Isnin, Disember 21, 2009

December fool...

Pagi-pagi saya dapat emel ini.


dan ini.



Bayangkan harapan yang diberikan kepada saya. Saya mula buat rancangan. Apakah alasan hendak ke bahagian Marketing? Nak buat-buat ke pantrikah? Yelah, nak ke pantri mesti melalui bahagian Marketing. Jadi pasti boleh jumpa dia. Tapi saya puasa hari ini. Takkan nak buat gila berjalan-jalan di pantri plak. Tak pe.. kata sampai petang kan.. time nak g solat karang je la.

Tapi dalam hati berkata-kata lagi. Ape kes diorang ni nak shooting kat sini? Baiknya hati si bos tu nak kasi orang shooting kat sini? Chop.. cerita apa yang diorang nak shooting sampai ke sini? Pelik.. pelik.

Jenguk-jenguk juga ke bahagian Marketing semasa mahu mengfotokopi kertas soalan UPSR. Senyap je. Ada ke orang shooting dengan senyap sunyi. Cerita dengan cik Ayu dalam YM. Dia kata tengah shooting, mana boleh bising-bising. Ye ke?

Akhirnya, waktu yang ditunggu sudah tiba. Saya pun berjalan ke surau sambil melalui bahagian Marketing dengan perasaan bercampur baur. Berdebar. Pelik. Ingin tahu.

Sampai di sana, saya lihat bahagian Marketing kosong. Hanya ada beberapa orang sahaja seperti biasa. Eh, dah habis shooting ke? Tiba-tiba, saya ternampak SHAHRONIZAM di meja kak Rafidah.

Cepat-cepat saya ke surau sebelum gelak saya pecah di situ. Kooorraaaannnngggg.. memang jahat!!! Ingat ni April fool ke? ni bulan Disember laaaa…

Itu bukan shahronizam. Mentang-mentanglah mamat high-ed tu pun ada MT. Dia tu lebih kepada Dato’ K bukan shahronizam. Saya suka shahronizam bukan sebab MT laaa…

Sampai hati mempermainkan diri saya yang tulus dan lurus ini. Uwaaaaaaaaaaaaaaaa….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan