Selasa, Disember 30, 2008

kompang dipalu....

Bulan disember ni memang bulan orang kahwin... memang bulan ni setiap minggu saya dengar bunyi kompang dipalu.. malah stesen tv pun sedang sibuk menyiarkan hari perkahwinan jejaka pujaan ramai tu (tak termasuk saya ye.. ahhah)... dan bulan ni jugalah ramai kawan-kawan saya yang menamatkan zaman bujang mereka...

7hb - shasha kawin dgn cinta ati dia, alang.. tapi saya tak dpt pegi.. sorry shasha.. disebabkan esoknya Hari Raya Aidiladha.. jd saya sibuk sangat sebab emak mengharapkan saya tuk ke sana ke mari membeli barang...

13hb - saya pergi kenduri kawin ofis mate saya, Anuar. Yang ni betul-betul buat saya terkejut.. tak pernah dengar bila bertunang.. tup tup.. ajak kitorg-kitorg yang agak rapat dengan dia.. belanja sate.. pastu buat pengumuman nak kawin.. hahah.. dahsyat2.. Anuar ni memang betul2 penyimpan rahsia.. hahah.. Masa ni saya dan kawan-kawan lain ikut rombongan dia ke rumah pengantin perempuan.. sebabnya dia kata tak ramai yang ikut rombongan lelaki yang kebanyakannya berada di Jitra.. Kami pun memang bercadang pergi ke rumah pengantin perempuan saja sebab masing-masing tak dpt ke kenduri belah lelaki di Jitra... Cantik betul isteri Anuar.. eemm.. masa ni.. betul2 saya rasa.. cinta tu memang tak kira rupa paras kita..

20hb - kenduri kawin zura yang sama tarikh dgn hari nikah si mawi.. tapi saya tak dpt pegi juga.. alkisahnya.. saya ada kursus time tu.. sorry gak zura... ingatkan cam saya sempat nak singgah kejap ke rumah zura.. tapi tetap tak sempat...

25hb - kenduri kawin alwani... emm.. yang ni saya dapat pegi... masa ni saya janji dengan noni utk pegi dengan dia. Ramai jugalah kawan-kawan saya yang datang.. shasha pn ada dengan husband dia.. emm.. manis dan berseri-serinya muka pengantin baru ni.. hehhe..
Yang bestnya.. smua geng-geng saya masa kat sekolah dulu.. datang masa kenduri kawin alwani.. kira cam reunion plak.. jd.. bila da jumpe ni.. biasalah.. kecoh betul.. dengan ambil-ambil gambar.. aii.. rasanya.. macam kami saja yang ada di situ..
ai.. macam2.. si inad pulak da 7 bulan.. adui.. rasa macam baru je pegi kenduri kawin dia.. cepat betul masa berlalu ni.. si anita yang bertahun tak jumpa semenjak abis sekolah.. tiba-tiba muncul dgn berita dia da kawin n da ada sorang anak.. wah.. lagi advance.. ahhah...
saya pun terkejut juga bila tiba-tiba nik muncul kat kenduri kawin alwani.. emm.. ingatkan dia kat US lagi.. dia still dgn faizah ke?? hahha.. saya tak berani tanya.. soalan sensitif ni.. walaupun saya rasa nik da ada gf lain.. hehhe.. jodoh kan.. kita tak tau..
Macam jodoh kawan2 saya yg lain gak la.. siapa sangka.. eria bercinta dgn senior kitorg dl.. mmg tak sangka.. patutlah masa tgh makan tu.. saya rasa mcm saya pernah nampak dia ni.. hahahah.. kalau tak silap dia ni satu kelas dgn secret admirer saya masa kat sekolah dl.. hehhe..

Dulu masa kat sekolah.. kitorg 6 orang ni, saya, inad, gha, shasha, faizah n anita.. selalu la bercerita-cerita pasal siapa yang kawin dl.. emm.. anita, inad n shasha da lepas.. gha pula tunggu masa.. saya dan faizah.. ahha.. nampaknya kitorg ni kena berlawan la.. siapa yang kawin last sekali.. hahah... rasanya macam saya kot..

27hb - kawan satu company saya pula kawin.. dia ni muda lagi.. lebih kurang 21 tahun umur dia.. keje bahagian production.. cinta hati dia ni pn satu company dengan kitorg.. tapi dia kat ofis bahagian warehouse.. ni pun kira mcm tak disangka-sangka juga la.. Siapa sangka jodohnya dengan orang yang dia selalu complain pelik.. emm.. pelik-pelik pun.. akhirnya jadi suami awak juga.. hahaha... emm.... tapi dlm masa yang sama.. ada citer lain pasal cinta hati dia ni.. tapi apepun.. semua tu da jadi sejarah.. skrg ni.. yang penting.. kita patut doakan kebahagiaan mereka berdua....

Apapun.. tahniah tuk kawan2 saya yang baru sahaja kawin... Emm.. Tahun 2009 akan menjelang beberapa hari lagi.. dan tahun itu juga la kemungkinan 2 orang kawan baik saya akan mengakhiri zaman bujang mereka.. Seronoknya saya.... saya memang suka makan nasi minyak... hehehe.. apatah lagi kalau makan di kenduri orang jawa.. adui.. memang sedap..
cepat-cepat la korang kawin... tak sabar nak makan nasi minyak korang.. hehehe...

Selasa, Disember 09, 2008

coklat dan hari lahir

Pagi-pagi tadi saya macam tak percaya bila ada sebungkus coklat dan sekeping kertas post-it yg tertulis HAPPY BIRTHDAY FIZA!...
Hairan bin ajaib ni.. siapa pula yang tahu hari lahir saya jatuh pada hari ini. Bila saya tilik-tilik tulisannya.. emm.. ni tulisan janah ni.. agaknya dia teringat fasal hari lahir saya sebab kami bercerita fasal bday girl untuk bulan disember agaknya.. ape pun.. saya terharu betul.. terima kasih janah..
Dari pagi tadi jugalah saya asyik pandang coklat yang diberi janah. Tengah terfikir-fikir.. nak makan atau tidak? Sayang betul nak makan awal-awal.. Selalunya saya akan simpan coklat yang diberikan oleh sesiapa pun sampailah hampir-hampir tarikh luput barulah saya makan.. Agak-agaknya berapa lama coklat janah bertahan dalam loker saya ye.. heheheh..
Hari ini juga mood saya agak emm.. susah nak ckp.. heheh.. Saya tengah dengar lagu-lagu arab dari Amr Diab.. org kata lagu-lagu arab ni romantik.. betul ke? emm.. dengan coklat di depan saya sambil mendengar lagu arab yang "romantik" ni.. mcm perfect je hari saya kan..
Agak-agaknya bila coklat tu nak bertukar jadi kek coklat ye.. mesti lagi romantik kan..(^_^)

Selasa, November 18, 2008

susu panas, biskut gula, novel, komik, dan hujan

Secawan susu panas, tiga keping biskut gula, dan hujan..

Aduh.. detik-detik macam ni bukan selalu saya dapat..
Nampak macam biasa sahaja... tapi bukan selalu saya minum susu panas, bukan selalu juga saya makan tiga keping biskut gula dan bukan selalu juga saya dapat menikmati susu panas dan biskut gula pada waktu hujan begini...

Suasananya simple sahaja.. tetapi susah untuk selalu menikmatinya..
Begitulah kehidupan kita.. kadang-kadang kita inginkan kehidupan yang simple sahaja.. tetapi tidak mudah untuk memilikinya.. Apatah lagi, lingkungan kehidupan kita sering dibebani dengan orang-orang yang mengusutkan lagi hidup kita.. ai..
Ada orang merasakan kehidupan dia paling simple tetapi kita melihat kehidupannya sebaliknya..
Kesimpulannya, kehidupan yang mudah (simple) itu bergantung kepada cara pemikiran seseorang itu.

Jadi, kehidupan saya macam mana?
Secawan susu panas, tiga keping biskut gula, sebuah novel, komik, dan hujan... simple kan!

Jumaat, November 14, 2008

trip to Kota Kinabalu..

Ni email yang Yam bagi kat kami semalam. Pagi tadi saya dah hantar feedback kepada yam. Dan kitorang akan discuss budget dan perjalanan trip kami. Tak sabar betul saya.. Yam.. don't worry.. aku akan try buat budget yang paling best tuk trip kita nanti.. Yippiieee..



Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa tiket penerbangan pergi balik ke Kota Kinabalu, Sabah telah selamat ditempah.. Yieppie!.
Penerbangan terbahagi kepada 2 kumpulan. Butir-butiran seperti berikut:-

Kumpulan 1
Tarikh Pergi : 30hb Julai 2009 (Khamis) Standby di Airport : b4 6.30pm Flight Berlepas: 7.30pm Flight No. AK5122
Tarikh Balik: 4hb Ogos 2009 (Selasa) Standby di Airport : b4 1.00pm Flight Berlepas: 2.05pm Flight No. AK5105
(penerbangan mengambil masa selama 2 jam setengah utk sampai ke destinasi)

NOTA:-
* Harga tiket pergi balik bagi seorang adalah RM67.00. Paling lewat tuan/puan utk buat payment pada saya adalah bulan Januari 2009.
* Senarai nama utk Kumpulan 1 dan 2 wajib utk membuat bayaran walaupun di saat akhir tidak jadi utk pergi coz my kredit kad dah kene potong.
* Sila bawa I.C semasa check in
* hanya satu bagasi sahaja boleh dibawa masuk bagi setiap penumpang
* plz remind me utk bawa no. tempahan tiket semasa check in

Senarai Kumpulan 1:-
Maryam
CT Balqis
Mai Suzana
Roziahwati
Zahariah
Nadia Datul
Norhafizah
Mohammad Azrol
Faliza

Kumpulan 2 Tarkh Pergi : 30hb Julai 2009 (Khamis) Standby di Airport : b4 6.30pm Flight Berlepas: 7.30pm Flight No. AK5122 Tarikh Balik: 4hb Ogos 2009 (Selasa) Standby di Airport : b4 5.30pm Flight Berlepas: 6.30pm Flight No. AK5125 (penerbangan mengambil masa selama 2 jam setengah utk sampai ke destinasi)

NOTA:-
* Harga tiket pergi balik bagi seorang adalah RM67.00. Paling lewat tuan/puan utk buat payment pada saya adalah bulan Januari 2009.
* Senarai nama utk Kumpulan 1 dan 2 wajib utk membuat bayaran walaupun di saat akhir tidak jadi utk pergi coz my kredit kad dah kene potong.
* Sila bawa I.C semasa check in
* hanya satu bagasi sahaja boleh dibawa masuk bagi setiap penumpang
* plz remind me utk bawa no. tempahan tiket semasa check in


Senarai Kumpulan 2:-
Nor Azilah
Siti Khadijah
Nurul Nadia
Siti Hajijah
Faezah
Hasrul Nizam

p/s tulisan color purple menunjukkan perbezaan flight utk kedua2 kumpulan.

Berikut adalah detail trip to Kota Kinabalu, Sabah:-

Tarikh Perjalanan : 30hb Julai 2009 – 4hb Ogos 2009 (Khamis – Selasa)
Jumlah Hari : 6 hari 5 malam
Penginapan : cadangan utk tinggal di Kompleks TH Kota Kinabalu, Sabah. Akan diuruskan kemudian. Sila maklumkan kepada saya samada tuan/puan mahu saya uruskan penginapan tuan/puan.
Tmpt2 utk melawat : Sila maklumkan kepada saya samada tuan/puan ingin pergi (lawat / aktiviti) bersama-sama (15 org) @ aktiviti nak buat berasingan

Pengangkutan di sana : Akan diuruskan kemudian. Sekiranya tuan/puan ada contact no. utk sewa kenderaan di sana, sila maklumkan pada saya. Or kite akan gamble naik ape yg ade.

Pengangkutan pergi ke LCCT
Sila maklum kepada saya samada tuan/puan akan pergi sendiri ke LCCT @ utk sama2 menaiki bus ke LCCT.. nak lebih mahal naik ERL..
Sekiranya tuan/puan ingin menaiki bus bersama-sama, butiran seperti berikut:-
Tarikh : 30hb Julai 2009 (Khamis)
Lokasi (b’kumpul) : KL Sentral
Masa : 4.30 petang (nie waktu paling lewat utk bertolak) (perjalanan lebih kurang 1 jam if x jem)
Harga : Sehala dalam RM8 @ RM9


Things to Do (everybody):-
i. Simpan Duit Dari Sekarang! (paling utama nie.. J)
ii. Buat Payment (flight) RM67.00 to Maryam
iii. Survey2 utk penginapan / tempat nak melawat / aktiviti nak buat / pengangkutan / makan minum / dptkan peta @ broucher about Sabah
iv. List barang yang nak dibawa (sendiri mau ingat lar.. hihi)
v. Planning cuti utk tahun 2009
vi. Tranportation balik dari LCCT ke rumah masing2 korang uruskan sendiri tau (samada nak naik bus / org ambil)


Feedback From U All (Reply to Me):-
Sila beri maklum balas berikut kepada saya (garis yg mana perlu).
i. Transport Ke LCCT: pi sekali ar, tunggu di KL Sentral / xpe saye pi sendiri
ii. Penginapan akan diuruskan oleh Maryam: Ok, book utk saye juge / xpe, saya buat sendiri
iii. Aktiviti/Lawatan di Kota Kinabalu: nak join ramai2, baru syiok / xpe, saya buat aktvt sndiri iv. No. H/P: Nie wajib.. semua kene bagi.. utk contact bile perlu


Any info @ pertanyaan, jgn segan silu utk tanye dgn saye..
Sekian, terima kasih.


