Khamis, Disember 17, 2009

jangan malulah...

Setiap hari isnin mesti ada pasar malam di kawasan rumah kami.


Hari itu, saya temankan emak ke klinik untuk cuci bisul di kaki. Dah tua-tua pun kena bisul. Uhuk..ampun mak.

Selepas selesai, kami pun singgah sekejap di pasar. Pasar malam itu sebenarnya berhadapan dengan klinik. Jadi, memang wajiblah kami singgah. Apatah lagi, dari office lagi saya sudah teringin makan yong tau fu.

Lepas beli yong tau fu, kami ke gerai kebab. Lepas itu, ke gerai murtabak. Sebelah gerai murtabak itu ada gerai jual mee goreng. Sambil menunggu adik tu membungkus murtabak kami, saya terpandang satu kumpulan budak lelaki di sebelah saya. Rasanya umur mereka dalam 17 atau 18 tahun. Ada 3 orang. Semuanya berpakaian ala-ala punk. Betulkah? Maaf, saya memang buta fesyen. Tapi yang saya perasan. Ada seorang budak lelaki itu bertindik di bawah bibirnya. Astagfirullah.

Budak lelaki bertindik itu berborak dengan kawannya yang lagi seorang sambil menunggu kawannya yang ketiga itu membeli mee goreng.

Kawannya: Kau nak beli ape?

Budak lelaki bertindik mengangkat bahu. Mungkin dia tidak tahu hendak beli apa.

Kawannya [dengan suara kuat n lantang]: Kau beli aje lah BONTOT AYAM. Itu kan FAVERET kau.

Budak lelaki bertindik terpandang muka saya. Dia sudah tertunduk malu. Saya pura-pura tidak dengar. Segera memalingkan muka sambil tersengih.

Si budak lelaki bertindik, janganlah kamu marahkan kawanmu itu. Saya percaya, dia jujur dan tidak berniat apa-apa. Cuma mungkin situasi pada masa itu tidak menyebelahi kamu. Sungguh saya tidak gelakkan kamu. Saya cuma sengih sahaja. Tidak perlu malu hanya kerana kamu suka makan BONTOT AYAM. Heh..

2 ulasan:

  1. macha - tula pasal.. dia lebih malu pada manusia daripada Allah S.W.T..emmm..

    BalasPadam