Khamis, Disember 31, 2009

jangan tengok movie kalau mengantuk..

Baru balik dari Pyramid.
Tengok Sherlock Holmes. Waktu tayangan pukul 11:45 p.m.
Ada beberapa scene tertinggal sebab tertido.
Bukan sebab boring. Tapi sebab mengantuk.
Sekarang masih lagi blur dengan jalan cerita filem Sherlock Holmes.
Lain kali tengok la movie dalam keadaan mengantuk ya cik fyza!
Dalam mengantuk-mengantuk pun sempat nak update entri.
Emm...sambung nanti la.
Nak tidur dulu.

Isnin, Disember 21, 2009

December fool...

Pagi-pagi saya dapat emel ini.


dan ini.



Bayangkan harapan yang diberikan kepada saya. Saya mula buat rancangan. Apakah alasan hendak ke bahagian Marketing? Nak buat-buat ke pantrikah? Yelah, nak ke pantri mesti melalui bahagian Marketing. Jadi pasti boleh jumpa dia. Tapi saya puasa hari ini. Takkan nak buat gila berjalan-jalan di pantri plak. Tak pe.. kata sampai petang kan.. time nak g solat karang je la.

Tapi dalam hati berkata-kata lagi. Ape kes diorang ni nak shooting kat sini? Baiknya hati si bos tu nak kasi orang shooting kat sini? Chop.. cerita apa yang diorang nak shooting sampai ke sini? Pelik.. pelik.

Jenguk-jenguk juga ke bahagian Marketing semasa mahu mengfotokopi kertas soalan UPSR. Senyap je. Ada ke orang shooting dengan senyap sunyi. Cerita dengan cik Ayu dalam YM. Dia kata tengah shooting, mana boleh bising-bising. Ye ke?

Akhirnya, waktu yang ditunggu sudah tiba. Saya pun berjalan ke surau sambil melalui bahagian Marketing dengan perasaan bercampur baur. Berdebar. Pelik. Ingin tahu.

Sampai di sana, saya lihat bahagian Marketing kosong. Hanya ada beberapa orang sahaja seperti biasa. Eh, dah habis shooting ke? Tiba-tiba, saya ternampak SHAHRONIZAM di meja kak Rafidah.

Cepat-cepat saya ke surau sebelum gelak saya pecah di situ. Kooorraaaannnngggg.. memang jahat!!! Ingat ni April fool ke? ni bulan Disember laaaa…

Itu bukan shahronizam. Mentang-mentanglah mamat high-ed tu pun ada MT. Dia tu lebih kepada Dato’ K bukan shahronizam. Saya suka shahronizam bukan sebab MT laaa…

Sampai hati mempermainkan diri saya yang tulus dan lurus ini. Uwaaaaaaaaaaaaaaaa….

Jumaat, Disember 18, 2009

1 Muharram 1413H

Selamat Menyambut Awal Muharram.


1 Muharram 1413H.

Tahun baharu dalam kalendar Islam.

Tahun ini saya nak berhijrah ke arah yang lebih baik. Mestilahkan. Takkan nak berhijrah ke arah yang tidak baik pula.

Azam tahun ini.

Kurangkan kontroversi. Tingkatkan prestasi. Slasshh.. hehehe..

Khamis, Disember 17, 2009

doa..

bola..bola gak petang ni.. doa jangan lupa baca [peringatan untuk diri sendiri juga]..
            

bacaan selepas solat asar..            bacaan sejurus solat maghrib


jangan malulah...

Setiap hari isnin mesti ada pasar malam di kawasan rumah kami.


Hari itu, saya temankan emak ke klinik untuk cuci bisul di kaki. Dah tua-tua pun kena bisul. Uhuk..ampun mak.

Selepas selesai, kami pun singgah sekejap di pasar. Pasar malam itu sebenarnya berhadapan dengan klinik. Jadi, memang wajiblah kami singgah. Apatah lagi, dari office lagi saya sudah teringin makan yong tau fu.

Lepas beli yong tau fu, kami ke gerai kebab. Lepas itu, ke gerai murtabak. Sebelah gerai murtabak itu ada gerai jual mee goreng. Sambil menunggu adik tu membungkus murtabak kami, saya terpandang satu kumpulan budak lelaki di sebelah saya. Rasanya umur mereka dalam 17 atau 18 tahun. Ada 3 orang. Semuanya berpakaian ala-ala punk. Betulkah? Maaf, saya memang buta fesyen. Tapi yang saya perasan. Ada seorang budak lelaki itu bertindik di bawah bibirnya. Astagfirullah.

Budak lelaki bertindik itu berborak dengan kawannya yang lagi seorang sambil menunggu kawannya yang ketiga itu membeli mee goreng.

Kawannya: Kau nak beli ape?

Budak lelaki bertindik mengangkat bahu. Mungkin dia tidak tahu hendak beli apa.

Kawannya [dengan suara kuat n lantang]: Kau beli aje lah BONTOT AYAM. Itu kan FAVERET kau.

Budak lelaki bertindik terpandang muka saya. Dia sudah tertunduk malu. Saya pura-pura tidak dengar. Segera memalingkan muka sambil tersengih.

Si budak lelaki bertindik, janganlah kamu marahkan kawanmu itu. Saya percaya, dia jujur dan tidak berniat apa-apa. Cuma mungkin situasi pada masa itu tidak menyebelahi kamu. Sungguh saya tidak gelakkan kamu. Saya cuma sengih sahaja. Tidak perlu malu hanya kerana kamu suka makan BONTOT AYAM. Heh..

Rabu, Disember 16, 2009

demam lagi..

Menonton teater Natrah buat kali kedua memang menyeronokkan. Dapat menonton Natrah dengan dekat memang mengujakan. Dapat beramah mesra dengan pelakon-pelakon Natrah yang lain memang menyeronokkan.

Tapi.

Demam pada hari perancangan ke teater Natrah sangat memeritkan. Memandu ke istana budaya dalam keadaan demam sangat memenatkan. Tidak dapat berjumpa dan bergambar dengan Shahronizam sangat menyedihkan. Enche' peguam, Ahmad Ibrahim..sedihnya tidak dapat jumpa kamu.

Balik rumah.

Badan makin panas. Makan ubat. Tidur. Esoknya, perancangan balik ke kampung untuk menghadiri kenduri terpaksa dibatalkan kerana demam makin teruk.

Hari ini barulah demam kebah betul. Cik Ayu, betulkah demam saya makin teruk sebab tidak dapat berjumpa Shahronizam? Hehehehehe…

p/s: sudah 2 minggu berturut-turut saya demam pada hari yang sama. Apakah?

Rabu, Disember 09, 2009

26 tahun...

Datang keje arini, ada satu hadiah cute tanpa nama pemberi atas meja dengan ucapan happy birthday. Walaupun takde nama, tapi saya dah tau sape pemberinya.

Janah, terima kasih ye. Walaupun awak kata nak buat-buat misteri. Hahhaha…dah terang-terang ada IRELAND dan tulisan yang dikenali ramai tu.

Terima kasih pada mereka-mereka yang wish dari malam semalam sampai ke hari ini. [ucapan macam menang award je]

Sesape yang nak bagi hadiah tu, sempat lagi ni. hahahahaha….

Kalau boleh, korang bagilah ni..




Seorang jejaka seperti Jae Hee.. tak pun paling kurang macam Shahrolnizam Noor [penangan Natrah..oh, dalam cucu betong pun dia ada.. cerita wajib tengok ni especially scene yang ada dia.. hahahah]



Isnin, Disember 07, 2009

Maya Karin~berbaloi-baloi..

4hb Disember
tengok teater Natrah. dapat amik gambar dgn Maya Karin. mugi, jangan jeles.

5hb Disember
pegi tgk maskara. dapat amik gambar juga [blushing-blushing.. tak guna punye mugi.. bikin saya malu]

aktiviti yang berbaloi-baloi untuk hujung minggu.

sekian.

Khamis, November 26, 2009

ohh..my gucci..

Semalam. YM dengan en.mugi. Plan nak tengok Pisau Cukur.

Suruh dia booking tiket. Konon lebih senang. Tapi seat untuk booking cuma baris depan skrin. Ape kes? Seat tak bagus langsung.
So, plannya kitorang main redah aje. Sambil tu buat plan B. Kalau-kalau seat full.
En.mugi senaraikan filem yang berkemungkinan untuk ditengok kalau Pisau Cukur tak dapat tengok.
Dalam banyak2 list tu, tetibe dia kata ada cite Jalang (WTH).. citer ape ni? hahhaha.. sila abaikan citer tu.. hahha..
Saya cadangkan tengok Phobia 2. Tapi en.mugi kata.. itu pilihan terakhir.. hahhaha.. penakut punyer orang. [memang pun… baru tengok trailer santau.. da tutup muka… macam mana nak ajak tengok ni.. aishh]

Pukul 9 kami ke TGV sunway pyramid. Memang main redah je dengan berpakaian ala-ala pergi pasar. Hahaha.. mentang-mentang pyramid tu sekangkang kera dari rumah. Nasib baik ada seat lagi. Walaupun couple seat je yang tinggal. Hahhaha.. 1st time duduk kt couple seat. Best jugalah. En.mugi siap boleh bersila lagi [oo..mungkin menunjukkan saya da kurus..wahahhaha].

Ok.. cerita start.
Memang boleh bagi 5 bintang. Jalan cerita ringkas tapi best. Dari awal sampai habis buat saya tergelak.
Kira tak rugilah kami tengok Pisau Cukur.

1st time tengok Maya berlakon watak ala-ala gedik tapi sopan. Uuu.. sangat comel.
Fazura. Memang saya suka tengok dia berlakon. Sangat comel. Ohh..my prada.. hahhahah..
Aaron Aziz. Salah satu sebab saya nak tengok cerita ni. so.. hensem..
Tapi faqir si gigi besi tu sape pulak ek? Da lupa nama dia. Pergh.. beruntung dapat menari dengan Maya Karin. Jelesnya.. hehhe..

Kesimpulannya, cerita ni memang best. Gandingan pelakon baru dan lama memang marvelous. Hehehe..
Siapa yang tak tengok lagi. Pergilah tengok. Tak rugi. Sokonglah industri perfileman kita. Hahhaha..

BTW..
 
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. MAAF ZAHIR BATIN.

Rabu, November 25, 2009

link..

Tadi, ada seorang budak kecik ni minta sesuatu.


“kasi link org saiko u kasi smlm,
nak tgk kam****,
hehehe,
bosan daa”

Erk..nak skodeng orang je keje budak kecik ni. Disebabkan saya ni orang yang baik hati. Saya pun copykan link tu. Dari skodeng aje. Saya suruh dia komen je terus.

“hahaha,
ala..,
kang kne ambush dgn ** tu,
i dh testing,
hahaha,
bgi salam je,
hehhe”

Erk.. tapi saya kata bukan ** kenal pun. Hahhaha..

“hahaha,
tula..,
nsib xknal,
hehhe..”

Saya cuma boleh gelak saje. Confident level tinggi ni. Memang senget budak kecik ni…

Isnin, November 23, 2009

pemburu pontianak..

Monday blues. Elok benarlah. Hari ini pun saya pakai serba biru. Bos takde. Keje takde. Bagusnya kalau dapat sambung tidur. Sudahlah malam tadi tidur tak tenang.


Ape kes boleh mimpi hantu plak malam tadi. Shitake betul la… Lepas tu, boleh bersambung ke scene dapat pedang cam dalam komik pedang setiawan tu. Pedang tu digunakan untuk bunuh hantu. Pergh, dalam mimpi saya jadi pemburu pontianak pulak. Ini sudah macam dalam cerita The Twin Effect. Cuma takde Ekin Cheng @ Edison Chen sebagai heronya. Macam siot je.. hahhaha.. Bangun pagi badan penat sebab kejar-kejar hantu. Hahhahaha..Ini patut mimpi ngeri ke mimpi aksi 18SG?[sila amik perhatian: aksi 18SG sahaja]

Moral of the story: sila jangan baca banyak sangat komik sebelum tidur. Kalau tak, mungkin anda akan jadi vampire slayer atau sailormoon dalam mimpi anda. Hahhahhaha..

p/s: tak sabar nak tunggu filem storm warriors sambungan storm rider bulan depan.. woohooo..

Sabtu, November 21, 2009

karok..

Cadangnya nak lepak-lepak di Bidayah aje. Pekena teh tarik. Makan naan cheese. Time hujan. Heaven je rasa.

Lepas hantar cik aida, cik hus dan cik ayu, saya terus ke ofis cik nad. Sampai ofis, lepak-lepak kejap. Tetiba dia ajak pergi karok. Dengan naz, budak ofis dia. Lepas temankan dia makan, kitorang pun pergilah ke wangsa walk.

Punyalah ramai orang. Bilik yang kecil penuh. Bilik sederhana pun penuh. Last-last, kami ambillah bilik besar. Katanya boleh muat 20 orang. Apeke jadah. Kami bertiga ajela wei. Tapi sebab dah malas nak menunggu, yang entah bila boleh dapat tu, kami ambil jugalah bilik besar. Tapi bila kami masuk macam tak besar mana pun. Betulkah boleh muat 20 orang? Musykil betul..

Awal-awal lagi saya tibai lagu Hanya Padamu. Masa ni ingatkan naz tak dtg lagi. Elok je lagu tu start, dia pun masuk. Aduhai. nyanyi dengan cover2. Kejap aje. Masuk lagu kedua. Masing-masing dah naik syeh... hahhah..

Suara naz. pergh.. gempak. Tiba-tiba malu dengan suara sendiri. hahhahha...

Hari ini buat pertama kalinya, saya karok lagu ni. Rock kapak arini cuma dua buah lagu je. hehheh.. Lagu ni selalu melalak depan pc kat ofis dan kat rumah.

Rasa comel sangat bila nyanyi lagu ni. Sesuai dengan saya. ahaks...


balik rumah..saya karok lagi lagu ni depan pc secara perlahan.. matanya lirik-lirik selalu..

p/s: tak sangka naz pun tau lagu ni. hehhehe.. siap nyanyi sama-sama.
p/s p/s: balik dari karok. tak boleh tido. sudah jadi burung hantu. jam da pukul 4 pagi. aarrrggghhh

Jumaat, November 20, 2009

darjah lima..

Darjah Lima. Saya duduk sebelah Iqram. Cikgu Rosnah yang tentukan supaya tak duduk dengan kawan-kawan sendiri [maksudnya geng-geng borak..hehehe]. Sengsara betul mula-mula nak duduk sebelah Iqram ni. Mana taknya. Dari darjah satu sampai darjah empat saya duduk sebelah Ros [kawan baik saya dari darjah satu sampai darjah enam]. Tup-tup kena duduk sebelah budak lelaki. Aish..blur kejap.

Iqram ni baiklah. Tapi budak lelaki. Mestilah ada nakalnya. Kadang-kadang buli saya. Kadang-kadang back up saya. Terutama masa kuiz sifir. Cikgu Rosnah akan rotan siapa-siapa yang tak hafal sifir. Lepas habis kuiz, Cikgu Rosnah akan suruh kawan sebelah tandakan. Mungkin agaknya kerana Iqram kesian tengok tangan saya yang comel ni asyik kena rotan je, dia akan betulkan aje sifir saya. Hehehe.. Aiceh… sifir ni memang saya paling benci. Banyak kali hafal pun tetap tak ingat. Nasib baiklah si Iqram ni baik hati mengajar trick nak hafal sifir ni. Walaupun mulutnya bising marahkan saya ni benak sangat nak menghafal sifir. Kureng betul..

Iqram ni ada kawan baik. Nama dia Nizam. Nizam ni kecik je orangnya tapi sangat nakal. Dia ni duduk depan meja kami. Sebelah Nizam, budak laki hitam manis yang saya tak pasti keturunan dia. Hahaha… Nama pun hebat. Mas Wira. Saya rasa kalau dia super hero. Tentu tak payah tukar nama. Mereka bertiga ni memang excellent dalam Math.. aii..

Cikgu Rosnah rajin bagi kerja berkumpulan. Dia akan bahagikan kepada empat orang dalam satu kumpulan. Selalunya kumpulan-kumpulan kecil tu terdiri dari jiran-jiran depan dan belakang. Kumpulan saya. The three musketeer and a princess. Tentu-tentulah saya si puteri tu..ahaks. Si musketeer tu anak-anak jin tiga orang tu la.

Ikut dongengan, si musketeer menjaga sang puteri. Wah.. bahagianya ada tiga orang bodyguard menjaga saya. Tapi kenyataannya. Si puteri ini yang kena buli. Bila ada apa-apa aktiviti berkumpulan. Saya yang kena tulis. Tapi diorang yang bagi jawapan. Hahahaha.. Kadang-kadang Iqram akan tolong saya tulis bila dia tengok saya terkial-kial. Saya jarang terlibat dalam aktiviti memberi idea dan jawapan. Kadang-kadang ada juga. Cuma dalam hal-hal berkaitan matematik, jawapan merapu saya selalu ditolak. Hahhaha.. jadi, adakah saya kena buli sebenarnya? Alamak.. saya pun tak pasti istilah dibuli sebenarnya sebab saya yang rajin buli orang dari kecik. Wakakkakaka..

Khamis, November 19, 2009

peta minda...

Pagi ni ada training tentang Buzan Mind Mapping®. Kata bos, berkaitan dengan projek tahun depan.


Penceramah, pensyarah pusat bahasa UiTM yang memang ada lesen dengan Buzan Mind Mapping® ni (?). Nasib baik bukan pensyarah yang mengajar subjek BEL di fakulti saya. Kalau tak, mahu saya sorok muka bawah meja. Hehehe..

Kata penceramah tu, mind mapping® ni boleh digunakan untuk macam-macam. Untuk nota. Untuk mesyuarat. Untuk presentation. Untuk diari. Untuk senarai barang dapur. Hatta, untuk hal kahwin dan percintaan. Betul. Dia siap tunjuk bukti lagi macam mana seorang gadis di Taiwan guna mind mapping® untuk buat keputusan hal-hal kahwin. Hebat betul.

Seronok juga masuk training ni. Tak mengantuk pun. Ajaib kan. Yang best, rasa cam balik ke zaman sekolah pula. Lukis-lukis. Kaler-kaler.

Lunch tadi, cik Nazrie bergosip. Bermula dari dalam kereta. Sampai di tempat makan, lepas order makan, dia lupa apa yang dia nak gosip yang dia nak sambung. Lepas tu saya kata, lain kali kau buat mind mapping lah..senang nak ingat. Hahahaha..

Agak-agak, kalau buat blog dengan mind mapping® best tak? Hahhahahahaha…

Khamis, November 05, 2009

mari kita bermaskara..

