memang dijalankan walaupun hari hujan dengan menggunakan kamera orang lain kerana kamera sendiri tiba-tiba merajuk. hehehe..
Balik singgah warung rindu pantai dalam.. pekena kuew tiow tomyam.. perghh.. memang dapat menenangkan hati yang rawan.
Tapi lepas tengok bola, hati rawan balik. Aaarrgghh.. kedah kalah. Tapi apapun helmi eliza tetap penjaga gol yg paling best kat Malaysia ni.. hehehe..[ok, sorry kalau saya bias]
Ya, kelantan deserve to win.[terpaksa redha.. heheheh]. So, final kelantan vs negeri sembilan. eemmmm
[masih rasa geram lagi..]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan