Khamis, Julai 09, 2009

hantu komputer...

Ada sekali tu hani mengadu. Komputernya terpadam tiba-tiba. Saya pun katalah. Ada hantu komputer tak? Bernas tak jawaban saya. Tapi, betul tau.

Dulu masa saya praktikal kat Laman 2004, ada kawan sepraktikal pernah cerita yang di kolej dia ada hantu komputer. Dia kata, kadang-kadang waktu buat assignment tengah-tengah malam, komputer terpadam sendiri atau cursor mouse akan bergerak sendiri. Kadang-kadang, window akan buka tutup tanpa henti. Pulak tu, masa dia cerita tu, tiba2 window salah satu daripada komputer kami buka dan tutup tanpa henti. Wah, seram betul walaupun masa tu time tengah hari buta. Macam tahu-tahu pulak hantu komputer tu kitorang tengah bergosip pasal dia. Sudahlah ofis pulak di tengah-tengah hutan (dekat lake garden sebenarnya). Masa tu memang takut giler... Komputer pun terus tutup suis je.. hahhaha.. penakut betul masing-masing.

Kemudian, baru saya tahu, rupanya virus komputer je tu. Betul ke? Saya ni pun buta IT gak.. hahahaha..Macam mana saya boleh terpengaruh ni. Memang hantu betul siapa yang buat virus ini.

Rasanya citer hantu komputer ni sesuai untuk en.mugi yang suka dok ofis smpai lewat malam untuk buat perkara lagha.. uit.. jaga-jaga en.mugi.. jgn sampai kena panggil skuad pemburu hantu plak.. hahhaha..

Selasa, Julai 07, 2009

pujaan hati 1

Sambil layan-layan YM, saya tengok-tengok gambar dalam mypic folder. Sampai la ke satu folder yang ada gambar mamat ni. Nama dia ni Jesadaporn Pholdee atau nama panggilannya, TIK. 1st time kenal dia masa tengok drama soda and ice tea. Peh, cair terus. Lepas tu baru saya tau dia ni yang jadi hantu hensem dalam filem 303. Cerita hantu yang paling kami suka tengok sebab ada hantu hensem. Bila mamat ni muncul je, confirm scene dia akan dipause untuk jangka masa yang lama. hahahaha.. punye hebat penangan dia ni. Latest drama dia, tajuknya Kaew Tah Pee. Boleh tahan gak cerita ni tapi tak dapat lawan Luerd Kattiya (tengok drama ni punya pasal, sanggup tak pergi kenduri jiran sebelah. Dahsyat betul) & Roilei Sneyrai.

Dalam Kaew Tah Pee ni, dia jadi orang buta yang kaya tapi pura-pura miskin. Lepas itu, buat-buat kesian supaya heroin kawin dengan dia. Heroin yang konon baik hati dan lurus tu pun setujulah untuk kawin dengan dia bila dia bagi alasan yang dia perlukan orang untuk temankan dia pergi Paris bagi pembedahan mata dia di sana. Fuh, alasan macam tu saja dah boleh buat si heroin setuju kawin. Em, kalau muka macam dia ni.. boleh buat orang tak fikir panjang da.. hahhah...


Latest filem dia, Nakhee (Deep in the Jungle). Tayangannya bulan 5@6 rasanya. Tapi, sesungguhnya, saya tak sempat tengok movie ni sebab waktu tayangannya pada hari biasa selama 3 hari sahaja.. di ulangi 3 hari pada hari biasa dan pada waktu bekerja. Memang bedebah betul siapa yang buat schedule ni kat TGV.

Tiba-tiba baru saya teringat, mana saya letak CD tik ya? Dalam tu ada, koleksi gambar-gambar dia, koleksi ads & commercials (pernah sekali iklan air mirinda dia ni terlepas kat malaysia. Excited betul masa tu.), dan koleksi scene pendek dalam cerita Luerd Kattiya (tengok banyak kali pun tak bosan.. siap nangis-nangis walaupun tak ada subtitle. Macam paham je bahasa Thai tu.. hehehe.. Hebat sungguh penangan). Mana saya simpan CD tu ek?

p/s: semalam cik nad tanya, bila nak tengok movie. Saya kata kena tunggu end of year. Kena jimat duit.. hahhaha.. poyo betul. Sebetulnya saya nak tunggu Storm Rider II. Yang lain tak penting. Peh, nak tengok Aaron Kwok yang dah semakin macho dan badan ketul-ketul.. hahhaha..

Isnin, Julai 06, 2009

o_O -_-zzz

Disebabkan semalam tidur lebih kurang pukul 4 pagi, pagi ini, mata saya layu macam ikan puyu..erk.. ada ke? Disebabkan mata saya layu, indeks kamus telah saya campur adukkan BI dan BMnya. Disebabkan saya telah campur adukkan indeksnya, maka saya kena taip lagi sekali. Disebabkan saya kena taip lagi sekali, kepala saya pening. Disebabkan kepala saya pening, saya nak tidur. Agak-agak kalau saya tidur, mrs. Bos ketuk kepala saya tak? Uuu…

Pagi-pagi buka YM, tengok bekas chenta hati online. Pelik ni. Bukan ke mamat ni cam buta IT? Hahahaha.. Mana chenta hati yang baru ni? Dah lama menyepi ni.. Sibuk mengalahkan menteri la dia ni..
Sambil tengok-tengok siapa yang online, saya menyuap nasi goreng yang mak bekal pagi tadi. Cadang nak makan waktu rehat tapi saya ada agenda yang lebih penting. Waktu rehat nanti, saya nak menyeru. Sekarang ini, saya sudah macam bomoh siam. Tersengguk-sengguk. Tersengguk-sengguk. Sikit lagi dahi ni nak cecah meja ni. Aduh, tolong.. tolong..