Isnin, September 29, 2008

dua hari sebelum raya..

Sunyi sepi ofis hari ni..
Kebanyakannya sudah mengambil cuti termasuklah mereka yang bukan beragama Islam.
Tinggallah beberapa kerat termasuk saya yang masih berada di ofis. Ada yang terpaksa kerja kerana dateline, ada yang kerja kerana cuti sudah habis dan ada yang kerja kerana cuti yang ada tinggal sedikit (seperti saya).

Bosannya saya.. bukannya ada kerja sangat pun. Kerja saya lebih banyak goyang kaki, layar internet dan balas-balas email. Itupun sesekali membaca buku rujukan tatabahasa (terpaksa baca untuk projek yang akan datang).

Bosannya.. rasa macam menyesal pula bila tak ambil cuti. Pedulilah kalu cuti saya cuma ada sehari setengah sahaja. Tapi bila fikir secara rasional, rugi saya nanti.

Tak apalah.. sabarlah diri ini menunggu jarum pendek ke angka 5. Cepatlah masa berlalu...

Jumaat, September 26, 2008

sejuk hati saya...

emm.. hari ini banyak betul ucapan hari raya yang dihantar melalui emel saya terima. Yela.. minggu depan kebanyakannya sudah pulang ke kampung. Jadi, hari inilah hari semua memohon maaf atas kesilapan atau kekhilafan yang tidak disengajakan. Tapi dalam banyak-banyak emel yang saya terima, ada satu emel yang agak menyentuh hati saya. Ucapan selamat yang disertai dengan sedikit nasihat. Sejuk betul hati saya membacanya...

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA
Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".
2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."
3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
Disebut dalam sebuah riwayat :
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)
7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-
1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.
2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.
4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.
5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)
6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.
7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

p/s: artikel ini saya terima daripada fatin farhana.. Terima kasih fatin...

Khamis, September 25, 2008

jangan mengeluh

Kita selalu Bertanya dan Al-Quran sudah menjawabnya.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

p/s: artikel ini diberi oleh seorang sahabat saya melalui e-mel disaat saya dalam keadaan "jiwa kacau". Terima kasih, zura...

Rabu, September 24, 2008

selamat berjuang

Selamat Berjuang - Brothers
Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan
Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabaran
Bersama teman - teman
Harungi kehidupan
Oh indahnya

Berat rasanya
Di dalam jiwa
Untuk melangkah
Meninggalkan semua
Kasih dan cinta
Yang terbina
Iakan selamanya

Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar ia berlalu
Berjuanglah hingga keakhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwaku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuakur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Setiap kali saya dengar lagu ini, hati saya betul-betul sayu mengenangkan sahabat-sahabat lama. Saya tetap mengingati mereka walaupun ada sesetengah yang sudah melupakan saya. Kadang-kadang bila melihat gambar-gambar reunion mereka di friendster, ada sedikit kecil hati. Mengapa agaknya saya tidak dijemput sekali? Mengapa saya tidak diberitahu juga? Lama saya berfikir, mungkin saya ini kurang penting agaknya. Atau mereka ada alasan yang lain sehingga sekali sekala terlupa untuk menjemput saya. Tidak mengapalah, Insya Allah saya tidak akan melupakan kamu semua.

Alhamdulillah, di saat saya hilang beberapa orang sahabat, saya juga menemui beberapa orang sahabat yang baru. Saya kira Allah S.W.T menggantikan sahabat yang lebih baik untuk saya. Sahabat yang tidak hanya mengingati saya ketika senang malah ketika susah juga. Ucapan syukur juga saya panjatkan pada Allah S.W.T. kerana sahabat-sahabat ini mematangkan diri saya juga dan lebih mendekatkan saya pada Allah S.W.T. Terima kasih sahabat-sahabatku.

Tidak kiralah sahabat lama atau sahabat baru, semuanya penting bagi saya. Merekalah yang sedikit sebanyak mewarnai hidup saya. Tanpa mereka, tentulah hidup saya mendung dan hambar.
Terima kasih...

Selasa, September 23, 2008

semalam yang indah...

Tepat pukul 5, saya terus sahaja keluar dari pejabat. Kerja-kerja menghias pejabat saya tinggalkan begitu sahaja. Minta maaf semua.. saya betul-betul tak boleh tolong kali ini. Malam kelmarin semasa saya mendapat panggilan dari Diana tentang majlis berbuka ini, saya terus kata ya tanpa ragu-ragu. Bila datang ke pejabat keesokan harinya baru saya teringat mengenai projek hias-hias ni. Pagi-pagi tadi bila saya lihat suasana pejabat yang meriah dgn gantungan ketupat yang dibuat oleh Za dan pelita-pelita (nazri lukis di "word" yang kemudian kami cetak, warna dan gunting) yang dilekat di sepanjang kubikel, saya rasa bersalah sangat. Rasa bersalah kerana sebagai AJK, saya tidak turut serta. Tapi minta maaf ya sebab majlis berbuka kali ini sangat penting untuk saya hadiri.

Majlis berbuka kali ini bukan sahaja sebagai perjumpaan dengan budak-budak MC225 batch 2004 tapi juga perjumpaan terakhir kami dengan Pn Zalifah a.k.a. cik pah, pensyarah merangkap ketua program kami sebelum beliau ke UK selama 3 tahun. Alhamdulillah, hampir separuh daripada kelas kami hadir. Gembiranya saya dapat melihat wajah-wajah yang saya rindui. Aida, Hus, Ina, Diana, Ati, Dot, Fariza, AhChong (si artis KFC), Meor, Taufik, Afiq, Fauzi & Napi.. terima kasih kerana mengindahkan malam saya....

Pada mulanya kami merancang ke nando's tapi disebabkan tempat sudah penuh maka Meor, si perancang majlis pun bertukar tempat ke uncle k's kopitiam. Boleh tahan juga la makanan di sana. Selepas itu, kami makan pula cheese cake yang sangat sedap tu yang disumbangkan oleh cik pah dan suami. Terima kasih cik pah & en. imran yang sporting....

Walaupun majlis agak sederhana mungkin kerana persiapan yang agak tergesa-gesa, tapi suasana tetap meriah. Apatah lagi dengan kehadiran cik pah kesayangan kami. 3 tahun memori bersama cik pah akan sentiasa terpahat dalam hati saya.

Saya masih ingat lagi ketika kali pertama berjumpa dengan cik pah. Masa itu saya dipanggil untuk temuduga bagi ijazah dalam penerbitan. Takutnya saya masa itu. Risaunya saya jika gagal temuduga itu. Tapi kata-kata akhir cik pah sebelum saya melangkah keluar dari bilik temuduga menyakinkan saya bahawa saya akan menjadi salah seorang warga penerbitan.

3 tahun sepanjang kami bersama cik pah sangat menyenangkan dan menyeronokkan (walaupun ada sesekali kami tidak bersependapat.. hehe..). Banyak betul ilmu yang dicurahkan. Terima kasih cik pah kerana tak jemu-jemu mengajar kami dan melayan kerenah kami sekelas. Terima kasih kerana menjadikan kami seperti sekarang ini. Terima kasih kerana sentiasa memahami kami dan ampunkan kami di atas kekhilafan kami yang mungkin pernah mengecilkan hati cik pah.

Aduh, kami tentu akan rindu dengan cik pah terutama ayat keramatnya, lenge.. hahaha..
Moga cik pah tidak lupa pada kami yang lenge ini. Harap-harap dinginnya UK tidak mendinginkan ingatan cik pah pada kami.

Harap-harap perjumpaan kali ini tidak bernoktah di sini. Harap-harap perjumpaan seterusnya lebih ramai lagi yang boleh turut serta. Rindunya saya dengan kamu semua...

Khamis, September 18, 2008

makan-makan

Minggu lepas boleh dikatakan tiap-tiap hari saya berbuka di luar termasuklah hotel. Kalau di hotel, sudah tentulah bufet yang dihidangkan. Aduh, bermacam-macam jenis makanan ada. Bila mata perut yang lihat, em.. semua makanan nak disumbat. Apatah lagi perut saya ni memang mudah hadam dan cepat lapar.


Hari isnin:
Saya berbuka di hotel UiTM bersama dengan shina & naj.. hehhe.. Alkisah sebenarnya plan nak berbuka di hotel UiTM ni.. plan paksa rela oleh shina. Kesian naj.. tapi nasib baik la dia ni baik hati. Belanja juga kitorg makan bufet kat hotel UiTM ni. Terima kasih, naj..

Makanan kat hotel UiTM ni agak memuaskan hati la.. sedap dan harga pun berpatutan. Cuma saya agak blur dengan persembahan ghazal yang saya tak tahu dari pemuzik mana. Tapi itu tak penting pun. Yang penting, perut saya puas hati.

Tapi peristiwa berbuka di hotel UiTM memang kelakar. Mana taknya.. kami masuk awal dari waktu sebenar. Ni pun sebab ikut jam shina. Patutlah saya rasa pelayan kat situ pandang2 kat meja kami. Apatah lagi memang kami orang pertama yang masuk ke situ. Mula-mula memanglah tak rasa malu sebab tak tau. Bila saya check balik bil, barulah terpandang waktu kami masuk ke dewan. Alahai.. malunya.. ahhaha.. tapi terpaksalah buat-buat muka tak malu..

Sebelum balik, naj pula tapau makanan bufet tu. Makan bersama keluarga, katanya. Pecah perut saya dengan naj ni. Tapi bagus betul dia ni, makan bersama keluarga.. emm..


Hari rabu:
Saya, Zura dan Shina makan di pizza hut. Punyalah merancang nak makan di mana.. mula2 kami nak pergi ke pyramid. Cadangnya boleh berjalan-jalan sebelum waktu berbuka. Tapi shina kata penat pula. Last2, kami makan di pizza hut, pj. Janji jumpa kat sana pukul 6.00, jadi saya sempat balik rumah dulu sebab rumah saya dekat saja.

Macam biasa, kamilah juga orang yang pertama masuk ke pizza hut tu. Tapi sebab muka tebal, jadi kami buat bodoh saja.. Pesan dulu apa yang patut, lepas tu kami pergi ke guardian sekejap. saja nak menghabiskan masa..
Masa berbuka da dekat, pelayan pizza hut tu pun hantarlah segala yang kami pesan. Saya pesan seafood lasagna, rice meatball kurma dan ice lemon tea. Shina pesan pizza delight set, creamy carbonara dan ice cream. Zura pula pesan meatball bolognaise, spring roll, ice lemon tea dan ice cream. Ai, macam-macam kami pesan ni. Selera besar betul. Bila semua pesanan dah sampai, tinggal saya punya rice meatball kurma saja yang tak dihantar. Rupanya pelayan tu terlupa. Sabar jela.. Em.. bila nasi tu sampai.. asap berkepul-kepul nampak macam sedap.. tapi bila da m asuk mulut.. alahai.. lepas ni confirm saya tak nak pesan lagi.

Sebelum balik tu, dengan kuasa menggoda shina, kami dapat sejag air oren free dari pelayan di pizza hut tu. Yang pastinya walaupun dah tak boleh masuk.. kitorang tetap habiskan sejag air oren tu.


Hari khamis:
Saya dan beberapa orang kawan sekelas dijemput menghadiri majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh junior-junior kami di fakulti masscomm. Sebenarnya saya taklah teruja sangat hendak makan percuma. Cuma saya teruja ingin berjumpa dengan junior-junior yang saya kenal dan pensyarah-pensyarah kesayangan saya tu. Terutama cik pah yang akan ke UK untuk menyambung pelajarannya. Banyak betul jasa cik pah kepada saya. Kami pasti akan rindu dengan cik pah dan suaminya yang sporting itu.

Petang tu kami bawa ayam golek pantai dalam yang Aizat, diana dan dilla beli dalam perjalanan ke shah alam. Pertama kali saya makan ayam golek pantai dalam tu. Sedap juga.

Selepas majlis berbuka puasa tu, kami ke rumah sewa lama kami. Saja nak jenguk adik-adik kami di sana sambil-sambil menumpang tonton cerita Kekasihku Seru..

Hari Jumaat:
Berbuka di hotel Singgahsana ni idea shina. Mula-mula kami rancang hendak ke bora asmara. Tapi bila lihat komen-komen yang tak berapa enak di sesetengah blog, maka rancangan ke bora dibatalkan. Lagipun syam .aka. bf zura yang nak belanja. Jadi saya pun tak kisah. Makan di mana-mana pun boleh asalkan sedap dan puas hati.