Yang Benar,
Maryam Mohamed

Khamis, November 13, 2008

nak g Kota Kinabalu!!!

Tadi Nadia call saya.. dia ajak saya ke Kota Kinabalu.. bestnya..
bila dengar tambang pun agak murah dan kena booking sekarang... dengan cepat saya decide.. NAK JOINN! NAK JOIN!..
memang saya da rancang nak ke sana dalam hujung tahun ni.. cuma tak berkesempatan nak melihat-lihat tarikh yang sesuai..

Jadi, bila da booking tiket ni.. saya kena bersungguh-sungguh la kumpul duit belanja.. ahhah..
Tak sabarnya nak ke sana!!!!!

p/s: harap2 tarikh yang kitorg pilih tu.. tak clash dengan apa2 event.. kalu tak.. aduiii....

Selasa, November 11, 2008

mode bosan..

Sebenarnya banyak perkara yang saya nak ceritakan.. macam-macam ada bak kata makcik dlm astro tu.. tapi minggu ni saya dalam mode bosan.. jadi, jangan harap saya nak ceritakan apa-apa dalam masa terdekat ni.. heheh...
emm.. banyaknya perkara menarik pada 2 minggu lepas.. tapi saya malas nak coret-coretkan kisah 2 minggu saya tu..
tunggulah esok lusa saya rumuskan je kejadian 2 minggu tu ye.. SEBAB...

SAYA DALAM MODE BOSAN!!!!

Khamis, Oktober 23, 2008

saya nak kurus..

Saya nak kurus! Saya nak kurus! itu slogan saya untuk hari ini.. hahaha.. Mulai bulan depan, saya akan mula berjoging semula. Best.. best... Bulan ini terlampau banyak undangan rumah terbuka.. dan banyak jugalah makanan yang masuk ke dalam perut saya. Jadi saya tidak berani menimbang berat badan ketika ini. Takut kalau-kalau naik lagi(emm.. kalau tengok cara saya makan.. tentulah bulan ni berat saya naik.. uwaaa).

Tak apa.. to do list untuk bulan depan dan bulan seterusnya.. hehhe..
1. joging setiap minggu di Taman Jaya
2. berbasikal setiap minggu atau 2 minggu sekali di Bukit Cerakah (kalau rajin dan takde hal bolehlah kot.. heheheh)
3. buat sit-up setiap malam (boleh ke ni? mcm tak percaya je..)
4. buat aerobik setiap minggu (dah lama tak buka vcd ni.. mula-mula beli je excited.. heheh)
5. kurangkan jumlah makanan (erk.. ni cam tak leh buat je ni.. emmm pikir.. pikir.. yg ni KIV jela.. ahhaha..)

AIM SAYA > KURANGKAN BERAT BADAN SEBANYAK 5 KG..(at least 2 kg jadilah... ahhaha)

Rabu, Oktober 22, 2008

belanja kahwin...

Hari ini, kami bercerita pasal belanja kahwin. Bukan pasal mas kahwin tapi pasal belanja kahwin keseluruhannya. Shina dengan bestnya, menghantar email tentang senarai belanja kahwin dia. Excited juga saya nak tengok perancangan belanjawan dia.

Bila saya buka sahaja excel yang mempunyai senarai belanjawan dia, saya tepuk dahi sekejap. Banyak betul perbelanjaan dia ni. Bak kata zura, boleh beli sebiji vios ni. Takutnya saya...

Teringat saya pasal semalam. Saya dan emak saya bersembang mengenai kawan adik saya yang tidak ada duit untuk isi minyak kereta dan terpaksa meminjam duit dari kawan-kawan untuk belanja. Malah kad kreditnya pun sudah melebihi had. Semuanya gara-gara membeli barang-barang kahwin yang mahal-mahal untuk bakal isterinya. Kesiannya dia... Emak pula sudah tentulah membebel-bebel... Belum jadi isteri sudah minta mahal-mahal.. Bila sudah jadi esok tak tahulah.. Nasib baiklah bukan anak dia yang kena.. kalau tidak emak saya sudah laser-laserkan bakal menantu dia itu.. heheh..

Kalau tanya saya, sederhana sudahlah.. Kesian bakal suami saya nanti kalau saya demand-demand. Tambahan lagi ekonomi sekarang tidak begitu memberangsangkan. Lebih baik saya suruh dia menyimpan untuk masa depan kami. Majlis kahwin kami grand atau tidak, itu tidak menjadi masalah. Yang penting, kemeriahan itu yang kami rasa.

Aduh.. berangannya saya.. calonnya pun tidak ada lagi.. maknanya jauh lagilah majlis kahwin saya ya.. Yang ada dalam to do list saya sekarang pun; kumpul duit untuk sambung master saya. Harap-harap tahun depan, impian saya tercapai.

Bila agaknya kahwin tu hendak diletakkan dlm list saya ya? Emak sudah bising-bising bila saya kata hendak kahwin dalam masa 5 tahun lagi (jangkaan saya je..). Hahahaha.. saya cuma gelak sahaja.. Saya berserah saja jodoh saya kepada Allah S.W.T. Kalau sudah ditetapkan, jangankan 5 tahun.. 5 minit lagi pn saya boleh berkahwin.

p/s: saya selalu berdoa untuk mendekatkan jodoh saya dengan lelaki yang dapat membimbing saya sama ada dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.. Amin..

Selasa, Oktober 21, 2008

layan rock kapak...

Time lunch hari ini saya layan lagu-lagu rock kapak dalam youtube. Best pula rasanya.. padahal pagi tadi saya sudah bercita-cita untuk tidur ketika waktu rehat.

Saya ini memang peminat lagu-lagu rock tahun 80 an dan 90 an. Best betul lagu-lagu rock masa itu. Walaupun masa itu saya kecil lagi, tapi hidup saya dikelilingi dengan muzik-muzik begitu.
Saya ingat lagi masa saya kecil, saya suka masuk bilik pakcu saya yang tinggal bersama pak jang saya. Masa itu, pakcu saya masih bujang lagi. Dalam bilik dia penuh dengan kaset-kaset lagu rock malah siap ada poster-poster kumpulan rock terkenal masa itu. Saya pun tumpang guling-guling atas katil sambil buka lagu-lagu tersebut.. hahahah.. selalunya saya masuk ketika pakcu tidak ada di rumah.

Sekarang ini, bila dengar lagu-lagu begitu, saya terkenang kenangan lalu. Terkenang jugalah rambut pakcu yang panjang ala- ala joe wing itu. Kelakar.. kelakar..

Jumaat, Oktober 17, 2008

hari ini hari selamba saya...

Hari ini saya memang agak selamba. Bukan selamba apa.. cuma dari pagi tadi saya keluar berjalan-jalan ke hulu langat. Bukan berjalan-jalan kosong. Saya mengikut bos saya berjumpa dengan penulis buku kami. Kami masuk ofis semula dalam pukul 11.45.

Lepas itu, dengan selamba juga saya keluar rehat pukul 12.20 tapi disebabkan saya terlampau selamba, saya terlupa memakai cermin mata. Terpaksa naik balik ke meja saya. Kemudian, saya drive ke Menara Telekom dan ambil zura untuk makan tengah hari di Taman Jaya. Saya tahu, yang saya akan masuk lambat kalau ambil zura dan makan di Taman Jaya. Tapi disebabkan hari ini hari selamba saya, dengan selamba juga saya masuk lambat. Pukul 1.50 baru saya sampai ofis. Wah, masuk ofis dan berjalan menuju ke meja saya dengan muka selamba.. memang saya tidak pernah buat.. selalunya saya akan takut-takut. Otak saya mereng agaknya hari ini.. heheh..

Sampai sahaja di kubikel saya, saya buka buku KLT Tahun 1, buka muka surat 1, pegang pensel dengan gaya hendak mengedit.. dalam masa lima minit, saya pun zzzzzzzz... hahahahah..
Kemudian saya tersedar ketika telefon berbunyi dan jam menunjukkan pukul 3. Parah betul saya hari ini. Ai.. hari ini memang hari selamba saya....

Khamis, Oktober 16, 2008

geramnya...

Hai.. geram betul saya sekarang ini. Panggilan dari Za sekejap dari menyebabkan saya geram dengan diri saya sendiri.

Alkisahnya, pagi tadi saya menyemak senarai emel saya. Kemudian, tangan saya dengan pantas memadam mana-mana emel yang saya rasa tidak penting. Rupanya, dalam banyak-banyak emel yang saya padam itu, terdapat satu emel yang sangat penting dari big bos saya. Apatah lagi email itu personal dan mempunyai satu password yang memang khas untuk setiap seorang staf. Kalau za tidak telefon dan menanyakan saya hal itu, sampai bila pun saya tidak sedar bahawa emel itu sangat penting.

Aduh.. geramnya saya. Selalunya emel-emel dari big bos akan saya baca atau simpan di personal folder dahulu sebelum membuangnya. Bagaimanalah saya boleh tidak perasan. Cepat betul tangan saya ini mengklik ikon delete itu. Sudah puas saya cari di folder delete tetapi tidak ada. Geramnya saya... Inilah yang dikatakan terlajak perahu boleh diundur, terlajak klik... aduh... pening.. pening... bertawakal sahajalah saya.. hendak buat macam mana.. salah sendiri..

Selasa, Oktober 14, 2008

saya, si dia dan rumah terbuka...

Kelapangan waktu membuatkan tangan saya gatal-gatal untuk menge-melkan jemputan ke rumah terbuka saya ahad ini. Ketika hendak menghantar emel itu, aduh.. takutnya saya. Macam-macam saya fikir, bahasa saya betulkah? Maklumlah, semuanya editor, sekejap saja sudah dapat lihat kesalahan bahasa walaupun kecil.. heheh.. Habis-habis fikir dan edit sedikit di sana sini, kemudian saya hantar kepada rakan-rakan saya yang sama jabatan. Huh, lega sudah hati saya. Tak apalah.. yang penting niat saya ikhlas menjemput mereka.

Saya juga menjemput si dia yang pernah saya suka dan si dia yang sekarang bertakhta di hati. Saya tidak tahu jika keduanya berkesempatan ke rumah saya. Tiba-tiba saya jadi risau kalau-kalau keduanya datang dan bertembung.. aduh, tentu saja hati saya berdebar-debar. Tetapi secara rasional dan logiknya, perkara ini mungkin tidak akan berlaku.

Yang lebih membuatkan hati saya lebih berdebar-debar sekarang adalah berkenaan maklang saya. Itulah, bak kata orang terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata merana diri... Memang meranalah diri saya sekarang. Semua ini gara-gara, maklang saya yang mahu menjodohkan saya dengan seseorang beberapa bulan lalu. Ceritanya diringkaskan dan lebih kurang begini..
Pada suatu malam yang suam-suam kuku sambil menonton televisyen.

Maklang: anak sedara busu mani keja engineer kat kedah tapi tak kawin lagi..
saya senyap sahaja.. pura-pura tak dengar..

Maklang: gaji bagus tuh. Mak dia tengah cari calon..
saya senyap lagi.. dalam hati.. ape kena mengena dengan saya??

Maklang: maklang cakap yang kaklong pun baru habis belajar..
saya sudah jeling-jeling mak di tepi.. Mak cuma sengih-sengih sahaja.. macam da tahu je fasal ni... habislah saya.. patutlah hari itu, mak sudah warning saya..

Maklang: kaklong da ada boypren?
Dengan pantas saya angguk. Jangan cari nahas.... itu kata hati saya..

Maklang: orang mana?
alamak... memang nahas saya... dengan teragak-agak saya jawab: orang johor..

Maklang: keja apa?

fyza d.hana: lecturer.. (memang saya sedang mengorek kubur sendiri....)

Maklang: kenal mana? (banyak pulak soalan maklang saya ni.. macam FBI.. mak pulak sengih-sengih sahaja.. taknak amik port.. uuu.. tolongggg...)

fyza d.hana: sama kelas dulu.. (masa ni adik saya sudah senyum simpul.. mesti dia tahu siapa yang saya maksudkan.. ceh.. mesti lepas ni jadi modal dia mengusik saya... ciss..)

Maklang: nanti masa konvokesyen kenalkan dengan maklang.

Saya sudah terkedu. Macam ada batu bertimpa-timpa menghempap kepala saya.. Tapi saya bernasib baik betul kerana semasa majlis konvokesyen, maklang saya terlupa. Bersyukur betul saya masa itu.

Bila "keadaan" sudah reda sekarang, alih-alih semalam semasa emak menjemput maklang datang ke rumah terbuka kami, maklang siap menyampaikan pesan kepada emak menyuruh saya menjemput si "dia". Peningnya kepala saya... macam mana ini? Saya kata pada emak kalau maklang tanya katakan saja kami sudah putus. Tapi bila emak saya kata, "Kau nak maklang carikan calon lagi ke?", cepat-cepat saya geleng kepala.. Emak pula gelak-gelak.. Sabar sahajalah saya. Kemudian emak memberi idea bernas, "cakap ajelah, budak tu tak dapat datang, sibuk.. jauh...," hehehehe.. pandai betul mak.. Adus.. inilah namanya penipuan yang ditutup dengan penipuan... Bertambahlah dosa saya lagi..

Apa pun saya cuma harap maklang tidak ingat langsung tentang perkara ini seperti yang terjadi di majlis konvokesyen dulu. Aduh, macam cerita zaman dolu-dolu pula.. tak pun seperti cerita anak mami filem arahan Prof. A.Razak Mohaiden.. Aduh.. Tak Nakkkkk...


p/s: si dia itu pun tak sedar-sedar saya sukakan dia.. benci betul...

Khamis, Oktober 09, 2008

kebaya oh kebaya..

Hari ini kerja saya mencari design kebaya sahaja dari pagi sampai ke petang. Dari kebaya nyonya sampailah ke kebaya moden indonesia. Cantik-cantik belaka sampai berpinar sekejap mata nak pilih mana yang sesuai.

Akhirnya ada satu design yang sesuai dan cantik pada pandangan mata saya. Design ini akan saya simpan untuk majlis perkahwinan hani tahun depan. Awal betul saya merancang. hehehe... Macam manalah saya tak teruja. Di antara 'geng lanun' kami, dialah orang yang pertama akan menamatkan zaman bujang. Tidak tercari perkataan yang sesuai untuk saya katakan bagi mengambarkan perasaan saya sekarang. Ketika mendapat tahu bahawa hani akan bertunang dengan pilihan hati, hati saya juga berdetik. Jodohnya sudah sampai. Saya pula? Walaupun umur sudah semakin meningkat tapi fikiran dan kelakuan sama sahaja. Sifat keanak-anakan dan kebudak-budakan masih lagi menebal.

Malah, saya rasa kematangan saya belum cukup untuk menempuh alam baru. Apatah lagi saya masih sendiri. Walaupun terasa sunyi tetapi kadang-kadang saya lebih selesa begini. Bukan saya tidak ada perasaan. Saya juga meminati seseorang (si dia yang jauh di selatan) tetapi saya takut untuk berterus terang. Jadi, saya lebih senang begini.

Emm, dalam mencari-mencari design kebaya di internet, saya terjumpa satu gambar baju panjang nyonya. Menarik pula saya tengok. Saya memang ada satu pasang kain untuk ditempah petang ini. Harap-harap tukang jahit itu bolehlah buat mengikut design ini. Semenjak kerja ini, bermacam-macam jenis fesyen kurung dan kebaya ingin saya buat. Semasa belajar dulu, jangan harap saya hendak pakai sebarang kebaya. Memakai baju kurung pun sudah cukup bagus.

Cuma baru-baru ini sahaja saya bersemangat pula untuk mencuba bermacam-macam jenis baju kurung dan kebaya. Emak pula sudah bising-bising, takut saya perapkan sahaja baju-baju itu di almari. Dulu pun saya ada beberapa pasang kebaya. Pakainya sekali sahaja, kemudian saya simpan sahaja. Sudahnya saya beri pada adik saya sahaja.

Takpe, kali ini saya akan pakai semua baju itu. Azam hendak menjadi perempuan melayu terakhir ni. Harap-haraplah.. ahhahah...

Selasa, Oktober 07, 2008

raya ketujuh..

Hari ini hari ketujuh kita berhari raya. Ada yang masih bercuti dan ada yang sudah memulakan tugas di pejabat. Saya adalah antara mereka yang sudah memulakan tugas di pejabat. Tapi badan yang tidak sihat menyebabkan saya malas sangat bekerja. Nasib baik pun saya tidak sibuk seperti selalu. Dari sebelum raya lagi saya dan yang lain-lain bergoyang kaki sahaja. Bila projek baru habis, memang macam ni lah.. esok lusa bila projek baru masuk.. mcm lipas la kami.. tak cukup kaki tangan..

Bosannya..
Badan tak sihat..
Kerja pun tak ada..

Mood kerja pun memang dah hilang sejak akhir-akhir ini. Saya tak tahu la kenapa. Saya mula bosan dengan persekitaran tempat kerja saya. Saya mula bosan dengan sesetengah orang di sini. Malah saya juga makin bosan dengan seseorang yang pernah akrab dengan saya. Saya rasa, saya juga sudah tidak seperti dulu. Ceria, bising, happening..
Semua itu semakin hilang dari hari ke hari. Macam-macam perkara cuba saya lakukan untuk mengembalikan mood saya semula. Bermacam-macam perkara positif cuma saya fikirkan tapi mood saya tetap begitu. Mungkin disebabkan persekitaran yang menyesakkan ini membuatkan saya mahu menghirup udara yang lain. Saya sudah mula mengisi borang kerja lain dan mengemaskini resume saya.

Setiap hari saya berharap untuk mendapat kerja yang lain. Bukan saya tidak bersyukur dengan apa yang ada. Saya sangat bersyukur tapi salahkah saya kalu ingin meningkatkan sedikit taraf kerjaya saya. Di sini saya tidak nampak kerjaya saya berkembang. Malah semakin lama semakin saya rasa saya tidak layak berada di sini. Semakin lama semakin saya rasa kerjaya ini tidak sesuai dengan saya. Jadi sebelum minda dan jiwa saya menjadi semakin teruk lebih baik saya beralih angin.

Harap-harap di bulan Syawal ini, sesuatu yang baik pada saya akan berlaku dan mengubah mood saya semula..

p/s: saya rindu pada si dia juga...

Isnin, September 29, 2008

dua hari sebelum raya..

Sunyi sepi ofis hari ni..
Kebanyakannya sudah mengambil cuti termasuklah mereka yang bukan beragama Islam.
Tinggallah beberapa kerat termasuk saya yang masih berada di ofis. Ada yang terpaksa kerja kerana dateline, ada yang kerja kerana cuti sudah habis dan ada yang kerja kerana cuti yang ada tinggal sedikit (seperti saya).

Bosannya saya.. bukannya ada kerja sangat pun. Kerja saya lebih banyak goyang kaki, layar internet dan balas-balas email. Itupun sesekali membaca buku rujukan tatabahasa (terpaksa baca untuk projek yang akan datang).

Bosannya.. rasa macam menyesal pula bila tak ambil cuti. Pedulilah kalu cuti saya cuma ada sehari setengah sahaja. Tapi bila fikir secara rasional, rugi saya nanti.

Tak apalah.. sabarlah diri ini menunggu jarum pendek ke angka 5. Cepatlah masa berlalu...

Jumaat, September 26, 2008

sejuk hati saya...

emm.. hari ini banyak betul ucapan hari raya yang dihantar melalui emel saya terima. Yela.. minggu depan kebanyakannya sudah pulang ke kampung. Jadi, hari inilah hari semua memohon maaf atas kesilapan atau kekhilafan yang tidak disengajakan. Tapi dalam banyak-banyak emel yang saya terima, ada satu emel yang agak menyentuh hati saya. Ucapan selamat yang disertai dengan sedikit nasihat. Sejuk betul hati saya membacanya...

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA
Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".
2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."
3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
Disebut dalam sebuah riwayat :
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)
7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-
1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.
2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.
4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.
5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)
6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.
7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

p/s: artikel ini saya terima daripada fatin farhana.. Terima kasih fatin...

Khamis, September 25, 2008

jangan mengeluh

Kita selalu Bertanya dan Al-Quran sudah menjawabnya.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

p/s: artikel ini diberi oleh seorang sahabat saya melalui e-mel disaat saya dalam keadaan "jiwa kacau". Terima kasih, zura...

Rabu, September 24, 2008

selamat berjuang

Selamat Berjuang - Brothers
Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan
Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabaran
Bersama teman - teman
Harungi kehidupan
Oh indahnya

Berat rasanya
Di dalam jiwa
Untuk melangkah
Meninggalkan semua
Kasih dan cinta
Yang terbina
Iakan selamanya

Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar ia berlalu
Berjuanglah hingga keakhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwaku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuakur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Setiap kali saya dengar lagu ini, hati saya betul-betul sayu mengenangkan sahabat-sahabat lama. Saya tetap mengingati mereka walaupun ada sesetengah yang sudah melupakan saya. Kadang-kadang bila melihat gambar-gambar reunion mereka di friendster, ada sedikit kecil hati. Mengapa agaknya saya tidak dijemput sekali? Mengapa saya tidak diberitahu juga? Lama saya berfikir, mungkin saya ini kurang penting agaknya. Atau mereka ada alasan yang lain sehingga sekali sekala terlupa untuk menjemput saya. Tidak mengapalah, Insya Allah saya tidak akan melupakan kamu semua.

Alhamdulillah, di saat saya hilang beberapa orang sahabat, saya juga menemui beberapa orang sahabat yang baru. Saya kira Allah S.W.T menggantikan sahabat yang lebih baik untuk saya. Sahabat yang tidak hanya mengingati saya ketika senang malah ketika susah juga. Ucapan syukur juga saya panjatkan pada Allah S.W.T. kerana sahabat-sahabat ini mematangkan diri saya juga dan lebih mendekatkan saya pada Allah S.W.T. Terima kasih sahabat-sahabatku.

Tidak kiralah sahabat lama atau sahabat baru, semuanya penting bagi saya. Merekalah yang sedikit sebanyak mewarnai hidup saya. Tanpa mereka, tentulah hidup saya mendung dan hambar.
Terima kasih...

Selasa, September 23, 2008

semalam yang indah...

Tepat pukul 5, saya terus sahaja keluar dari pejabat. Kerja-kerja menghias pejabat saya tinggalkan begitu sahaja. Minta maaf semua.. saya betul-betul tak boleh tolong kali ini. Malam kelmarin semasa saya mendapat panggilan dari Diana tentang majlis berbuka ini, saya terus kata ya tanpa ragu-ragu. Bila datang ke pejabat keesokan harinya baru saya teringat mengenai projek hias-hias ni. Pagi-pagi tadi bila saya lihat suasana pejabat yang meriah dgn gantungan ketupat yang dibuat oleh Za dan pelita-pelita (nazri lukis di "word" yang kemudian kami cetak, warna dan gunting) yang dilekat di sepanjang kubikel, saya rasa bersalah sangat. Rasa bersalah kerana sebagai AJK, saya tidak turut serta. Tapi minta maaf ya sebab majlis berbuka kali ini sangat penting untuk saya hadiri.

Majlis berbuka kali ini bukan sahaja sebagai perjumpaan dengan budak-budak MC225 batch 2004 tapi juga perjumpaan terakhir kami dengan Pn Zalifah a.k.a. cik pah, pensyarah merangkap ketua program kami sebelum beliau ke UK selama 3 tahun. Alhamdulillah, hampir separuh daripada kelas kami hadir. Gembiranya saya dapat melihat wajah-wajah yang saya rindui. Aida, Hus, Ina, Diana, Ati, Dot, Fariza, AhChong (si artis KFC), Meor, Taufik, Afiq, Fauzi & Napi.. terima kasih kerana mengindahkan malam saya....

Pada mulanya kami merancang ke nando's tapi disebabkan tempat sudah penuh maka Meor, si perancang majlis pun bertukar tempat ke uncle k's kopitiam. Boleh tahan juga la makanan di sana. Selepas itu, kami makan pula cheese cake yang sangat sedap tu yang disumbangkan oleh cik pah dan suami. Terima kasih cik pah & en. imran yang sporting....

Walaupun majlis agak sederhana mungkin kerana persiapan yang agak tergesa-gesa, tapi suasana tetap meriah. Apatah lagi dengan kehadiran cik pah kesayangan kami. 3 tahun memori bersama cik pah akan sentiasa terpahat dalam hati saya.

Saya masih ingat lagi ketika kali pertama berjumpa dengan cik pah. Masa itu saya dipanggil untuk temuduga bagi ijazah dalam penerbitan. Takutnya saya masa itu. Risaunya saya jika gagal temuduga itu. Tapi kata-kata akhir cik pah sebelum saya melangkah keluar dari bilik temuduga menyakinkan saya bahawa saya akan menjadi salah seorang warga penerbitan.

3 tahun sepanjang kami bersama cik pah sangat menyenangkan dan menyeronokkan (walaupun ada sesekali kami tidak bersependapat.. hehe..). Banyak betul ilmu yang dicurahkan. Terima kasih cik pah kerana tak jemu-jemu mengajar kami dan melayan kerenah kami sekelas. Terima kasih kerana menjadikan kami seperti sekarang ini. Terima kasih kerana sentiasa memahami kami dan ampunkan kami di atas kekhilafan kami yang mungkin pernah mengecilkan hati cik pah.

Aduh, kami tentu akan rindu dengan cik pah terutama ayat keramatnya, lenge.. hahaha..
Moga cik pah tidak lupa pada kami yang lenge ini. Harap-harap dinginnya UK tidak mendinginkan ingatan cik pah pada kami.

Harap-harap perjumpaan kali ini tidak bernoktah di sini. Harap-harap perjumpaan seterusnya lebih ramai lagi yang boleh turut serta. Rindunya saya dengan kamu semua...

Khamis, September 18, 2008

makan-makan

Minggu lepas boleh dikatakan tiap-tiap hari saya berbuka di luar termasuklah hotel. Kalau di hotel, sudah tentulah bufet yang dihidangkan. Aduh, bermacam-macam jenis makanan ada. Bila mata perut yang lihat, em.. semua makanan nak disumbat. Apatah lagi perut saya ni memang mudah hadam dan cepat lapar.


Hari isnin:
Saya berbuka di hotel UiTM bersama dengan shina & naj.. hehhe.. Alkisah sebenarnya plan nak berbuka di hotel UiTM ni.. plan paksa rela oleh shina. Kesian naj.. tapi nasib baik la dia ni baik hati. Belanja juga kitorg makan bufet kat hotel UiTM ni. Terima kasih, naj..

Makanan kat hotel UiTM ni agak memuaskan hati la.. sedap dan harga pun berpatutan. Cuma saya agak blur dengan persembahan ghazal yang saya tak tahu dari pemuzik mana. Tapi itu tak penting pun. Yang penting, perut saya puas hati.

Tapi peristiwa berbuka di hotel UiTM memang kelakar. Mana taknya.. kami masuk awal dari waktu sebenar. Ni pun sebab ikut jam shina. Patutlah saya rasa pelayan kat situ pandang2 kat meja kami. Apatah lagi memang kami orang pertama yang masuk ke situ. Mula-mula memanglah tak rasa malu sebab tak tau. Bila saya check balik bil, barulah terpandang waktu kami masuk ke dewan. Alahai.. malunya.. ahhaha.. tapi terpaksalah buat-buat muka tak malu..

Sebelum balik, naj pula tapau makanan bufet tu. Makan bersama keluarga, katanya. Pecah perut saya dengan naj ni. Tapi bagus betul dia ni, makan bersama keluarga.. emm..


Hari rabu:
Saya, Zura dan Shina makan di pizza hut. Punyalah merancang nak makan di mana.. mula2 kami nak pergi ke pyramid. Cadangnya boleh berjalan-jalan sebelum waktu berbuka. Tapi shina kata penat pula. Last2, kami makan di pizza hut, pj. Janji jumpa kat sana pukul 6.00, jadi saya sempat balik rumah dulu sebab rumah saya dekat saja.

Macam biasa, kamilah juga orang yang pertama masuk ke pizza hut tu. Tapi sebab muka tebal, jadi kami buat bodoh saja.. Pesan dulu apa yang patut, lepas tu kami pergi ke guardian sekejap. saja nak menghabiskan masa..
Masa berbuka da dekat, pelayan pizza hut tu pun hantarlah segala yang kami pesan. Saya pesan seafood lasagna, rice meatball kurma dan ice lemon tea. Shina pesan pizza delight set, creamy carbonara dan ice cream. Zura pula pesan meatball bolognaise, spring roll, ice lemon tea dan ice cream. Ai, macam-macam kami pesan ni. Selera besar betul. Bila semua pesanan dah sampai, tinggal saya punya rice meatball kurma saja yang tak dihantar. Rupanya pelayan tu terlupa. Sabar jela.. Em.. bila nasi tu sampai.. asap berkepul-kepul nampak macam sedap.. tapi bila da m asuk mulut.. alahai.. lepas ni confirm saya tak nak pesan lagi.

Sebelum balik tu, dengan kuasa menggoda shina, kami dapat sejag air oren free dari pelayan di pizza hut tu. Yang pastinya walaupun dah tak boleh masuk.. kitorang tetap habiskan sejag air oren tu.


Hari khamis:
Saya dan beberapa orang kawan sekelas dijemput menghadiri majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh junior-junior kami di fakulti masscomm. Sebenarnya saya taklah teruja sangat hendak makan percuma. Cuma saya teruja ingin berjumpa dengan junior-junior yang saya kenal dan pensyarah-pensyarah kesayangan saya tu. Terutama cik pah yang akan ke UK untuk menyambung pelajarannya. Banyak betul jasa cik pah kepada saya. Kami pasti akan rindu dengan cik pah dan suaminya yang sporting itu.

Petang tu kami bawa ayam golek pantai dalam yang Aizat, diana dan dilla beli dalam perjalanan ke shah alam. Pertama kali saya makan ayam golek pantai dalam tu. Sedap juga.

Selepas majlis berbuka puasa tu, kami ke rumah sewa lama kami. Saja nak jenguk adik-adik kami di sana sambil-sambil menumpang tonton cerita Kekasihku Seru..

Hari Jumaat:
Berbuka di hotel Singgahsana ni idea shina. Mula-mula kami rancang hendak ke bora asmara. Tapi bila lihat komen-komen yang tak berapa enak di sesetengah blog, maka rancangan ke bora dibatalkan. Lagipun syam .aka. bf zura yang nak belanja. Jadi saya pun tak kisah. Makan di mana-mana pun boleh asalkan sedap dan puas hati.

Berbuka di Singgahsana memang puas hati. Macam-macam kami sumbat dalam perut ni.
Tapi yang paling best sebab ada sambal tempoyak, udang masak lemak cili api dan daging kambing panggang. Cuma yang kelakarnya, masa booking tu shina dengan yakinnya kata ada sate. Bila sampai saja di Singgahsana, saya jenguk-jenguk juga tapi jangan kata sate, bayang pun tak nampak. Shina dengan tak puas hatinya tanya pada pelayan tu pasal sate. Bila pelayan tu kata tak ada, kesian pula tengok muka shina yang kempunan. Tapi perut dah tak tahan nak gelak. Mana taknya, saya da kata sebelum ni kalau takde sate, saya akan gelak guling-guling kat hotel tu. Kesian shina.. sudahlah sate tak ada, popia yang dia nak pun tak da. Kesian.. kesian.. ehhe..
Sambil-sambil makan, ada persembahan dari kumpulan nasyid Rabbani.. memang seronok. Persembahan nasyid tu diselang seli dengan cabutan nombor bertuah.

Dalam banyak-banyak part, part shina amik "makan bersama keluarga" tula yang paling best. Pening syam dengan gelagat kitorang. Bila perut da tak boleh sumbat, tambahan pula banyak gerai-gerai dah tutup, barulah kami beredar.

Keesokannya, akibat tidak mengawal nafsu makan, keempat-empat kami mengalami sakit perut dan cirit-birit. Yang paling teruk ialah Shina. Kesian shina, sampai pitam-pitam di pkns.

Hari ahad pula, Syam belanja kami lagi. Kali ni dia belanja sate kajang. Untuk lepas kempunan shina.. Dalam saya sakit perut, 10 cucuk juga saya makan.. Terima kasih daun keladi, syam.. Lain kali boleh belanja lagi.. heheh..
Isninnya saya ulang alik ke tandas setiap sejam. Nasib baik saya dah takde keje sangat hari itu. Tapi segan juga berulang alik ke tandas, apatah lagi tandas tu dekat dengan bilik bos. Lepas ni saya kena beringat-ingatlah ketika makan.

Moral of the story: Jangan makan mengikut nafsu.

Selasa, September 09, 2008

alahai.. shina..

ni cerita pasal kawan saya nama shina.. dia ni memang suka paksa rela..
baru sekejap tadi dia paksa rela saya suruh masukkan iklan dia dalam blog ni..
shina: Fiza, ko place dalam blog ko ni tahu...
fyza d.hana: ko ni tak abis2 pasal unit trust...
shina: Ok takpe. Janji ko tulis la..
fyza d.hana: Ko ni tak senonoh la.. Ada plak iklan ko letak kat blog aku… Shina.. baik ko letak kat frenster la.. Kat situ ramai yg tgk..
shina:Haaha ye la ye la tapi nak gak.. Letak kat tempat ko, Mana tau ko punye bf, bakal bf, dato2 ke tgk blog ko...
hani(tukang sampuk): shina..shina.... ko layan je la kawan ko sorang nih fiza.....

aduh.. terpaksa layan jela si shina paksa rela ni...

TAHUKAH ANDA?


# Harga minyak MELAMBUNG 40%, harga barang makanan, harga bahan api, gas, elektrik dan tenaga, tol, tambang dan bermacam-macam lagi harga dipasaran sekarang semakin MENINGKAT hari demi hari. Hidup rakyat Malaysia kini semakin dihimpit kerisauan dan kegelisahan. Dalam keadaan sebegini tiada siapa yang boleh membantu kita malahan kerajaan sendiri tidak mampu untuk berbuat apa-apa, maka ia hanya terletak kepada DIRI ANDA SENDIRI untuk MERUBAHNYA. Anda MESTI bertindak SEKARANG dengan melabur di dalam UNIT TRUST, pelaburan yang menjamin masa hadapan anda. Pasti ANDA TIDAK AKAN MENGHADAPI MASALAH DI KEMUDIAN HARI!!

# Ramai rakyat Malaysia kini tertipu dengan pelaburan-pelaburan yang haram di sisi undang-undang Malaysia, dengan harapan mendapat keuntungan yang besar dalam jangka masa yang singkat. Sedangkan kerajaan telah membuka ruang dan platform pelaburan yang sah.

# Anda boleh memaksimumkan wang KWSP anda melalui pelaburan dalam unit trust? Pulangan KWSP tahun lepas hanya 5%. Tapi pulangan unit trust tahun lepas ada yang mencecah 33%. Oleh itu jangan lepaskan peluang ini. Bahkan anda juga boleh membuat pelaburan dalam unit trust dengan nilai pelaburan permulaan yang rendah.

# Jika anda melabur = RM2,000 >>> Untung = 20% setahun, dalam masa 20 tahun, duit pelaburan RM2,000 anda akan menjadi = RM2,000 x (1 + 20%)20 = RM76,675.20 SUNGGUH LUMAYAN!!

# Jumlah kos pengajian degree di IPTA = RM 25,000 manakala kadar inflasi semasa = 3.5%. Katakan anda mempunyai anak berumur 2 tahun, dlm masa 15 tahun lagi dia akan melanjutkan pelajaran ke IPTA..! Jumlah kos pengajian degree di IPTA tahun 2022 = RM25,000.00 x (1 + 0.035)^15 = RM41,883.70 Oleh itu, ELAKKAN masalah kewangan ini berlaku kepada diri anda kelak!...

Jika anda benar-benar ingin menikmati pulangan lumayan dari sistem penjanaan wang untuk masakini dan akan datang, inilah pelaburan yang sah disisi undang-undang malaysia. Mulakan langkah pelaburan bijak anda dengan Pelaburan UnitTrust.

"Anda Boleh Menjimatkan Masa Dan Memaksimakan Wang Ringgit Dengan Memahami Pelaburan Unit Trust .

sabar jela dgn iklan ni kan....

Isnin, September 08, 2008

saya sudah ada blog sendiri!!!

Akhirnya...
Saya juga ada blog sendiri.. hahaha..
Tidaklah susah sangat.. hahah.. cuma yang susahnya bila nak cari tajuk blog saya ni..
Saya ni org yang lambat dapat ilham.. akhirnya tajuk ni yang saya terfikir..
Kenapa saya pilih tajuk ni ya?
Sebabnya ketika saya dalam keadaan sibuk yang sangat ekstrem dan melelahkan datang satu e-mel dari salah seorang staf di singapura. Dia menghantar satu artikel yang menyuntik semangat saya semula.

Artikelnya berbunyi begini;

"Dear All,

Keep On, Keeping On by:
Jim Donovan
Colonel Sanders went to more than 1,000 places trying to sell his chicken recipe before he found an interested buyer. The fact that we can buy Kentucky Fried Chicken today attests to his perseverance. Thomas Edison tried almost 10,000 times before he succeeded in creating the electric light. If he had given up, you would be reading this in the dark!
The original business plan for what was to become Federal Express was given a failing grade on Fred Smith's college exam. And, in the early days, their employees would cash their pay cheques at retail stores, rather than banks. This meant it would take longer for the money to clear, thereby giving Fed Ex more time to cover their payroll.


Sylvester Stallone had been turned down a thousand times by agents and was down to his last $600 before he found a company that would produce Rocky. The rest is history! To truly succeed requires a total commitment to your goal. Too many people make the mistake of quitting just short of success. Keep going no matter what. If you really believe in what you are doing, give it all you've got and do not give up.

You will succeed. There is no such thing as failure. Every action produces an outcome. It may not always be the outcome you are looking for, but it is an outcome nonetheless. If you monitor the results of your actions and keep correcting what is not working, you will eventually produce the outcome you are looking for.

Be Persistent - Ray Kroc, the late founder of McDonalds, put it best when he said: "Nothing in this world can take the place of persistence. Talent will not; nothing is more common than unsuccessful men with great talent. Genius will not. Unrewarded genius is almost a proverb. Education will not. The world is full of educated derelicts. Persistence, determination and love are omnipotent."
Don't quit before the miracle happens! "


Jadi saya tidak akan berhenti sebelum keajaiban berlaku!