Ni kisah sabtu lepas. Entri agak panjang. Tak tau la kenapa saya rajin sangat nak tulis. Hahahhaha…
  1. Pagi-pagi lagi en.mugi ajak ke maskara shorties 09. Saya dengan gediknya setuju bila dia kata filem alif pn ada walaupun sepatutnya saya pergi menolong aka melangut kat kenduri kawin yong. Saya ckp dengan en.mugi, kita balik awal skit walaupun cakap dengan emak balik pukul 1.. waahahaha.. si keji..
  2. Kami cadang bertolak selepas balik dari kelas MySL. Saya ingat nak basuh kereta lepas kelas tapi cancel sebab hujan. Jadi, balik umah tukar baju elok sikit. Bukan sebab saya pakai baju koyak ye..choii.. Saya tukar tshirt yang ok skit pastu pinjam sweater busuk en.mugi. TERPAKSA. Sebab dia kedekut dgn sweater kelabu dia tu.. hahhaha..
  3. Sebelum memulakan pencarian rumah PENA, kami makan kat A&W. emm.. malu rasanya nak cerita hal yang terjadi kat situ. En.mugi memang orang yang tak senonoh. Si busuk. Bikin malu gue aja…
  4. Lepas makan, kami pun bertolak dalam hujan yang renyai [tp kadang-kadang lebat.. wahahah]. Dengan yakinnya, saya pun menderu masuk ke jalan tun razak. Sebab dengan yakinnya saya ingatkan mereka buat di sekitar perpustakaan negara. Cisss.. en.mugi rasanya purak2 cool di tepi. Kami sudah hampir ke jalan yap kwang seng dan jalan ampang. Lepas tu saya amik keputusan patah balik. Sekali tu, baru saya perasan en.mugi kata maskara shorties buat kat rumah PENA. Rumah PENA!! Bukan sebelah tupai-tupai ke? aiyoo.. Dengan bantuan skuad kecemasan, aiza memberi direction beserta landmark ke sana dari jalan kinabalu. TERIMA KASIH AIZA. Si mugi sangat gembira bila jumpa unta besar tu.. hahhaha..
  5. Disebabkan terlampau gembira bila jumpa jalan di puduraya, saya terlajak ikut jalan lain. Hahhaha.. tapi sebab saya seorang yang cool, saya jalan je ikut gerak hati. Last2 kami termasuk ke jalan sultan [cuaknya masuk ke situ, 1st time masuk dgn kereta.. hahhaha.. sebelum ni jalan kaki je]. Kami cari signboard jalan hang tuah tapi yang jumpa jalan hang jebat dan jalan hang kasturi. Emm.. en.mugi da gelak2. saya kata, sebelum jumpa ketua, kena jumpa sahabat2 dl kot.. hahhaha..
  6. Akhirnya dalam pukul 8 lebih kami pun tiba di sana. Masa tu hujan renyai2 tapi boleh membasahkan baju yang dipakai.. hahaha.. saya cube cari port baik tuk parking supaya senang keluar. Dalam mencari tu, ada bro pakai baju striking suh masuk satu tempat khas tuk parking. TERIMA KASIH BRO BAJU STRIKING. Mula2 parking kat sebelah kereta kelisa tapi saya tukar parking sebab kononnya dekat dgn ntah ape tanah yang saya da langgar. Nasib baik bumper depan ok sebab masa saya turun ada satu batu besar dekat situ. Hampir2 je. Lepas tu saya nak parking kat belakang kancil putih, tapi saya tak perasan tanah kt situ agak lembik. Mengaum kejap kereta saya nak lepas. Ciss buat malu je. Harap-harap takde orang perasan kejadian tu. Akhirnya saya parking di belakang kelisa biru tu je bila abg baju striking datang dan cakap “takpe, parking sini je. Nanti kalu ada sape2 nak kuar, kami akan buat pengumuman” aduhai, bro baju strikinggg.. kamu bikin saya maluuu!!
  7. Tanah lumpur di rumah PENA yang terlekat di side mirror n tayar kereta saya, masih ada lagi. Saya tak basuh-basuh lagi kereta tu. Hahhaha.. bukan malas tapi takde masa.. hahha.. lgpun skrg asyik hujan. Biarlah hujan je yang bersihkan.. hahhaha..
  8. Masa sampai, kami tengok ada yang berpayung kat luar. Tayangannya dibuat di dalam rumah PENA. Mungkin sebab hujan. Siapa yang awal dapatlah duduk di dalam. Si lambat seperti kami, berpayunglah di luar.
  9. Saya yang agak renek ni menghadapi masalah untuk melihat dari luar. Orang-orang di hadapan saya semuanya giant2 belaka. Hahhaha…En.mugi yang takde masalah ketinggian memanggil saya untuk melihat dari celah2 bro baju belang2. Ingat saya boleh nampak ke? waktu-waktu begini, kesabaran yang tinggi haruslah diamalkan. Saya pun berdiri di belakang kakak-kakak [err.. tak tau la kakak ke adik.. hahahha] yang ketinggian lebih kurang sama seperti saya. Akhirnya dapatlah kami tengok walaupun sebelah gambar sahaja.
  10. Tak tau pukul berapa [masa tu ujan da berhenti] tiba-tiba ada break dan pengumuman bahawa tayangan akan dibuat diluar. Oo… lega. Saya ingatkan saya kena berdiri kat luar sampai sudah. Kepala pun da sakit sebab asyik menyenget je. Hahhaha… Kami sempat sapa aliff yang macam busy tu sebelum cari tempat untuk duduk. Seharusnya kami mencari tempat yang terpencil. Konon-konon low profile, kata en.mugi. Ceit.. macamlah orang glamer.
  11. TERIMA KASIH untuk sepasang kapel [saya syak la] yang comel kerana sudi bagi kami tumpang duduk di atas kerusi yang dilapik dengan rain coat si bf [saya syak juga].
  12. TERIMA KASIH juga buat bro yang pass-along makanship muruku dia tu. Bagus perilakunya. Mempelawa orang sebelah-menyebelah. Boleh buat menantu tu.. hahaha..
  13. Saya paling suka 3 filem pendek yang ditayang. Filem Pintu oleh Akashdeep Singh, Pemburu Buaya Darat oleh tokrimau dan Hangus oleh Dean Sham.
    Pintu sangat dekat dengan hati saya. Teringat kat mak masa tu.. uuu.. pelakon adik beradik tu ingatkan saya pada en.mugi dan cik artis [err.. da tukar nama kan.. tak ingat.. ahhah]. Si abang yang sangat jahat pada adik dia.. wahahhahah..
    Pemburu Buaya Darat pula sangat kelakar. Sampai sekarang saya boleh ingat dialog si buaya darat tu. Memang tak boleh blah.. hahhahaha..
    Hangus pula buat saya tersengih.. terasa.. hahaha.. terasa sikitlah.. muka blur pipiyapong memang tak boleh blah..saya rasa dia boleh masuk pencalonan pelakon lelaki terbaik FFPM la.. hahha..
    Oo.. My Perfect Ana pun best. Sesuai untuk menyedarkan kaum adam.
    Saya tak reti nak review secara ilmiah dengan term2 yang betul.. jadi boleh lihat di sini untuk tgk review2 yang lebih tepat... hahhaha.. ini ialah apa yang saya rasa. Kalau ada jual VCD/DVD, saya akan line-up untuk beli. hehehe.. 
  14. Kami terpaksa pulang awal sebab teringatkan kenduri kawin yong. Hahahha.. kaki berat nak melangkah tapi terpaksa.. uuu.. lepas je filem alif ditayangkan, kami pun blah. Ooo.. citer aliff pn best. Buat saya ternganga. Tak tau nk respon ape. Lagu dia sangat annoy. Terngiang2 sampai sekarang. SEBAB AKU KACAK SANGAT.. Hahhaha.. alif minta izin download lagu tu ye. Hehehehe.. congratulation to u bro. awak boleh jadi lebih hebat lepas ni. “awak”?hahhaha… sorry, kitorg tak jumpe ko masa balik tuk ckp tahniah.
  15. En.mugi sempat rembat buku-buku sindiket sol-jah n yang lain malam tu. Saya tak rembat ape2. Kononnya nak rembat baju sindiket sol-jah tapi terlupa. Kenapa? Sebab.. hahhaha..
  16. Sebab saya sudah lupa bila en.mugi cakap pakcik naga [boleh ke panggil pakcik.hehehe] ada kat situ. Saya nak ambik gambar dengan pakcik naga tapi malu. Saya sudah blushing2.. ape kes kan?? Si bodoh.. hahhahhaha..
  17. En.mugi suruh ambik gambar dengan pipiyapong. Tapi saya tak mahu. Kenapa? Entahlah..agaknya saya lebih excited jumpe pakcik naga kot.. hahha.. si bodoh lagi.. hahhaha..
  18. Balik umah saya mengadu dengan en.mugi, menyesal. Dia sudah marah. Jangan cakap dengan saya, dia kata. Hahhahhaha…
  19. Mata saya berpinar-pinar sebab kena flash kamera betul2 depan muka saya… hahha.. takde la smpai buta kan.. tapi pening juga lak. Gara-gara en.mugi kata payung tertinggal di kerusi yang kami duduk tu. Dalam kelam kabut nak pi ambil, saya tak perasan ada sorang brother cameraman tengah sedia nak amik gambar. Sorry bro cameraman, mesti kamu bengang sebab ada gambar perempuan hodoh dalam gambar tu.. hahahah.. harap2 kamu tak nightmare. Hahahaha..
  20. Sampai rumah hampir pukul 12 malam. Saya memang jenguk muka sekejap sangat di dewan kenduri tu. Memang kena sebijik dengan makcik-makcik saya.. mak saya saja yang cool.. wahahhaha.. tapi saya tak kisah sebab saya da berseronok di maskara shorties.
  21. Tahun depan, Insya Allah saya nak datang lagi tgk maskara..

Jumaat, Oktober 30, 2009

marah..

Dulu masa sekolah. Saya panas baran. Sikit-sikit nak marah. Sikit-sikit nak gaduh. Dengan budak laki pn tak jadi hal. Setakat nak sepak diorg tu no hal. Hmmm [sambil geleng kepala~insaf]

Lepas tu masa di U. Panas baran dah kurang. Mungkin sebab persekitaran. BErkawan dengan orang skema, baik, sopan santun [kecuali ketua lanun] yang akhirnya saya cucuk sikit “kenakalan” saya pada mereka. Hahahahaha.. Tapi sejak berkawan dengan mereka, kesabaran saya makin meningkat. [syukurlah]

Sekarang. Bila sudah kerja. Orang ingat saya seorang yang susah marah. Mungkin sebab mereka lihat saya seorang yang happy go lucky. Semua kemarahan, saya pendam sendiri. Saya tak nak tunjuk kat orang. Nanti dah jadi tak comel. Hehehehe..

Tapi, akhir-akhir ni, kenapalah ada orang-orang ni suka nak membangkitkan kemarahan saya.
Tolonglah jangan cari pasal ek!!

Khamis, Oktober 08, 2009

maju ke depan.. banzai..banzai..

Hari ini saya sudah maju sedikit di hadapan.
Walaupun harapan untuk lulus temuduga pagi tadi agak kurang.
Tapi, saya berbangga dengan diri sendiri kerana berani mengambil satu langkah ke hadapan.
Woohooo...bestnya rasa. Banzai.. banzai.. banzai..

Jumaat, Oktober 02, 2009

kedip-kedip

Dari pagi tadi, mata belah kiri saya asyik berkedip-kedip. Orang kata kalau mata kiri asyik berkedip, ada sesuatu yang tidak elok terjadi.

Tengah hari tadi, seperti yang dirancang, kami pun meluncur laju ke restoran nasi ayam di amcorp mall. Cik Nazrie kata, tak sabar aku nak makan nasi ayam+mengumpat ni.

Bila sudah sampai, Cik Nazrie pun pergi la chop tempat yang sesuai, manakala saya, Cik Janah n Cik Za beratur untuk mengorder nasi ayam.

"Beb, aku nampak M tadi," kata Cik Nazrie semasa saya meletakkan dulang makanan ke meja kami. Dengan muka terkejut saya tanya,"Dengan sape beb?"

"Dengan mummy the return & R la.." Gulp, rasa cam tak sedap hati. "Diorg kat mana sekarang ni?"
"Entah. Selalunya diorang ni pi sri melaka."
"uu.. jangan diorg makan dekat2 sudah la."

Lepas je perbualan pendek tu, saya pun pergilah ambil sos cili (restoran tu jenis ambil cili, kicap dan sup sendiri..). Elok-elok saya berpaling, tengok Cik Nazrie sudah tukar tempat. Dengan muka hairan dan menahan gelak (cili hampir-hampir je tumpah dari dalam bekas sebab tangan dah gigil-gigil tahan gelak), saya pun berjalanlah menuju ke tempat yang baru. Bila ditanya, dia kata meja tadi kecil.

Saya masih lagi menahan ketawa. Sampai sakit perut jadinya. Muka Cik Janah da berkerut-kerut. Cik Za pula jadi blur.

"Iye.. salah akulah ni. Mana aku nak tau diorg nak duduk kat belakang kita," kata Cik Nazrie. "Memang malang betul la. Baru nak mengumpat diorg. Mummy the return ni baca ke email kita tadi?"

Saya sudah gelak besar. Itulah. Hendak mengumpat bos. Kononnya jauh dari ofis. Mana tau rupanya geng Mummy the return tu siap makan belakang meja kitorg lagi. Memang lawak antarabangsa. Masing-masing kata, macam-macam petunjuk da ada sebelum ke mari. Rupanya benda ni yang nak jadi. Masing-masing makan dengan jiwa kacau. Lawak.. lawak..

Agaknya, mata saya berkedip-kedip sebab ini kot.. hahahaha...

Rabu, September 30, 2009

kantoi..

I saw what’s on ur pc juz now,” kata mrs.bos masa dia panggil saya masuk. Aduh, kantoi. “u know what I mean right?” saya angguk je dengan muka blur. “I assume this is your first time. Hope u don’t do it anymore,” saya angguk je lagi dengan muka blur lagi. Takkan nak menjawab. Kang jadi perang pula dalam bilik tu.

Nampaknya YM akan dioff selama sebulan bagi menuetralkan keadaan. Nak buat macam mana. Siapa suruh mengkantoikan diri tadi. Heheheh.. Tapi.. sebulan tu macam lama sangat.. setengah bulan je la.. err.. seminggu je la off boleh tak? Hahhahhaha...

p/s: seminggu tu kira hebatlah bertahan. sebelum ni, sehari je bertahan. hahhahha..kata pn geng lanun a.k.a pemberontak..

Jumaat, September 18, 2009

ooo..balik kampung..

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...Balik kampung oh oh... Balik kampung oh oh..
Hati girang
Ho ho... Balik kampung.. Ho ho... Balik kampung.. Ho ho... Balik kampung
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

woo.. bestnya.. esok saya nak balik kampung..so,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
MAAF ZAHIR BATIN..
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA..
INGATLAH ORANG TERSAYANG..

p/s: geng, jangan lupa duit raya aku!!

Isnin, September 07, 2009

cuti!!

Hari ini selangor termasuk dalam negeri2 yang bercuti. wohoo.. bestnya..(sepatutnya).
tapi.....
kenapa saya rasa macam tak best.. sangat2 tak best..
kepala kusut.. hati kusut.. jadi.. kan tak best.. walaupun bercuti..
kecuali....
satu je.. time cuti yang best boleh tidur..lepak..hehhehe...

siapa yang tidak dapat cuti tu.. jgn jeles ya..hehhehehe...

Sabtu, September 05, 2009

jerat..

Kala pertama kupandang
Pesona di wajahmu
Saat itu hatiku kan terpana
Tiada ragu lagi tiada bimbang lagi
Semuanya ingin kumiliki

Gelisah jiwaku ini
Dilanda bayanganmu
Kau mengkoyak dinding keangkuhanku
Kauciptakan rindu
Kau buat hatiku terjerat tali cinta

Resah...resah...
Pun tiada menentu
Bila semalam pun tiada bertemu

Mimpi...mimpi...
Kan terasa oh..sepi
Bila kau tiada
Tampakkan senyummu

dengar lagu jerat-harvey malaiholo ni sampai lebam..

Harvey Malaiholo - Jerat.mp3

Jumaat, September 04, 2009

ada satu masa-elah..

Jam sudah hampir ke angka 3 pagi. Tapi saya masih belum boleh tidur. Kepala berserabut. Ya, tahniah, insomnia anda telah kembali seperti biasa. Aaarrghh.. ni semua salah kamu!!kamu!!kamu!!

Rabu, Ogos 05, 2009

Aduh.. rindunya..

Baru je jejak kaki di KL, saya sudah rindukan Sabah. Aduh, rindu betul. Rasa tak mahu balik KL.

Saya rindu dengan orang Sabah.. ehem.. ehem..
Saya rindu dengan sayap ayam... lebih sedap dari KL.. yummy.. yummy
Saya rindu dengan Kundasang.. cantiknya..
Saya rindu dengan suasana Sabah.. dengan angin laut Sabah.. kuat sungguh..
Saya rindu dengan aksi lompat-lompat tu... yeahh...
Saya rindu dengan kata-kata ni "buli ba kalau kau..".. hhahhaha...

Minggu ni kena dengar lagu ni je la nampaknya.. tapi kenapa rasanya mcm si Raya nyanyi lagi sedap ni.. ehehe.. jgn marah nad..

Khamis, Julai 09, 2009

hantu komputer...

Ada sekali tu hani mengadu. Komputernya terpadam tiba-tiba. Saya pun katalah. Ada hantu komputer tak? Bernas tak jawaban saya. Tapi, betul tau.

Dulu masa saya praktikal kat Laman 2004, ada kawan sepraktikal pernah cerita yang di kolej dia ada hantu komputer. Dia kata, kadang-kadang waktu buat assignment tengah-tengah malam, komputer terpadam sendiri atau cursor mouse akan bergerak sendiri. Kadang-kadang, window akan buka tutup tanpa henti. Pulak tu, masa dia cerita tu, tiba2 window salah satu daripada komputer kami buka dan tutup tanpa henti. Wah, seram betul walaupun masa tu time tengah hari buta. Macam tahu-tahu pulak hantu komputer tu kitorang tengah bergosip pasal dia. Sudahlah ofis pulak di tengah-tengah hutan (dekat lake garden sebenarnya). Masa tu memang takut giler... Komputer pun terus tutup suis je.. hahhaha.. penakut betul masing-masing.

Kemudian, baru saya tahu, rupanya virus komputer je tu. Betul ke? Saya ni pun buta IT gak.. hahahaha..Macam mana saya boleh terpengaruh ni. Memang hantu betul siapa yang buat virus ini.

Rasanya citer hantu komputer ni sesuai untuk en.mugi yang suka dok ofis smpai lewat malam untuk buat perkara lagha.. uit.. jaga-jaga en.mugi.. jgn sampai kena panggil skuad pemburu hantu plak.. hahhaha..

Selasa, Julai 07, 2009

pujaan hati 1

Sambil layan-layan YM, saya tengok-tengok gambar dalam mypic folder. Sampai la ke satu folder yang ada gambar mamat ni. Nama dia ni Jesadaporn Pholdee atau nama panggilannya, TIK. 1st time kenal dia masa tengok drama soda and ice tea. Peh, cair terus. Lepas tu baru saya tau dia ni yang jadi hantu hensem dalam filem 303. Cerita hantu yang paling kami suka tengok sebab ada hantu hensem. Bila mamat ni muncul je, confirm scene dia akan dipause untuk jangka masa yang lama. hahahaha.. punye hebat penangan dia ni. Latest drama dia, tajuknya Kaew Tah Pee. Boleh tahan gak cerita ni tapi tak dapat lawan Luerd Kattiya (tengok drama ni punya pasal, sanggup tak pergi kenduri jiran sebelah. Dahsyat betul) & Roilei Sneyrai.

Dalam Kaew Tah Pee ni, dia jadi orang buta yang kaya tapi pura-pura miskin. Lepas itu, buat-buat kesian supaya heroin kawin dengan dia. Heroin yang konon baik hati dan lurus tu pun setujulah untuk kawin dengan dia bila dia bagi alasan yang dia perlukan orang untuk temankan dia pergi Paris bagi pembedahan mata dia di sana. Fuh, alasan macam tu saja dah boleh buat si heroin setuju kawin. Em, kalau muka macam dia ni.. boleh buat orang tak fikir panjang da.. hahhah...


Latest filem dia, Nakhee (Deep in the Jungle). Tayangannya bulan 5@6 rasanya. Tapi, sesungguhnya, saya tak sempat tengok movie ni sebab waktu tayangannya pada hari biasa selama 3 hari sahaja.. di ulangi 3 hari pada hari biasa dan pada waktu bekerja. Memang bedebah betul siapa yang buat schedule ni kat TGV.

Tiba-tiba baru saya teringat, mana saya letak CD tik ya? Dalam tu ada, koleksi gambar-gambar dia, koleksi ads & commercials (pernah sekali iklan air mirinda dia ni terlepas kat malaysia. Excited betul masa tu.), dan koleksi scene pendek dalam cerita Luerd Kattiya (tengok banyak kali pun tak bosan.. siap nangis-nangis walaupun tak ada subtitle. Macam paham je bahasa Thai tu.. hehehe.. Hebat sungguh penangan). Mana saya simpan CD tu ek?

p/s: semalam cik nad tanya, bila nak tengok movie. Saya kata kena tunggu end of year. Kena jimat duit.. hahhaha.. poyo betul. Sebetulnya saya nak tunggu Storm Rider II. Yang lain tak penting. Peh, nak tengok Aaron Kwok yang dah semakin macho dan badan ketul-ketul.. hahhaha..

Isnin, Julai 06, 2009

o_O -_-zzz

Disebabkan semalam tidur lebih kurang pukul 4 pagi, pagi ini, mata saya layu macam ikan puyu..erk.. ada ke? Disebabkan mata saya layu, indeks kamus telah saya campur adukkan BI dan BMnya. Disebabkan saya telah campur adukkan indeksnya, maka saya kena taip lagi sekali. Disebabkan saya kena taip lagi sekali, kepala saya pening. Disebabkan kepala saya pening, saya nak tidur. Agak-agak kalau saya tidur, mrs. Bos ketuk kepala saya tak? Uuu…

Pagi-pagi buka YM, tengok bekas chenta hati online. Pelik ni. Bukan ke mamat ni cam buta IT? Hahahaha.. Mana chenta hati yang baru ni? Dah lama menyepi ni.. Sibuk mengalahkan menteri la dia ni..
Sambil tengok-tengok siapa yang online, saya menyuap nasi goreng yang mak bekal pagi tadi. Cadang nak makan waktu rehat tapi saya ada agenda yang lebih penting. Waktu rehat nanti, saya nak menyeru. Sekarang ini, saya sudah macam bomoh siam. Tersengguk-sengguk. Tersengguk-sengguk. Sikit lagi dahi ni nak cecah meja ni. Aduh, tolong.. tolong..

Rabu, Jun 17, 2009

Manisnya... Kelakarnya..

Tadi en.mugi bagi satu link youtube. Tengok sendiri dulu. Pastu bagi komen.




.....
.....
.....
.....
.....
.....

Amacam? Sweet kan?? ehe...

Selasa, Jun 16, 2009

biarlah rahsia...

Pernah tak korang rasa macam nak cerita benda gembira kat orang lain tapi tak boleh.. uu.. mesti cam sengal kan..
Itulah yang saya tengah alami sekarang ni. Minggu lepas saya telah menjalani satu aktiviti yang menyeronokkan dan menggembirakan... Terasa macam kat korea pulak. Comelnya budak2 korea ni.. kalaulah maknya takde.. memang dah kena cubit memasing. Memang best sangat.. Minggu depan macam nak buat lagi la.. hahha..

Pada kawan2 dan sesiapa yang nak tau aktiviti apa yang saya buat dan di mana.. boleh tak saya bagi jawaban keji ni.. BIARLAH RAHSIA.... hahhahaha...

Rabu, Jun 03, 2009

Kita tunggu dan lihat..

Hari ini kena tidur awal. Rehat cukup-cukup. Simpan tenaga. Esok pagi-pagi dah nak bergaduh dengan bos lagi ni. Em.. susah kalu dapat bos yang berperangai tak serupa orang dan tak bertanggungjawab. Harap-harap takde sebarang kemalangan jiwa berlaku esok. Kita tunggu dan lihat.

Jumaat, Mei 29, 2009

ape kes ni??

Baca berita harian online. Tajuk berita ni macam menarik. Ingatkan berlaku kat luar negara. Rupa-rupanya, kat malaysia la..
____________________________________________________

Gara-gara Manchester United gagal menjuarai Liga Juara-Juara Eropah

KUALA LUMPUR: Kegembiraan seorang penyokong setia Barcelona meraikan kejayaan pasukannya menjuarai Liga Juara-Juara Eropah awal pagi semalam, bertukar tragedi apabila dibelasah dan ditetak sekumpulan penyokong Manchester United (MU) di sebuah restoran di Pudu Hulu di sini, awal pagi semalam. Sebelum kejadian jam 4.45 pagi itu, Muhammad Radzeley Ramlan, 25, bersama sembilan rakannya menonton perlawanan akhir antara Barcelona dan MU di restoran berkenaan.
berita selanjutnya di sini

____________________________________________________

ape kes sampai nak belasah orang ni?? tak paham betul la.. takde semangat kesukanan betul la.. relaks la.. yang nak emo tak tentu pasal apesal...

Ahad, Mei 17, 2009

transformasi sudah pun berakhir!!??..

1. hafiz
2. aril
3. akim

4. yazid
5. isma


Keputusan AF7. Tahniah untuk mereka. Puas hati dengan result tu? Macam tak puas hati.. tapi.. lantak la.. hahahaha.. apapun... HAFIZ JUARA!!!!.. wooohoooo...

Jumaat, Mei 15, 2009

siri pemberontakan III

Tadi.. CYT kata dia bagi email kat si bos. Dia kata, bos, lu bagitau sendiri miss K yang semua data dah siap transfer dalam database. Ini bukan bidang kerja wa. Wa takkan buat.

Wah.. nampaknya CYT yang lemah lembut ni pulak memberontak. Nampaknya kelab pemberontak semakin berkembang.. yeahhhh...

p/s: bukan saya yang ajar dia memberontak ye.. betul.. tak percaya?? sudah la...

Khamis, Mei 14, 2009

hari ni hari ape??

Wahhh.. hari ini hari khamis rupanya.. ingatkan hari rabu... bila tengok tarikh kat atas.. gulpp..
punyalah kepala kusut, hati kusut sampai tak ingat hari ni hari ape..
adeehhhh... patut lah si bos #($* tadi kata kalau tak dapat jumpa author esok, jumpa je hari isnin. Pikir-pikir gak.. nape tak jumpa hari jumaat. sebab hari ini hari rabu. esok khamis. lusa jumaat. Ingatkan si bos yang hilang ingatan.. rupanya sendiri yang hilang ingatan..
uwaaa...

tenang...

LUNCH. Tak de selera nak makan. Bukan dietlah. Sakit hati tak abis lagi.

Bancuh teh hijau + dengar zikir = ketenangan jiwa.

p/s: boleh kurus kalau hari-hari macam ni..

siri pemberontakan II

Pepagi kena panggil masuk meeting. Pastu dapat tahu bad news plak tu. Kitorang kena stay ofis ni 24/7 mulai minggu depan. APA??!! MEMANG #($&*(#$! Pastu siap ugut. Kalau tak siapkan minggu depan. Tahun depan takde bonus. MEMANG @$(&%#$! lagi sekali.

Lepas meeting, cik A tanya progress tuk projek tu. 80% da siap. Yang lain kena tunggu si bos @#( @ kasi. Pastu si bos @#( @ buat perangai pelik dia yang buat saya bengang. Dahla bengang pasal berita pagi tadi tak abis lagi. Ni dia pula nak buat perangai. Apa lagi. Dapatlah dia sebiji. Nasib baik saya tak buka silat. Kalau tak mampus ko si bos @#( @.

AARRGGHH... SAYA NAK MEMBERONTAK LAGI HARI NI.....

Rabu, Mei 13, 2009

siapa nak kena penyepak ni!!!!

Aii.. bikin hati panas je. Keluar office. Gi tempat parking. Tengok ada kesan calar yang dalam belah pintu kiri. Bikin hati saya panas je. Sudahlah dari pagi tadi dok bengang pasal penggunaan internet disekat. Balik-balik kerja plak, kereta kena calar. Sapa yang gatal tangan dok calarkan keta saya yang canteek ni. Memang nak kena penyepak betul la.. Ya Allah, Kau datangkan la musibah ke atas orang yang menganiayai keretaku ini. Minta maaf ye sebab mendoakan yang tak baik kat si baghal tu tapi saya tengah sakit hati, sakit mata. Uwaaa.. myviku...

p/s: rasa mau nangis. plak tu mp3 kuar lagu F schubert-serenade. fuh..sedih.. uuwaaa... spoil mood seminggu.

siri pemberontakan I

Aish.. semalam dapat email berapi dari Admin Exec. Diberikan final warning. Department kami dilarang surfing internet yang tak berkaitan dengan kerja lagi. Wah.. dah dahsyat ni. Ni yang bikin hati panas ni. Sudah ala-ala tentera ni woo...
Tapi.. pagi-pagi tadi saya dah buka meebo. Wah, degil betul saya. hahaha. Lepas tu, Cik Nazri bagi email.
Macam mana aku nak dengar lagu dangdut lagi ni??
Alamak. Saya no komen. hahhahah.. Saya balas email cik nazri. Kami pun bergosip-gosip sambil meluahkan isi hati. Tiba-tiba cik nazri kata,
Pssttt silap2 emel kita ni pon dipantau hahahahahha…
Jawaban saya senang je..
Aku syak diorg pantau gak.. hahha..
Ahhh… pegi mampus..
Jgn smpai kejadian jebat durhaka berulang kembali..
Sejarah mungkin berulanggg.. oo.. hahahhah…
Cik nazri pulak balas..
Hahahahaha,,,bagus2 inilah org yg aku cari..pemberontak sprtiku huhuuuu..kalu kena pantau kita dua org yg kena trajang keluar dulu…apa yg pntg! Kerjasama! Wonderpet, kami dtg..myelamatkan diri dlm kesusahan! Yeaaaaaaaahhhhhhhh wonderpets!
Ok.. siapa nak join kelab pemberontak ni, sila angkat tangan.. wahahahhahhahahhaha...
p/s: before lunch tadi, saya sangap betul. tengah syok2 YM dgn hani s/u lanun, tetiba meebo tu disconnect sendiri. Bila try open balik, boleh plak page cannot be displayed.. memang HANTTTUUUU BETULLL!!!!!

Selasa, Mei 12, 2009

tolong la mrs. bos...

Hari ni lambat lagi ke ofis. Semalam pun lambat. Saja je. Environment sekeliling makin membosankan. Tak ada semangatlah nak buat kerja. Dah berapa kali dok merayau keliling ofis ni. Mencari inspirasi. Aduh, muka yang sama je. Mrs. bos, tolonglah recruit orang baru dengan cepat. Kalau boleh carilah yang agak hensem. Biar bersemangat sikit datang kerja. Hahahahahahaha...

Isnin, Mei 11, 2009

isnin yang poyo..

Kalau nak dekat-dekat waktu balik kerja je... mata mesti mengantuk. Mulut da 2 3 kali menguap. Toilet da 2 3 kali pergi untuk cuci muka. Mata da 2 3 kali ditonyoh-tonyoh smpai berair. Aduh, cepatlah pukul 5. Mata ni. Tepat kul 5 karang, confirm terbuka luas. Gaya-gaya mengantuk memang hilang langsung. Ai, memang ciss betul la..

Sabtu, Mei 09, 2009

kisah ketua lanun dan butik..

Hari ini saya n zura ketua lanun tak jadi pergi seremban. Semalam Aini kata butik tu tak buka. Cuti hari wesak. Pelik la. Kakak tu mcm sambut je. Jadi kitorang decide nak survey-survey kat PKNS & Plaza Alam Sentral.
Tempat pertama, PKNS. Jumpe satu butik. Tanya2. kakak(tp patut kena panggil abang) tu kata upah RM350. Tak kisah kain jenis apa tapi kalau design fesyen merepek, mungkin lebih. Saya tanya lagi macam-macam untuk puaskan hati. Si ketua lanun pulak diam je. Aik, sape yang nak upah baju tunang ni? Bila tanya dia, macam ok tapi kitorg hold dulu la. Kononnya mungkin ada yang lagi murah. Jadi, misi kitorang cari butik yang leh amik upah kurang dari RM350 tapi jahitan tu mesti cantik.
Tempat kedua, SACC mall. Jalan-jalan je. Tengok-tengok. Saya kata dengan ketua lanun. Sini ada butik Salikin Sidek, hehhehe.. Dia jeling saya. Agak-agak la beb, kata dia. Hahahahaha.. nasib baik saya tak kena sekeh. Ya, kat sana takde butik yang menarik(dari segi mata dan kewangan..uhuks).
Tempat ketiga, Plaza Alam Sentral. Macam kat SACC mall gak. Butik sini nampak canggih-canggih. Tapi cam takde yang menarik. Masuk satu butik tu. Kakak tu kata upah kami dari RM450 ke atas. Itu pun tengok jenis kain. Oooo.. kami angguk je. Pastu blah je la. Dalam berkira-kira nak balik. Nampak satu butik tu. Emm.. nampak cam menarik. Baju display pun nampak cantik. Ye, secantik harga upahnya. Bila kami tanya, kakak tu kata kat situ upahnya start dari RM1000. Mak datuk.. kitorg da telan air liur. Kakak tu buat-buat buka invoice lama pastu tanya kami bawa tak kain tu. Si ketua lanun dengan muka nak tak nak keluarkanlah kain tu. Kakak tu rasa sikit-sikit. Ooo.. ada bead ye, kakak tu buat muka poyo. Saya rasa cam tak boleh blah tengok muka dia. Saya tengok muka ketua lanun. Lain macam dah muka ketua ni. Hahaha.. Pastu kakak tu kata, ni dalam seribu lebih la upah. Wah, kepala dia.. Saya cakap dalam hati je la. Saya rasa ketua pun kata benda yang sama dalam hati dia. Ketua pun kata, takpe la camtu. Terima kasih. Saya tengok muka kakak tu tetap poyo. Sebaik sahaja kaki kami melangkah keluar, ketua pn kata.. mak aihh.. upah seribu. Nak mampus. Baik aku pergi butik cosry je. Puas hati beb. Ya, saya pun angguk setuju. Memang *#&$&* la butik tu. Agak-agaklah. Kain sendiri. Lining pun sendiri. Tolong jahit je. Peh.. mahal betul. Kalau ikut hati, mahu je nak tanya apa yang dikira sampai boleh jadi seribu untuk upah menjahit sahaja. Tapi kitorang malas nak panjang-panjang. Sebab tu terus blah je..
Last-last
, kami decide untuk ke butik yang mula-mula kami pergi. Tak de pulak kakak tu kecoh-kecoh amik upah lebih sebab kain ada bead. Tetap RM350. Siap kata dia akan buat cantik-cantik untuk si ketua lanun ni. Cayalah kak. Yela.. amik hati customer tu. Bagus-bagus. Siap janji nak siapkan awal. Itu lagi bagus.
Hmm.. masa kami lunch, ketua lanun kata, aku syak kakak kat PAS tu letak upah mahal sebab aku panggil dia abang la wei. Hahahhahhah... patutlah... cis, si ketua lanun tak cover mulut. Nasib la kan...

Selasa, April 28, 2009

cik fatin da tak jd jiran saya...

bosan dan sunyi je hari ini..
jiran depan kubikel saya, cik fatin da berhenti kerja mulai hari ini..
semalam kami makan di kedai yang kami bawa cik fatin masa hari pertama dia kerja..
memang ironi kan.. hari pertama n hari terakhir dia bekerja kat sini.. waktu lunchnya di restoran yang sama... hehe..
feel sad? yes tapi bukan tahap nangis(cam masa geng-geng jambu susu berpisah), saya da kehilangan seorang jiran yang baik.. hehehe... lepas ni da takde la orang jenguk2 kubikel saya lagi.. da takde la org main miscall tepon ofis saya lagi..
anyway, wish u all the best cik fatin..
jadi.. hari ini saya start bosan balik.. agak-agaknya siapa yang mengganti jiran saya ni ek... emm...

Jumaat, April 17, 2009

gagal dalam cubaan pertama..

tadi check laman web spa..
saje bosan-bosan..
tetiba saya tgk senarai keputusan peperiksaan tuk PTD da keluar..
dengan semangat saya klik disitu.. (walaupun hati cam da tahu keputusannya)
lepas isi no i/c.. keluarlah keputusan yang telah dijangkakan..

ANDA GAGAL DALAM PEPERIKSAAN INI YANG DIADAKAN PADA 21 FEBRUARI 2009.

hehehehe.... da agak da.. kalau setiap soalan saya pakai nujum.. memang inilah keputusannya... dalam semua soalan.. satu soalan je yang saya confirm dan yakin menjawab dengan tepat..
takpe.. baru pertama kali mencuba.. cubaan yang berikutnya saya akan pastikan sekurang2nya dua soalan dijawab dengan tepat.. hahaha.. cubaan...

Khamis, April 16, 2009

pertama kali...

selalu kalau drive time waktu pagi especially time datang kerja..
bila berenti kat traffic light..
perkara biasa yang akan kita nampak
perempuan pakai bedak.. betulkan rambut.. pakai lipstik..
tapi tadi.. buat pertama kalinya.. saya nampak.. seorang lelaki...
bukan pakai bedak..
bukan betulkan rambut..
bukan juga pakai lipstik ye..
tapi dia sedang shave jambangnya..
iye.. betul.. saya ingat mata saya yg kero.. tapi bila saya tgk lg sekali..
ye.. memang betul.. pakcik tu tgh cukur jambang dia..
wahh... pertama kali saya nampak ni... pakcik tu memang dahsyat la...
pakcik.. saya memang tabik spring sama pakcik...

Rabu, April 15, 2009

tak tau nak letak tajuk ape.. lantak la..

bgn pagi tadi.. rasa dahi..rasa bawah dagu.. panas lagi nih..
ok.. tgk jam.. baring2 lagi.. tgk jam.. kul8 turun bawah..
masuk bilik air.. basuh muka, gosok gigi.. tukar baju.. amik kunci keta n purse.. pastu chow g klinik..

smpai kt klinik..
ooh.. sayalah pesakit paling awal hari ini..
masuk2 je.. tgk nurse tu tgh buat air tuk doctor..
lepas bg kad ING.. dlm 2 minit.. doctor panggil masuk..
dia check darah tinggi.. ye, dl pernah kena skali..
dr.M: emm..ok.. nganga mulut
fyza d.hana: aaa(nganga mulut dgn luas)
dr.M: wah, besarnya
fyza d.hana: dlm hati(ciss.. punyer doktor)
dr.M: tarik nafas
fyza d.hana: ok..
dr.M: eh..awk pn ada jantung..
fyza d.hana (muka terkejut): hah?? (dlm hati: aku ada sakit jantung plak ke?)
dr.M: hihihi...
fyza d.hana: cis.. saya memang ada jantungla doktor
dr.M: hihihi... ok.. demam biasa.. saya bg ubat n cuti sehari ok..
fyza d.hana: ok..thanks doc

balik umah.. makan nasi goreng.. pastu telan paracetamol 2 biji, antibiotik 2 biji..
naik atas.. baring2 atas katil.. tgk siling tgk dinding.. aii.. bosan..
tgk tepi.. nampak lolly.. wahh... best ni.. haha.. cik mugiwara.. pinjam lolly jap ye.. jgn risau.. saya n lolly da kamceng skrg.. hahaha..

p/s: entri ditulis semasa otak sedang melayang2 akibat ubat yang dimakan.. tapi apsal takleh tido ni.. aii..

Selasa, April 14, 2009

jeritan batinku..uu..

hari ni saya demam.. "tapi ko tak nampak demam pun" kata cik nazri.
memang la.. takkan saya nak menunjukkan plak saya ni tgh demam.. saya kan cool.. hehe..
iye.. memang saya tgh cool pun.. siap bersweater.. uu.. sejuk betul ni..
nak tutup aircond.. majority tgh panas membara.. uu.. korg.. dengarlah jeritan batinku.. sejuk ni.. tutup la kejap aircond tu.. sob..sob..sob..

Ahad, April 12, 2009

ok..cik diana..terima kasih..

Orait.. saya ditag oleh cik diana.. n i have to follow the rule.. amacam cik diana.. puas hati? hehe..


Where is your cell phone – living room.. I guess..haha..
Your hair – long n black
Your favorite thing - books
Your dream last night – tak ingat
Your favorite drink – teh ais n teh o ais limau
Your dream/goal – book cafe
The room you are in – bilik tidur
Your fear – tinggi n sempit
Where do you want to be in 6 years - malaysia
Muffins – coklat..yummy
One of your wish list items – l’arc en ciel cd’s collections
Where you grew up – petaling jaya
The last thing you did – g majlis pertunangan cousin
What are you wearing- tshirt n pants
Your TV – Daewoo…
Your life – full of question marks
Your mood – now? Confuse. Wakaka…
Missing someone – yes n no..hehhe
Your car - myvi
Favorite store - none
Your summer – summer?? no
Your favorite color – yellow, orange, gold
When is the last time you laughed – baru je jap tadi
Last time you cried – smlm kot..tgk citer hindustan..hahaha..sedih wo
Last person who email me - zura ketua lanun
One my favorite foods – sup tulang
One place you would rather be right now – spa…
One person you think will respond – yo! Mugiwara.. I tag u.. wakakaka..

Jumaat, April 10, 2009

amaran 1!!

~mood marah~
check friendster yg da lama hibernate tu..
skali... terkejut... apesal friendster dia takde? aik?
ok....check lagi sekali.. takde.. check kat fs org lain.. pun takde. aiiiikkk??
ni bikin hati wa panas..
ok.. amik hp..tit tit tit..message sent..
lima minit.. sepuluh minit.. sabar...sabar..
dua puluh minit.. eloo..bro.. lu pegi mana? wa takmo tepon lu.. nanti wa tak bleh kawal kata2 wa..
baik lu bls cpt!!

Khamis, April 09, 2009

kenapa ana??

Keroncong Untuk Ana-M Nasir

Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak
Walaupun sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu
Kemana
Hilangnya keroncong
Oh! cinta yang kita
Nyanyikan bersama
Apakah \ Ataupun
Aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan
Sebelah saja
Ana.. Ana.. Ana.. Ana..
Tiada kusangka akhirnya
Kau tutup semua
Pintu cinta untukku
Hinggaku
Termanggu tiada
Arah nakku tuju
Membawa hatiku
lagu ni memang best... saya boleh bagi markah 10.. sempurna.. memang tak bosan dengar..
tapi kenapa ana? kenapa bukan nama saya?
ya, saya dengki betul sebab guna nama ana bukan nama saya.. hahhahah..

Rabu, April 08, 2009

arini mendung--jiwa pun mendung

Dari pagi tadi saya dengar lagu siti nurhaliza. Saya bukan kipas-susah-mati dia. Tapi hari ni dengan cuaca yang mendung pagi tadi, bersama dengan khabar mendung yang diterima pagi tadi, jiwa saya pun mendung.
Ok, geng, hari ni je saya jadi melo2 cam ni.. sok kembali normal balik..

Jumaat, April 03, 2009

nak berenti keje la camni...

Akhirnya tadi, cik fatin anta gak resign letter dia kat mrs.bos.. setelah saya memberikan sokongan padu kepadanya (ni bukan kes jeles suruh dia berenti cepat ye..). Cik fatin telah mendapat offer yang lebih bagus dari sekarang... bukan dari segi gaji tapi lebih kepada scope keje yg diidamkan.. bak kata cik fatin..

Tapi, setelah 30 minit berada di dalam bilik mrs.bos, akhirnya dia pun keluar dengan muka monyok. Kenapa? kerana resign letternya telah ditolak. Mrs.bos meminta dia mempertimbangkan semula keputusannya. Malah mrs.bos telah memberi tawaran yang sama hebat dgn company yang baru.

Aikkk.. nak minta keje pn susah.. nak berenti pn susah.. untung betul cik fatin...
Sebelum balik tadi, dia kata dia akan buat solat istikharah...(tapi hatinya berat untuk berenti)

Hai.. mrs.bos sanggup nak naikkan gaji dia ke tahap yang di-offer oleh company lain..
Agak-agaknya boleh tak kalau saya pun nak buat-buat berhenti kerja untuk minta gaji naik.. hahahaha.....

Jumaat, Mac 27, 2009

earth hour..

minggu ni orang sibuk bercerita pasal earth hour.. company saya pun tak ketinggalan nak menyokong kempen earth hour ni.. pagi2 tadi saya sudah dapat e-mel dari HR..


Dear All

At 8.30 pm on March 28, 2009 cities across the world will turn off their lights for just one hour
To show that it is possible to take action on global warning. Switching off is a simple action that can make a DIFFERENCE and it sends a powerful message that the people of the world care about the future of the planets.

We can make a difference as well, today at 12.30 pm – 1.30 pm we at ........... will switch off our lights in support of EARTH HOUR.



tapi... keliru skit.. turn off lights? lampu saja ke? pertanyaan kawan saya ni buat saya keliru skit.. hehe... tapi takpe la.. asalkan kita tetap menyokong earth hour kan.. tapi ada juga yang tak dapat menyokong earth hour ni.. bak kata kawan saya ni..

Aku tak leh nak support beb sgt
Bisnes tu
Sure bonus aku tak byk tahun ni
Million rugi esok ni

Contoh la
Ko jual nasi lemak
Pastu ko ckp jgn makan nasi lemak


emm... bila pikir2 balik.. ada kebenarannya... keje "jual tenaga elektrik".. tapi kena wat kempen jangan guna tenaga elektrik..haha.. camner tu??

Rabu, Mac 25, 2009

saya bukan riak ye..

alkisah..
baru pas balik dari solat asar tadi.. tetibe fatin kata syah nak jumpe.. pastu syah kata carol aka mrs.bos saya comment pasal slide yg saya buat untuk TRK tu.. dgn muka serius dia tanya saya:
syah: slide presentation tu ko buat sendiri ke org lain buat?
fyza d.hana: aku buat sendiri.. nape? (muka saya da cuak)
syah: carol tadi tgk ko punyer slide.. patutnya ko bagi dia tgk dl la.. dia kan banyak songeh.. (memang muka syah serius giler)
fyza d.hana: nape? ada silap lg ke?
syah: ye kot..dah la master cd.. kalu kena buat balik camner?
fyza d.hana: emmm.. aku ingat da tunjuk kat mr.yee kira da ok.. takpe la kalu kena buat balik... nak buat camner kan.. dia tak suka..
syah: (dia buat muka sedih)
fyza d.hana: emm.. baru ingat nak bergembira sebab satu keje da selesai... tapi takpe ke syah.. da master cd tu?
syah: tula.. (buat muka sedih lagi)
saya masa tu da susah ati betul.. aii.. nasib..nasib..

tetibe....
syah: heheh... takde la.. carol puji ko punyer slide presentation..
fyza d.hana: hah? ko ni biar betul..
syah: betul la... dia impress dgn keje ko.. tak sangka..dia tanya sape buat ni... aku pn ckp la BM ni memang ko la yg buat semua..isinya ko amik dr yg lama kan.. cume design je ubah kan?
fyza d.hana: a'ah... aku cume ubah design je.. isi tu aku guna balik je.. n aritu pn peter ada betulkan skit2 balik... aii.. lega aku...
syah: emm.. riak la tu..
fyza d.hana: eh.. mana de la... aku cume lega la.. ingatkan da kena buat balik..

betul tau.. saya tak riak pn... cume sedikit lega n gembira la bila orang puji hasil kerja kita. yela, robot je yang tak gembira kalu kena puji.. hehe..

p/s: dialog tu sudah dirumuskan.. emm.. banyak lagi kata-kata tipu syah ckp kat saya.. tapi saya mls nak letak.. hahaha.. memang sengal la dia tu.. saya hampir2 nak nangis tau...

manusia sombong

Saya tahu.. pagi-pagi, memang semua orang berkejar untuk ke tempat kerja. Apatah lagi kalau kita sudah terlambat ke tempat kerja. Tapi itu bukan alasan untuk kita buat jalan raya seperti kita punya. Ikutlah peraturan. Tolonglah bersikap sopan-santun dan berhemah skit. Janganlah sombong sangat, encik kembara oii. Bukankah kereta saya sudah berada sedikit di depan kereta encik. Mengapa tidak mahu memberi jalan kepada saya malah melanggar cermin sisi kereta saya sebanyak 2 kali? Sudahlah begitu, jangan kata meminta maaf.. senyuman atau air muka bersalah pun tidak ada. Malah riak sombong pula diberi. Mengapa begitu sombong wahai encik kembara?

Tiba-tiba saya teringat akan kata-kata kawan saya. Katanya, orang KL ni self-centred, mementingkan diri, sombong. Ya, mungkin tapi tak semua macam tu. Saya rasa saya bukan begitu.. hehehe.. Bila saya ceritakan pada fatin tadi, dia kata, "agaknya bergaduh dgn isteri kat sebelah kot". Bergaduh? ai.. janganlah orang lain jadi mangsa. pastu dia kata lagi "tak semua orang mcm akak, always try to be positive and thinks about people first." ai.. tu satu pujian untuk menyedapkan hati saya ke? tapi betul juga.. everyone has their dark side kan?? takpe la encik kembara.. saya sudah maafkan anda, cuma saya sedikit kesal. Dengan sikapnya mungkin. Ini baru pakai kembara, agak-agaknya kalau encik pakai kereta mewah yang lain..mungkin lori pun encik boleh langgar..aiii..

