Jumaat, Oktober 30, 2009

marah..

Dulu masa sekolah. Saya panas baran. Sikit-sikit nak marah. Sikit-sikit nak gaduh. Dengan budak laki pn tak jadi hal. Setakat nak sepak diorg tu no hal. Hmmm [sambil geleng kepala~insaf]

Lepas tu masa di U. Panas baran dah kurang. Mungkin sebab persekitaran. BErkawan dengan orang skema, baik, sopan santun [kecuali ketua lanun] yang akhirnya saya cucuk sikit “kenakalan” saya pada mereka. Hahahahaha.. Tapi sejak berkawan dengan mereka, kesabaran saya makin meningkat. [syukurlah]

Sekarang. Bila sudah kerja. Orang ingat saya seorang yang susah marah. Mungkin sebab mereka lihat saya seorang yang happy go lucky. Semua kemarahan, saya pendam sendiri. Saya tak nak tunjuk kat orang. Nanti dah jadi tak comel. Hehehehe..

Tapi, akhir-akhir ni, kenapalah ada orang-orang ni suka nak membangkitkan kemarahan saya.
Tolonglah jangan cari pasal ek!!

1 ulasan: