Khamis, Julai 09, 2009

hantu komputer...

Ada sekali tu hani mengadu. Komputernya terpadam tiba-tiba. Saya pun katalah. Ada hantu komputer tak? Bernas tak jawaban saya. Tapi, betul tau.

Dulu masa saya praktikal kat Laman 2004, ada kawan sepraktikal pernah cerita yang di kolej dia ada hantu komputer. Dia kata, kadang-kadang waktu buat assignment tengah-tengah malam, komputer terpadam sendiri atau cursor mouse akan bergerak sendiri. Kadang-kadang, window akan buka tutup tanpa henti. Pulak tu, masa dia cerita tu, tiba2 window salah satu daripada komputer kami buka dan tutup tanpa henti. Wah, seram betul walaupun masa tu time tengah hari buta. Macam tahu-tahu pulak hantu komputer tu kitorang tengah bergosip pasal dia. Sudahlah ofis pulak di tengah-tengah hutan (dekat lake garden sebenarnya). Masa tu memang takut giler... Komputer pun terus tutup suis je.. hahhaha.. penakut betul masing-masing.

Kemudian, baru saya tahu, rupanya virus komputer je tu. Betul ke? Saya ni pun buta IT gak.. hahahaha..Macam mana saya boleh terpengaruh ni. Memang hantu betul siapa yang buat virus ini.

Rasanya citer hantu komputer ni sesuai untuk en.mugi yang suka dok ofis smpai lewat malam untuk buat perkara lagha.. uit.. jaga-jaga en.mugi.. jgn sampai kena panggil skuad pemburu hantu plak.. hahhaha..

2 ulasan:

  1. beb..siapa mugi ni? kelakar la dia identify diri dia.."hanya pergi ke tempat yg ramai wanita cantik"
    hhhaha

    BalasPadam