Selasa, Jun 29, 2010

demi cinta..

demi cinta kepada abang, sayang sudah berikan 7 orang anak selama 8 tahun kita berkahwin. demi cinta, bagilah sayang berehat pula..

Nasib baik aku tak tergolek dari kerusi bila dengar krill baca sms ni. Sangat kelakar sms ni. Penat aku tutup mulut tahan gelak sampai sakit perut supaya jiran sebelah kanan aku tak pandang aku dgn pelik. Dengan latar belakang lagu "cetusan hati", siap petir-petir dan "hentak 23" lagi. Kalau time jamal jamaludin pun boleh buat aku gelak, apa lagi time trio trable ni punya shift. Bukan topik "demi cinta" ni serius ke? Nasib baik perut aku tak cramp sebab gelak dari pukul 8 smpai 10 pagi.

Tapi [dengan serius]..
Kahwin 8 tahun, anak ada 7 orang? Dalam aku gelak-gelak, aku rasa nak tabik spring kat kakak ni. Bukan senang aku rasa nak beranak tiap-tiap tahun. Mana nak jaga anak kecil-kecil lagi. Emm.. tak sangka zaman sekarang pun ada lagi hal-hal macam ni.. hehhehehheh

Khamis, Jun 24, 2010

sweet talk

Baru baca baris pertama, aku sudah loya.
Bila aku sambung baris-baris seterusnya, aku sudah mahu muntah.
Tolong. Tolong jangan hantar e-mel yang boleh buat aku muntah.
Oh, bukan aku sorang saja. Yang lain-lain pun begitu okey.

Aduh, tak pasal-pasal dapat keracunan email. Kami perlukan antiviral!

Oh, bb! Manisnya mulut u tu lebih manis dari gula 18 kati!

teori baru cik za..

Dah seminggu lebih jerawat kat muka ni tak hilang-hilang. Sejak balik dari dinner hari tu, jerawat banyak plak tumbuh ni. Hari-hari tempek bedak sejuk pun tak hilang-hilang. Grrrrrrr.. geram betul. Dah macam opah-opah je muka aku tiap-tiap malam.

Pagi tadi mengadu dengan cik za dengan harapan, manalah tau ada pehtua-pehtua berguna. Dengan laju cik za cakap,
kalau tetibe ada jerawat banyak kat muka ni, maknanya ada orang minat.

Erk, teori apakah ini cik za?? uuu.. betul ke? hehehe ;))

Ahad, Jun 20, 2010

maafkan saya, encik

Wahai encik,
maafkan saya,
saya tak mampu menjawab pertanyaan hati encik,
saya tidak ada manual untuk menjawab persoalan mengenai hati.

wahai encik,
maafkan saya,
saya tak mampu menjawab pertanyaan hati encik,
jangan salahkan saya.

wahai encik,
maafkan saya,
saya tak mampu menjawab pertanyaan hati encik,
mungkin encik boleh bertanya di kaunter pertanyaan yang lain.

Jumaat, Jun 18, 2010

bonamana.. bonamana.. bonamana..

Sudah 15 minit lepas pukul 5. Dia masih lagi di pejabat. Mengadap pc. Bukan membuat kerja. Tapi melayan klip video Bonamana-Super Junior. Entah pasal apa seminggu dua ni itu sahaja yang digilanya. Hanya kerana dia sudah jatuh hati dengan Eunhyuk. Tidak sedar diri betul perempuan ni.

Lihat jam di pc. Oh, dah 5.20. Ok, masa untuk balik dan untuk keberapa ratus kalinya, Bonamana diulang lagi sebelum balik. [cepat tergoda dengan benda-benda lagha la dia ni]

PC ditutup. Setelah pastikan tidak ada barang-barang yang tinggal, dia pun berjalan lenggang-lenggok ke tempat parking kereta. Dalam kepalanya.. Eunhyuk.. Eunhyuk.. Eunhyuk..

Tiba-tiba..
.
.
.

“Kenapa dengan kereta aku ni? Sapa yang langgar bumper depan ni?” Dia hampir hendak menangis. Dengan rasa tidak puas hati, dia mencangkung mengadap bumper depan keretanya sambil menyentuh-nyentuh bahagian yang calar dan terkena cat itu. 2 orang pak guard mula mendekati sambil terjenguk-jenguk untuk melihat apa yang terjadi. Dia tidak menghiraukan pak guard itu dan masih menyentuh bumper keretanya.

Monolog dalaman : Siapa yang bongok langgar mybie aku ni?

Sedang dia bermonolog dalaman sendiri dan menyentuh-nyentuh bumper keretanya, seimbas pandang dia terlihat nombor plat keretanya.

Eh? Eh? Kenapa..? Chop..chop.. dia melihat sekali lagi plat keretanya. Ehhhhhhhh????

Dengan ayunya dia pun bangun dari aksi mencangkung tadi. Entah berapa lama dia mencangkung pun dia tak tau. Sambil berlalu, dia pun berkata kepada pak guard yang masih lagi terjenguk-jenguk itu, “Emm.. kesian kereta ni”.

Kenyataan di dalam hatinya : Bonggoookkk.. aku salah kereta!!! Malunyaaaa.. Apekejadah aku siap mencangkung depan kereta orang ni.. Tercalar imej cool aku depan pak guard.. Aaaarrggghhhhh..

Rupanya kereta mybie kesayangannya di belakang “kereta” itu. Dan “kereta” itu ialah Avanza. Sungguh beza Avanza dan Mybie itu. Mata empat pun boleh salah lagi. Oi..oi.. kalernya sama.. sebab tula salah cam. Ah, alasan menutup malu.

Dia bernasib baik kerana ketika itu tidak ada orang lain selain pak guard-pak guard itu. Harapannya agar pak guard itu tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Ye, berharaplah.. uu…

Rabu, Jun 16, 2010

jadi pelakon je la korang..

Côte d'Ivoire 0 - Portugal 0

penat betul tgk game korang.. pasal ape nampak cam main-main je..
banyak berlakon la korang ni..
Brazil 2 - Korea DPR 1
kaka kaka kaka kaka...
arrrgghhh... tension.. tengok dalam mimpi je..

Selasa, Jun 15, 2010

22:00/02:30

Matchday 5

22:00 : Côte d'Ivoire - Portugal
02:30 : Brazil - Korea DPR

boleh ke mata bertahan ni? haruskah esok amik mc? hahhahha

Isnin, Jun 14, 2010

dingin si orang banci..

dahsyat juga kipas susah mati ziana zain ni kan..



ok jugak lah si budak hafeez ni perform.
tapi...
sila fokus kat minit 2:00 n 2:54.
orang banci tu yang paling gempak.. hahhahha
orang yang mula-mula perasan orang banci ni ada kat konsert mentor 4 ni ialah en.mugi.
tajam betul mata dia kalau berkaitan orang-orang banci ye.. hahahhhaha

Jumaat, Jun 04, 2010

Hayya Bil Jihad..




pndg ke hadapan wahai umat islam
wahai tuhanku selamatkanlah agama islam
keatas jalan kelaziman ( spt yg kau janjikan) tlh disempurnakan
wahai sedara muslimku marilah berperang ( jihad )
mengingati yg maha pengasih mengingati yg maha penyayang
ke atas jalan kelaziman yg tlh disempurnakan

marilah wahai lelaki marilah berjihad
marilah wahai lelaki marilah dengan bersungguh-sungguh

hidup mulia atau mati syahid
dan jangan kau berikan daku bala untuk kelaziman(sepanjang) hayat kami

ALLAH MAHA BESAR...ALLAH MAHA BESAR...ALLAH MAHA BESAR ...marilah berjihad

Banyak kali saya dengar lagu ni tanpa tahu maknanya. Tapi, tanpa tahu maknanya pun, lagu ni tetap boleh membuatkan semangat saya berkobar-kobar.

Lirik dalam bahasa Malaysia tu saya dapat dan copy paste bulat-bulat dari iluvislam.  Itupun setelah digoogle. Maaflah kalau ada yang salah. Sesiapa yang arif boleh tolong betulkan ye.

Rabu, Jun 02, 2010

semua untukmu..

Em.. peribahasa apa kita nak beri pada orang tu ye?

telunjuk lurus kelengkeng berkait
atau
masak di luar mentah di dalam
atau
mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih

Yang mana sesuai ek? macam semua je kan..