Jumaat, Mac 13, 2009

iye saya tau saya salah....

Pagi tadi saya tunjuk 1st draft CD TRK kat Peter..
Peter: ni yang da bagi programmer ke?
fyza d.hana: hah?? (muka saya blur blur)
Peter: ni yang da siap tu ke?
fyza d.hana: hah..oooo.. ye ye.. heheh (sengih2 blur lagi)
Peter: baru nak tunjuk ni.. patut masa sebelum hantar tunjuk kat saya..
fyza d.hana: tapi takde ape yg tukar.. cume design je.. saya amik yang sebelum ni punye..
Peter: tahun lepas punya ada yang salah.. nanti awak kena tukar.. syah marah ni nanti..
fyza d.hana: erk.. (dalam hati.. mampus aku)
Peter: takpe.. saya tengok dl

Iye Peter.... saya tau memang salah saya.. marah la saya.. bebel la kat saya.. saya pasrah je..

Tadi Peter datang bagi CD tu kat saya. Saya memang dah tadah telinga n buat perisai untuk dibebelkan.. tapi...
Peter: ok.. saya da print yang ni.. betul kan yang ni aja.. blah blah blah..
eh.. betul ke ni? cam tak caya je.. Peter ni salah makan ke masa lunch tadi.. lembut je ni..
lepas tu saya edit mana-mana yang patut sambil jenguk2 kat kubikel syah..sambil2 tgk jam kat pc.. tepat pukul 2.50, saya nampak dia baru balik dari solat jumaat.. waktu terbaik.. hehhe..
bila dia duduk sahaja di kubikel dia.. saya pn terkocoh-kocoh ke sana..
fyza d.hana: syah...(dgn suara lembut)..ni aku da print comment tuk programmer..
syah: ok2.. (sambil tgk kertas yang saya kasi)..ok..blah..blah..blah.. emm.. ok ada lagi?
fyza d.hana: ada..hehe.. tapi ko jgn marah ye..
syah: huh.. aku da tau.. tak payah ckp pn aku da tau.. aku nak marah pn da tak jadi.. pandai ko.. lepas aku solat jumaat baru ckp ye.. (erk.. tau plak mamat ni.. mesti peter yg ckp kat dia ni.. aii..)
fyza d.hana: hehe.. (dgn muka ala2 comel) tu memang strategi aku.. heheh..

aii.. nasib baik dia tak membebel panjang..... tapi saya dikerah untuk memburn CD untuk dia.. dengan alasan.. KO DA BUAT SALAH YE... KENA BUAT NI..

iye... saya tau saya salah.. saya mengaku.. pasrah je la.. hehhehe...

Khamis, Februari 26, 2009

OT!!!!OT!!!

tetiba dapat email dari ms khor..
Intergates needs to update the data entry system today, so please stop the data entry process now.
erk.. ala.. jam baru pukul2.30.. camner ni.. keja lain semua da siap.. jenguk kubikel isme..
tanya kat dia nak buat ape skrg ni.. jawaban bernas dari isme.. surf internet la ape lagi.. haha..
bagus2.. dan skrg saya memang surf internet.. sambil tgk boys before flower.. hahaha... kalu bos tau.. compem2 kena pecat sekarang..
tapi.. ai...memang takde keja ni.. baru ingat nak OT.. bersemangat sgt.. siap beli laksa tuk makan mlm ni.. aaarrrghhhh.. nak OT!!!!!nak OT!!!!

p/s: ada ke org yg kecewa sebab tk dapat OT macam saya?? hehehee....

Rabu, Februari 04, 2009

fuh! teh ais...

lunch tadi.. tetibe je tekak saya gatal2 teringin teh ais.. dengan suhu tahap beku kat ofis ni.. memang "sesuai" sangatlah.. pastu saya jenguk2 kepala kat kubikel ni.. mencari mangsa... dalam terjenguk2.. si fatin pn menjengukkan kepala dia.. hah!! mangsa.. mangsa.. haha.. jd, saya pun orderlah teh ais kat dia.. masa dia nak keluar tu.. saya saja nak buat lawak bodoh.. saya kata, beli teh ais bungkus tau.. bukan minum kat situ.. tapi dia blur.. uwaa.. lawak bodoh saya tak jadi.. haha.. jadi saya gelak sendiri jela.. lebih kurang 15 minit, dia pun baliklah dengan sebungkus teh ais.. wah.. excitednya saya.. macam tak pernah minum je kan.. tapi memang da lama saya tak minum teh ais.. kalu lepak2 kedai mamak pn saya order teh o ais limau.. konon2 diet.. ceh, diet taik kucing.. kadang2 terbabas gak.. aritu baru je melantak donut... hahah..

tapi teh ais ni memang feveret saya dari dl.. pantang lepak kedai mamak.. teh ais je saya order sebab kalu teh o saya boleh suruh nad buat... masa zaman kegemilangan lanun dulu, nad rajin buat teh o waktu petang.. pastu saya plak.. dengan mengada-ngadanya nak beli keropok lekor.. kalau rajin, saya pegilah sek 2.. tapi kalau tak rajin.. cicah teh dengan biskut je la.. hahha.. bukan ape.. kang nak kena tukar baju ikut sahsiah rupa diri la plak.. baju pn kena cari elok2 skit.. yela.. mana tau terserempak dgn jejaka idaman ke.. hahaha.. imej beb.. penting tu.. haha.. tu belum lagi nak kena ingat barang2 penting yg wajib dibawa~ape lagi kalau bukan kad matrik.. ic tak bawak boleh relaks lagi.. kalu kad matrik tak bawak.. mau saya jadi bomoh.. main jampi serapah supaya pak guard tak tahan bas wat spotcheck.. pastu nak menunggu bas plak satu hal.. lembap cam siput.. bila bas smpai lak.. routine harian~berebut nak naik.. masa tu smua yang berimej sopan santun hilang.. sebab kalau nasib tak baik.. berdirilah atas tangga tu.. tapi selalunya kalau da sampai kena berdiri atas tangga.. saya memang taknak naik.. kalau tak kena kepit dgn pintu bas.. mungkin ada yang boleh jd stuntman cam kawan saya... hahha.. bila ingat kejadian tu.. nak gelak pn ada.. tapi dalam nak gelak2.. kesian gak kat dia..
saya pun pernah kena.. tapi bukan jadi stuntman la... tapi.. ai, bengkak2 gak badan.. haha..
alkisah.. ada sorg pakcik bas ni memang suka bawa bas ala roller coster.. agaknya dl keje jd penjaga had kelajuan roller coster tu kot.. bila dekat bumper.. tak pernah pn rasanya dia tekan brek.. lagi tekan minyak ada la.. kalu bernasib baik.. bahu je la terkena palang bas tu.. kalu tak bernasib baik.. ada yg kena kepala kena bumbung.. haha.. masa tu zaman naik bas mini lagi.. jd bumbung bas tu rendah je.. sapa yg ketinggian ala model tu.. alahai.. berjaga2 la kepala.. sapa yg renek2 cam saya ni.. kena jaga bahu jela.. ms tu.. memang kitorg tak terkejut kalu tgk smua penumpang dalam bas tu sama ada yang berdiri ataupun yang duduk akan pegang segala tiang yang ada dalam bas tu la.. hahha.. itu belum lagi bila part turun "bukit tonggek".. alahai.. bak saya kata tadi... bawak ala2 roller coster tanpa brek.. memang seriau kitorg.. jerit pekik dlm bas tu perkara biasa.. dan ayat paling biasa kitorg dengar n jerit.."pakcik!!! kami tak kawin lagi!!!" dan ayat yang paling biasa gak kitorg dpt dari pakcik tu.."aku peduli ape!!" uwaaaa... memang pakcik ni kena maki ari2.. ahha... tapi nak wat camner.. da itu aja yang ada.. bertawakal je la kitorg.. siapa2 yang sama batch dgn saya ni.. mesti akan ingat dgn pakcik ni.. hahah..

ok.. berbalik pasal kisah makan.. dulu2.. saya n geng2 lanun yang lain.. paling jauh pn.. lepak kat seksyen 2.. masa tu gerai2 kat seksyen tu dekat je.. belum kena campak kat belakang sekolah tu lagi...memang best la.. dekat dengan bus stop.. jd kitorg leh budget2 nak balik kul brape.. itu la dunia kitorg.. paling busuk pn keluar seksyen 2 tuk beli burger~double special cheese.. masa tu saya makan banyak tapi berat badan tak pernah naik.. jangan kata 1 kg.. setengah kg pn susah.. skrg ni je.. makan skit pn da naik berkilo2.. ada satu gerai burger tu.. memang marvellous la tapi skrg ni abg tu da tak jual.. beberapa tahun yang lepas saya pernah tanya dia sebab da jarang buka gerai.. dia kata dia jarang da jual kat shah alam.. dia g buka kat subang.. sayangla.. sebab walaupun ada gerai2 lain.. tapi tak sama dgn burger abg tu.. heheh... tapi saya jarang2 gak la makan luar.. biasalah.. keras2 daging dining pun.. kitorg telan je.. kering2 ikan yang kakak dining tu kasi.. kitorg tibai je la.. kalau nak keluar beli makan.. aii.. baca balik la kisah kat atas tu.. hahah...

tu masa zaman kegemilangan lanun.. hahah.. bila saya sambung degree.. emm.. banyak pula yang berubah... hampeh betul.. gerai makan kat dlm uitm pn da banyak.. tapi time ni kaki da panjang.. ahha.. da pandai nak lepak jauh skit dari seksyen 2.. kemuncak aktiviti melepak masa part 6.. masa tu kitorg satu geng duk umah sewa.. hampir tiap-tiap malam lepak minum kat kedai mamak syed kader tu.. smpai mamak tu da kenal kitorg rasanya.. haha... tu belum lagi masa time buat assignment last minute.. time study last minute time final.. bila ada yang kul 2 3 pagi tak tido.. mula la nak g pekena teh tarik, roti pisang.. wahh.. rasanya sebab tu la berat saya naik tak ingat2...kalau tak kat seksyen 3.. kitorg merayap smpai kat seksyen 7 nun.. masa tu pulak saya bawak kereta.. memang lagi panjang la kaki2 kitorg ni.. haha..

tapi entahlah.. sampai sekarang pun ms da keja ni pn.. kitorg tetap suka turun shah alam.. pegi lepak2 kat kedai mamak.. makan ABC kat seksyen 2.. fuh.. memang best.. kesimpulannya saya memang suka makan kat shah alam!!!

Isnin, Februari 02, 2009

pc saya makin lembap...

aiiihh.. pesal pc saya ni makin lembap cam siput babi ni... aritu baru je membuang ape2 yang tak patut dalam pc ni.. aii.. ni yang buat saya nak beli laptop ni.. bestnya kalu ada laptop kan.. boleh surfing sambil baring2 atas katil.. kalu ikut hati.. mau bulan depan saya beli tapi alahai... banyak pula aktiviti-aktiviti yang memerlukan fulus yang banyak.. terkuburlah hasrat nak dpt laptop dalam masa terdekat ni... uuhuuu...

Ahad, Februari 01, 2009

dari aktiviti tido2 ke aktiviti makan2..

tengah hari tadi, diana tepon..perbualannya lebih kurang camni:
diana: ksireh, arini buat ape?
fyza d.hana: arini rasanya nak main tido2 je la.. hahha.
diana: ish.. tak best main tido2 sorg2 ni... hahha..
fyza d.hana: amboi2..nak kena ni.. hahha..
diana: ksireh, jom ar turun shah alam. diana n ina nak jmpe pas zohor ni..
fyza d.hana: ala, arini cam nak main tido2 je..letih smlm cam tak ilang lagi..
diana: uuu...jom la...
fyza d.hana: kalu petang2 skit ok la kot...
diana: tapi kitorg nak g lunch...lapar..
fyza d.hana: hahaha.. korg lunch la..then nanti akak dtg after lunch..
diana: ok, nanti diana tanya dgn ina..
pastu..borak2 benda2 merepek kejap.. diana pun letak telefon..so, janji nak jumpe dalam petang skit.. tapi bila pikir2 balik.. adui..kalu g petang2 nanti lambat pula balik umah..jd, saya pun sms diana balik; diana, kita g jumpe after lunch je la..nanti takut balik lambat pula, main tido2 kita postponed waktu petang.. hehe...
dalam kul 2 lebih, saya pun bertolak lepas diana bagitau dia da sampai around PJ.. meeting point kitorg kat depan bank islam, pkns.. hahaha... mcm zaman2 belajar je..
lepas smua sampai.. kitorg terus ke plaza alam sentral.. emm.. ape lagi.. mestila nak pi makan..perut masing2 da berkeroncong sebab lapar.. disebabkan tak banyak gerai yang buka kat foodcourt tu, kitorg beli je la nasi campur.. lapar punya pasal, kitaorg tibai je..lgpun hati da tak sabar2 nak dengar citer ina ni sebab aritu tak jd nak jumpe..kitorg makan cepat2.. lepas tu pegi jalan2 kat PAS jap.. tgk2 kedai2 kat situ..and terjumpa pulak fatin adv kat dalam kedai pengantin..huh?! memang terkejut kejap kitorg..ai, rupanya bulan 4 ni dia nak kawin. bagusnya dia..keje kat NSTP pn da kira stabil, skrg nak kawin pula.. bilalah agaknya saya nak merasa hidup macam dia.. lepas borak2 kejap, kitorg pun blah.. sebab taknak kacau dia pilih baju pengantin..sambil berjalan tu, masing2 pun mengomel2 pasal bila nak berboyfriend.. haha...tak tau la kenapa kitorg ni susah sgt nak dpt bf.. haha..lepas berjalan2, perut pun da ok.. kitorg pegi la main bowling..ai, walaupun saya ni tak suka main bowling.. tapi ikut je la..dan hasilnya..jatuhan pin tak smpai 100 pun matanya.. haha...saya ni ikut mood kalu nak main bowling.. ada masa.. saya leh dpt smpai 200.. tapi kalu takde mood.. saya boleh biarkan bola tu masuk longkang je.. haha..sebenarnya main bowling ni cuma sampingannya.. sambil2 main bowling.. ina pun buka la cerita... emm..apa yg saya syak sebelum ni.. memang betullah..reaksi saya??eemm..saya tak terkejut sangat n saya rasa happy untuk dia.. cume, saya risau satu je.. dugaan lepas ni.. saya rasa lebih hebat, jadi, saya harap dia boleh tempuhi dugaan yg mendatang.. n whatever it is, kitorg tetap ada untuk dia..
lepas je abis main bowling.. kitorg g SACC mall, saja jalan2 pastu singgah kat bigapple, beli donut..pastu g syed kadir, lepak kat situ, sambil makan donut.. haha..perut saya memang full.. tapi sekarang da tak boleh makan banyak sejak saya diet giler2 ni..secara automatik, perut ni tak boleh makan lebih macam dl.. haha..sambil lepak2 ni.. mata kitorg terarah la kat sorg mamat ni..ai, mukanya comel tapi nampak matang..emm..diana da mula bulat mata, sambil da merapu2 cam kena sawan.. haha.. biasalah.. kalu la mamat tu dengar ape yg diana merapu..sure da geleng kepala.. ina pula nak korek rahsia dari saya, dia nak tau sape yg saya suka ni.. haha.. nak mampus kalu saya bagitau.. mau sedekad saya kena gelak kalu diorg tau.. haha..mana taknya... dl jual mahal.. bila da berjauhan.. baru sedar sendiri..padanlah muka sendiri.. haha..dan disebabkan diorg ni asyik cerita pasal si dia..balik2 rumah ni..saya cam nak dengar lagu honey dri l'arc en ciel pulak.. jd dari tadi(sebnarnya dari semalam lagi).. saya dengar berulang2 smpai kalu pc saya ni boleh bercakap.. tentu dia kata...oiii.. aku da naik muntah dengar lagu ni dari semalam!!! n kalu betul pc saya boleh bercakap.. da tentu saya taknak buka pc ni sampai bila2 sebab takut.. hahhaha...


lagu ni bagi saya best.. tak tau la sama ada liriknya cam ada kena mengena dengan kitorg.. rasa ada skit kot.. haha.. tapi saya peduli ape.. sebab saya suka lagu ni.. jd peduli la.. haha..

p/s: disebabkan saya balik lebih kurang kul8 lebih(malam ye..) jd, aktiviti tido2 pada waktu petang terpaksa dibatalkan. nampaknya aktiviti itu terpaksa ditunda pada minggu hadapan.. hahha..

Jumaat, Januari 30, 2009

skop sebulan.. ahhaha..

dah nak masuk bulan kedua tahun 2009 ni.. banyak benda jd bulan ni.. tapi saya tak sempat nak update blog ni.. takde masa + malas.. ahhaha..

pembuka tirai tahun ni.. 1hb~new year!! cik siti asmah bertunang dengan epi.. temanya warna pink.. comel sangat ct aritu.. agaknya seri muka tu naik kot.. haha.. geng-geng kitorang yang dapat datang aritu, saya, diana, hus n jua.. jua memang tido umah ct sebab dia turun dari jengka.. yg lain tak dapat dtg atas sebab-sebab tertentu.. aida keje..ina terlajak tido..sian dia..sebab da janji nak jumpe kt umah ct.. ayu tak dpt turun dari taiping.. fatin n ati pula MIA.. heheh.. ape pun tahniah ct... n yang penting.. makan kenduri kat umah dia aritu sgt sedap sampai saya tapau bawak balik... ahhaha..

16hb ari tu plak ada dinner company kat club sunway.. makanan.. alahai.. biasa je..yang tak bestnya.. kitorg kena wat performance.. dah ar group first lak tu.. saya n member sorg ni tinggalkan pinggan kitorg yg penuh dgn makanan kat atas meja tu jap.. konon2.. lepas je performance merepek tu, kitorg nak melantak sepenuh ati. tapi apa punyer *tut* la waiter tu.. dia g angkat pinggan kitorg yg penuh makanan tu masa kitorg wat performance.. bila kitorg tgk meja kitorg clear tanpa satu pinggan pn.. adui... ternganga saya kejap.. cis...*$%@#! punya waiter.. tapi nasib baik mlm tu saya dpt lucky draw yg besar..hihihi~electric oven.. yuuhuu.. walaupun malam tu saya aim tv lcd tu.. emm.. electric oven pn ok gak..minggu lepas baru guna wat ayam golek.. huahuahua...

pastu ari isnin saya masuk keje balik... ai.. bos saya memang nak kena maki.. buat org panas ati je.. ada ke patut dia tak bagi tau due date nak antar TRK tu.. nasib baiklah saya tergerak ati nak tanya dengan syah.. nak pengsan saya dengar dia kata diorg da sent email pada CE pasal dateline tu.. pulak tu dateline saya ari khamis tu.. kiranya ada 4 hari je.. memang nak kena hantuk kepala saya kat dinding betul.. apalah nasib dapat bos tapir ni.. nasib baik saya kautim dengan miss khor ni.. dia kata kalau nak hantar after chinese new year pun takpe.. fuh, lega hati jap.. tapi bos tapir tu.. sampai sekarang takde cakap ape-ape pun pasal dateline tu.. ni siap bercuti sakan lak.. memang *(@&$*!! tul...

ari jumaat tu, saya amik adik saya, then kitorg terus g pyramid. saya nak beli accessory keta sebab keta saya da beberapa bulan beli.. tapi satu accessory pun takde.. ahha.. plain betul keta saya.. jadi, saya belilah plush toy kat animetech.. saya beli kon in ikaku costume.. ingat nak beli ichigo sekali.. tapi cam tak comel plak.. ahha... pastu saya g singgah comic paradise.. nampak pula coin purse one piece yang sangat comel.. ape lagi.. rembat la.. tu pun diorg da nak tutup da.. tak sempat nak tgk yang lain-lain.. ahad tu saya datang balik kat comic paradise tu.. sebab saya nak cari keychain tuk kunci kereta saya.. dapatlah rembat keychain kon satu.. tapi ari ahad tu.. ada satu kejadian yang wat saya panas hati.. ada sorang pakcik tua ni.. g langgar bumper belakang keta saya.. dah ar buat muka tak bersalah pula tu.. lain kali kalu da rabun tak boleh nak ukur jarak keta.. janganlah bawak pakcik!!! geram betul saya la.. saya plak tak perasan bumper saya tu ada calar yang amat banyak dan jelas plak tu... padahal masa kena tu, saya turun tengok bumper saya.. aii.. ape punyer @*#$&#! la.. dah ar kejadian tu kat depan traffic light.. bila hijau je.. pakcik tu terus pecut.. agaknya dia da takut la tu.. yang saya plak terpinga-pinga.. dalam hati saya doa, moga-moga keta pakcik tu.. dapat calar-balar yang lebih amat banyak dari keta saya.. gerammm!!!!

abis citer pasal kena langgar tu.. saya try cool balik.. walaupun dalam ati.. memanglah sangat panas.. sampai sekarang saya taknak tengok bumper belakang tu.. alih-alih.. semalam.. ada satu kesan calar yang panjang dan amat jelas kat depan keta dengan dengan lampu depan.. aduii.. panas ati datang balik.. ni yang buat saya nak nyanyi lagu ifa raziah.. panas.. panas.. panas...
sapelah yang sakit hati dengan keta kecik saya yang comel ni.. kalau saya dapat tangan yang mencalarkan keta saya tu.. saya potong-potong tangan dia kecik-kecik pastu buat sup ke kari ke.. bagi tuannya makan balik.. fuh..sampai saya rasa nak jadi kejam je ni.. saya ni cool-cool gak.. tapi ada tahap maximum coolnya.... kalau asyik kena sabotaj.. bikin ati panas.. aii...

tapi nasib baik minggu ni.. ofis sunyi sepi dan aman damai je saya rasa..
80% orang ofis cuti!!! seronoknya!!! at least, masalah-masalah yang saya hadapi dalam 2 minggu ni.. hilang skit.. ahhaha.. minggu ni juga saya bebas nak dengar n tgk lagu-lagu l'arc en ciel n glay kat youtube.. tgk ken n jiro yang cool tu.. buat saya rasa cool balik la.. haha.. semalam hari jadi p'qa, so, esok saya nak bawa dia jalan-jalan kat putrajaya tu.. saja je.. pastu g taman warisan.. makan sate.. malam ni pula saya nak kuar dengan ina n diana.. ada perbincangan hangat malam ni ina kata.. wah.. buat suspen je ina ni.. ahha..

well, walaupun bulan pertama tahun ni macam-macam kejadian yang berlaku.. saya harap tahun 2009 akan lebih bermakna dari tahun lepas!!! hihihihi...