Jumaat, Februari 05, 2010

Jadi, siapakah penjenayahnya?

Pagi-pagi lagi cik za mengadu. Katanya, semalam, memory card telefon bimbitnya hilang. Telefon bimbitnya ada. Cuma yang hilang memory card sahaja. Pelik juga ni.

Dan yang lebih pelik waktu kehilangan ialah ketika semua staff publishing sedang bermesyuarat di bilik training.

Jadi waktu kejadian ialah pada pukul 8.30-10.00 pagi.
Waktu kepelikan ialah sejurus selepas mesyuarat selesai. Nada dering berbunyi lain dari yang biasa.
Waktu kesedaran ialah ketika di dalam kereta dalam perjalanan balik dari kerja.
Kata Jo, jom kita jadi GENG BAS SEKOLAH!
Erk..

Tapi sejak akhir-akhir ni memang banyak kejadian kecurian yang pelik-pelik.
Sebelum ini beg telekung jannah hilang. Telekungnya diletakkan di atas kerusi depan surau.
Jadi yang hilang cuma beg telekung!

Ok.. rasanya boleh main permainan detektif plak kat ofis ni. hahahahaha..
Jo, kita jadi GENG DETEKTIF CONAN la.. hahhahhahah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan