Rabu, Disember 16, 2009

demam lagi..

Menonton teater Natrah buat kali kedua memang menyeronokkan. Dapat menonton Natrah dengan dekat memang mengujakan. Dapat beramah mesra dengan pelakon-pelakon Natrah yang lain memang menyeronokkan.

Tapi.

Demam pada hari perancangan ke teater Natrah sangat memeritkan. Memandu ke istana budaya dalam keadaan demam sangat memenatkan. Tidak dapat berjumpa dan bergambar dengan Shahronizam sangat menyedihkan. Enche' peguam, Ahmad Ibrahim..sedihnya tidak dapat jumpa kamu.

Balik rumah.

Badan makin panas. Makan ubat. Tidur. Esoknya, perancangan balik ke kampung untuk menghadiri kenduri terpaksa dibatalkan kerana demam makin teruk.

Hari ini barulah demam kebah betul. Cik Ayu, betulkah demam saya makin teruk sebab tidak dapat berjumpa Shahronizam? Hehehehehe…

p/s: sudah 2 minggu berturut-turut saya demam pada hari yang sama. Apakah?

1 ulasan: