Selasa, Februari 01, 2011

Sila jangan hantar surat kepada kawan anda jika nilai setem tidak mencukupi tau..

Tahun 90-an ke awal tahun millenium, zaman-zaman sekolah, aku hanya menggunakan setem 20 sen bagi surat-surat atau kad-kad raya yang aku pos kepada kawan-kawan aku tak kira di negeri mana mereka tinggal. Tak pernah pun ada yang mengadu yang mereka kena denda akibat nilai setem tak mencukupi.


Dulu, aku memang agak rajin tulis surat. Dalam exam pertengahan tahun pun aku sempat lagi tulis surat pada kawan aku di teknik ampangan. Terutama dalam ujian Sains, betapa banyaknya masa aku terluang untuk mengarang surat dari mengarang jawapan. Lebih banyak helai aku mengarang surat dari mengarang jawapan.


Tahun 2000 hingga ke akhir 2010, masa ini, kalau aku nak tulis surat pun ikut mood. Kad raya pun aku akan pos ikut mood aku. Apatah lagi masa ni SMS tengah berleluasa. Tapi mana-mana kad atau surat yang aku pos, aku akan gunakan setem 30 sen atau 50 sen. Ikut juga la masa tu aku nak beli setem yang mana satu. hahhahaha.. Tapi tak pernah juga ada satu pun kawan aku yang mengadu mereka kena denda akibat nilai setem tak mencukupi.


1 Februari 2011. Tarikh keramat. Baru je sekejap tadi seorang editor pengurusan syarikat P memberitahu aku yang dia dapat surat denda dari pejabat pos Taman B akibat nilai setem tidak mencukupi bagi surat yang aku pos. Samdol betul. Buat malu aku je. Apa setem 50 sen tak cukup ke dari PJ ke Batu Caves? Lepas ni aku letak setem singgit.. baru tau.. uu.. hampeh..


PESANAN MANIS: kepada kawan-kawan aku yang bakal hantar kad kahwin melalui pos, sila pastikan nilai setem kamu mencukupi ye. Nanti tak pasal-pasal aku dapat surat denda dari pejabat pos. Kalau kamu tag invitation kat fb or sent email pun takpe.. aku tak marah.. sebab aku paham keadaan kamu yang kena fikirkan kos setem yang naik mendadak itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan