Selasa, Julai 07, 2009

pujaan hati 1

Sambil layan-layan YM, saya tengok-tengok gambar dalam mypic folder. Sampai la ke satu folder yang ada gambar mamat ni. Nama dia ni Jesadaporn Pholdee atau nama panggilannya, TIK. 1st time kenal dia masa tengok drama soda and ice tea. Peh, cair terus. Lepas tu baru saya tau dia ni yang jadi hantu hensem dalam filem 303. Cerita hantu yang paling kami suka tengok sebab ada hantu hensem. Bila mamat ni muncul je, confirm scene dia akan dipause untuk jangka masa yang lama. hahahaha.. punye hebat penangan dia ni. Latest drama dia, tajuknya Kaew Tah Pee. Boleh tahan gak cerita ni tapi tak dapat lawan Luerd Kattiya (tengok drama ni punya pasal, sanggup tak pergi kenduri jiran sebelah. Dahsyat betul) & Roilei Sneyrai.

Dalam Kaew Tah Pee ni, dia jadi orang buta yang kaya tapi pura-pura miskin. Lepas itu, buat-buat kesian supaya heroin kawin dengan dia. Heroin yang konon baik hati dan lurus tu pun setujulah untuk kawin dengan dia bila dia bagi alasan yang dia perlukan orang untuk temankan dia pergi Paris bagi pembedahan mata dia di sana. Fuh, alasan macam tu saja dah boleh buat si heroin setuju kawin. Em, kalau muka macam dia ni.. boleh buat orang tak fikir panjang da.. hahhah...


Latest filem dia, Nakhee (Deep in the Jungle). Tayangannya bulan 5@6 rasanya. Tapi, sesungguhnya, saya tak sempat tengok movie ni sebab waktu tayangannya pada hari biasa selama 3 hari sahaja.. di ulangi 3 hari pada hari biasa dan pada waktu bekerja. Memang bedebah betul siapa yang buat schedule ni kat TGV.

Tiba-tiba baru saya teringat, mana saya letak CD tik ya? Dalam tu ada, koleksi gambar-gambar dia, koleksi ads & commercials (pernah sekali iklan air mirinda dia ni terlepas kat malaysia. Excited betul masa tu.), dan koleksi scene pendek dalam cerita Luerd Kattiya (tengok banyak kali pun tak bosan.. siap nangis-nangis walaupun tak ada subtitle. Macam paham je bahasa Thai tu.. hehehe.. Hebat sungguh penangan). Mana saya simpan CD tu ek?

p/s: semalam cik nad tanya, bila nak tengok movie. Saya kata kena tunggu end of year. Kena jimat duit.. hahhaha.. poyo betul. Sebetulnya saya nak tunggu Storm Rider II. Yang lain tak penting. Peh, nak tengok Aaron Kwok yang dah semakin macho dan badan ketul-ketul.. hahhaha..

3 ulasan:

  1. aku minat tik jugak..
    tapi nampaknyer ko lagi kipas-susah-mati..
    sumer citer dier ko tgk..
    tapi dier mmg sangat hensem..

    BalasPadam
  2. arfah- skrg da kurang skit.. dulu lagi dahsyat aku punyer kipas-susah-mati.. hehehe

    BalasPadam