Berbuka di Singgahsana memang puas hati. Macam-macam kami sumbat dalam perut ni.
Tapi yang paling best sebab ada sambal tempoyak, udang masak lemak cili api dan daging kambing panggang. Cuma yang kelakarnya, masa booking tu shina dengan yakinnya kata ada sate. Bila sampai saja di Singgahsana, saya jenguk-jenguk juga tapi jangan kata sate, bayang pun tak nampak. Shina dengan tak puas hatinya tanya pada pelayan tu pasal sate. Bila pelayan tu kata tak ada, kesian pula tengok muka shina yang kempunan. Tapi perut dah tak tahan nak gelak. Mana taknya, saya da kata sebelum ni kalau takde sate, saya akan gelak guling-guling kat hotel tu. Kesian shina.. sudahlah sate tak ada, popia yang dia nak pun tak da. Kesian.. kesian.. ehhe..
Sambil-sambil makan, ada persembahan dari kumpulan nasyid Rabbani.. memang seronok. Persembahan nasyid tu diselang seli dengan cabutan nombor bertuah.

Dalam banyak-banyak part, part shina amik "makan bersama keluarga" tula yang paling best. Pening syam dengan gelagat kitorang. Bila perut da tak boleh sumbat, tambahan pula banyak gerai-gerai dah tutup, barulah kami beredar.

Keesokannya, akibat tidak mengawal nafsu makan, keempat-empat kami mengalami sakit perut dan cirit-birit. Yang paling teruk ialah Shina. Kesian shina, sampai pitam-pitam di pkns.

Hari ahad pula, Syam belanja kami lagi. Kali ni dia belanja sate kajang. Untuk lepas kempunan shina.. Dalam saya sakit perut, 10 cucuk juga saya makan.. Terima kasih daun keladi, syam.. Lain kali boleh belanja lagi.. heheh..
Isninnya saya ulang alik ke tandas setiap sejam. Nasib baik saya dah takde keje sangat hari itu. Tapi segan juga berulang alik ke tandas, apatah lagi tandas tu dekat dengan bilik bos. Lepas ni saya kena beringat-ingatlah ketika makan.

Moral of the story: Jangan makan mengikut nafsu.

Selasa, September 09, 2008

alahai.. shina..

ni cerita pasal kawan saya nama shina.. dia ni memang suka paksa rela..
baru sekejap tadi dia paksa rela saya suruh masukkan iklan dia dalam blog ni..
shina: Fiza, ko place dalam blog ko ni tahu...
fyza d.hana: ko ni tak abis2 pasal unit trust...
shina: Ok takpe. Janji ko tulis la..
fyza d.hana: Ko ni tak senonoh la.. Ada plak iklan ko letak kat blog aku… Shina.. baik ko letak kat frenster la.. Kat situ ramai yg tgk..
shina:Haaha ye la ye la tapi nak gak.. Letak kat tempat ko, Mana tau ko punye bf, bakal bf, dato2 ke tgk blog ko...
hani(tukang sampuk): shina..shina.... ko layan je la kawan ko sorang nih fiza.....

aduh.. terpaksa layan jela si shina paksa rela ni...

TAHUKAH ANDA?


# Harga minyak MELAMBUNG 40%, harga barang makanan, harga bahan api, gas, elektrik dan tenaga, tol, tambang dan bermacam-macam lagi harga dipasaran sekarang semakin MENINGKAT hari demi hari. Hidup rakyat Malaysia kini semakin dihimpit kerisauan dan kegelisahan. Dalam keadaan sebegini tiada siapa yang boleh membantu kita malahan kerajaan sendiri tidak mampu untuk berbuat apa-apa, maka ia hanya terletak kepada DIRI ANDA SENDIRI untuk MERUBAHNYA. Anda MESTI bertindak SEKARANG dengan melabur di dalam UNIT TRUST, pelaburan yang menjamin masa hadapan anda. Pasti ANDA TIDAK AKAN MENGHADAPI MASALAH DI KEMUDIAN HARI!!

# Ramai rakyat Malaysia kini tertipu dengan pelaburan-pelaburan yang haram di sisi undang-undang Malaysia, dengan harapan mendapat keuntungan yang besar dalam jangka masa yang singkat. Sedangkan kerajaan telah membuka ruang dan platform pelaburan yang sah.

# Anda boleh memaksimumkan wang KWSP anda melalui pelaburan dalam unit trust? Pulangan KWSP tahun lepas hanya 5%. Tapi pulangan unit trust tahun lepas ada yang mencecah 33%. Oleh itu jangan lepaskan peluang ini. Bahkan anda juga boleh membuat pelaburan dalam unit trust dengan nilai pelaburan permulaan yang rendah.

# Jika anda melabur = RM2,000 >>> Untung = 20% setahun, dalam masa 20 tahun, duit pelaburan RM2,000 anda akan menjadi = RM2,000 x (1 + 20%)20 = RM76,675.20 SUNGGUH LUMAYAN!!

# Jumlah kos pengajian degree di IPTA = RM 25,000 manakala kadar inflasi semasa = 3.5%. Katakan anda mempunyai anak berumur 2 tahun, dlm masa 15 tahun lagi dia akan melanjutkan pelajaran ke IPTA..! Jumlah kos pengajian degree di IPTA tahun 2022 = RM25,000.00 x (1 + 0.035)^15 = RM41,883.70 Oleh itu, ELAKKAN masalah kewangan ini berlaku kepada diri anda kelak!...

Jika anda benar-benar ingin menikmati pulangan lumayan dari sistem penjanaan wang untuk masakini dan akan datang, inilah pelaburan yang sah disisi undang-undang malaysia. Mulakan langkah pelaburan bijak anda dengan Pelaburan UnitTrust.

"Anda Boleh Menjimatkan Masa Dan Memaksimakan Wang Ringgit Dengan Memahami Pelaburan Unit Trust .

sabar jela dgn iklan ni kan....

Isnin, September 08, 2008

saya sudah ada blog sendiri!!!

Akhirnya...
Saya juga ada blog sendiri.. hahaha..
Tidaklah susah sangat.. hahah.. cuma yang susahnya bila nak cari tajuk blog saya ni..
Saya ni org yang lambat dapat ilham.. akhirnya tajuk ni yang saya terfikir..
Kenapa saya pilih tajuk ni ya?
Sebabnya ketika saya dalam keadaan sibuk yang sangat ekstrem dan melelahkan datang satu e-mel dari salah seorang staf di singapura. Dia menghantar satu artikel yang menyuntik semangat saya semula.

Artikelnya berbunyi begini;

"Dear All,

Keep On, Keeping On by:
Jim Donovan
Colonel Sanders went to more than 1,000 places trying to sell his chicken recipe before he found an interested buyer. The fact that we can buy Kentucky Fried Chicken today attests to his perseverance. Thomas Edison tried almost 10,000 times before he succeeded in creating the electric light. If he had given up, you would be reading this in the dark!
The original business plan for what was to become Federal Express was given a failing grade on Fred Smith's college exam. And, in the early days, their employees would cash their pay cheques at retail stores, rather than banks. This meant it would take longer for the money to clear, thereby giving Fed Ex more time to cover their payroll.


Sylvester Stallone had been turned down a thousand times by agents and was down to his last $600 before he found a company that would produce Rocky. The rest is history! To truly succeed requires a total commitment to your goal. Too many people make the mistake of quitting just short of success. Keep going no matter what. If you really believe in what you are doing, give it all you've got and do not give up.

You will succeed. There is no such thing as failure. Every action produces an outcome. It may not always be the outcome you are looking for, but it is an outcome nonetheless. If you monitor the results of your actions and keep correcting what is not working, you will eventually produce the outcome you are looking for.

Be Persistent - Ray Kroc, the late founder of McDonalds, put it best when he said: "Nothing in this world can take the place of persistence. Talent will not; nothing is more common than unsuccessful men with great talent. Genius will not. Unrewarded genius is almost a proverb. Education will not. The world is full of educated derelicts. Persistence, determination and love are omnipotent."
Don't quit before the miracle happens! "


Jadi saya tidak akan berhenti sebelum keajaiban berlaku!