Jumaat, September 03, 2010

lima puluh lima puluh

Sekarang mood aku lima puluh lima puluh. Lima puluh peratus gembira. Lima puluh peratus sedih.

Pertama.
Aku gembira sebab hari raya dah nak dekat tapi aku sedih sebab Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Cepat betul masa berlalu. Tunggu setahun lagi baru berjumpa dengan Ramadhan. Entah sempat ke tidak masa itu.. huu..

Kedua.
Aku sedih atas apa yang jadi kat en.mugi tapi aku gembira sebab tahun ni dia tetap beraya di sini dengan kami.. hehehe..

Ketiga.
Aku gembira sebab dapat baju mengikut tema tahun ni setelah aku hampir berniat untuk pakai baju tahun lepas saje. Hitam putih kalernya. Cantik. hahaha. Tapi aku sedih sebab duit mengalir macam air. Betul-betul lepas raya roadtax kereta mati.. huwaaaaa..

Tapi aku tetap kena senyum. Senyum dalam kesedihan [ceh.. macam teruk sgt je bunyinya..]..



p/s: ntah berapa banyak tapi ni.. ishk.. ishk.. ishk..

1 ulasan:

  1. haha ko ingat ko sorang sedih?? aku time raya kena servis keta..duit raya anak buah keterlaluan ramai bila da berkawin lagi la double.
    jadi lepas raya ni kena jimattttt

    BalasPadam