Isnin, Oktober 18, 2010

oh! en.dot..

Aku sangat tak boleh terima bila seorang lelaki mengajak seorang perempuan keluar, dia tidak menunjukkan sifat gentlemen. Gentlemen di sini bukanlah bermaksud kena tarik kerusi, bukakan pintu kereta, etc. Itu gelimen.. hehehe [pendapat aku je.. mungkin orang lain oke.. heheh]


Sabtu lepas, en.dot (bukan nama sebenar) mengajak cik yuyu keluar buat pertama kali. Kebetulan cik yuyu dan cik nini memang merancang nak tengok jangan pandang belakang congkak 2.

Cik yuyu kata, awal-awal lagi dah tak berapa berkenan dengan en.dot. Datang-datang saja dah berbau rokok yang kuat. Tettt.. 1 markah da kena potong. Lepas tu, langsung tak ditegur cik nini. Tettt.. kena potong markah lagi. Heloo, en.dot.. kalau nak ngorat cik yuyu, ambil la hati kawannya sekali. Tak pasal-pasal kau dah kena pangkah dengan kawan dia. Wahai lelaki, sila ingat ye.. kaum perempuan ni suka sangat bercerita dan bertanya pendapat bestfriendnya hal-hal begini. Jadi jangan buat sombong dengan kawan-kawannya kalau kau nak testimoni yang baik-baik dari kawan-kawan dia. [oh, tapi mungkin juga ada perempuan yang bukan cenggini sifatnya.. hehhe]

Yang paling best ialah en.dot membeli tiket wayang untuk dirinya sendiri. Alamak.. kurang-kurang pun belanjalah cik yuyu kalau kau taknak belanja kawannya, cik nini tu. Aduh, memang tak boleh blah lelaki jenis macam ni. Kau nak mengorat dia tapi takde langsung kriteria yang membolehkan si perempuan ni suka kat kau.

Bukanlah kita nak sangat dia belanja. Kita pun boleh beli sendiri tiket tu. Takde hal punya. Tapi for the first time keluar, janganlah tunjukkan sikap kedekut tu. Apa salahnya keluarkan belanja sedikit. Kalau dia bertaraf student, aku rasa aku boleh la terima fiil camni. Atau kalau kau keluar dengan kawan-kawan biasa takpe la. Ini kononnya kau nak jadikan dia girlfriend kau. Tapi alahai.. Emm… aku pulak yang emo lebih. hahaha..

Luckily, setakat ni aku tak jumpa lagi lelaki jenis macam ni. Harapnya takkan jumpa.


Apapun, mamat ni memang tak boleh blah la.. hahhaha…

3 ulasan:

  1. theblabber - bagus2.. aku boleh sesak nafas duduk sebelah orang merokok.. hehehe

    BalasPadam
  2. haha teringat seh 1st time kuar tgk wayang gan org lelaki... ok la dia blikan tiket tapi citer hampeh dia sendiri tak tau citer per main bli je hahah tu ok la..tapi balik aku walk alone to monorail..atleast temankan la aku kan? hehehe kes cik yuyu ni memang la tak bleh blah mamat tu!

    BalasPadam