Khamis, September 18, 2008

makan-makan

Minggu lepas boleh dikatakan tiap-tiap hari saya berbuka di luar termasuklah hotel. Kalau di hotel, sudah tentulah bufet yang dihidangkan. Aduh, bermacam-macam jenis makanan ada. Bila mata perut yang lihat, em.. semua makanan nak disumbat. Apatah lagi perut saya ni memang mudah hadam dan cepat lapar.


Hari isnin:
Saya berbuka di hotel UiTM bersama dengan shina & naj.. hehhe.. Alkisah sebenarnya plan nak berbuka di hotel UiTM ni.. plan paksa rela oleh shina. Kesian naj.. tapi nasib baik la dia ni baik hati. Belanja juga kitorg makan bufet kat hotel UiTM ni. Terima kasih, naj..

Makanan kat hotel UiTM ni agak memuaskan hati la.. sedap dan harga pun berpatutan. Cuma saya agak blur dengan persembahan ghazal yang saya tak tahu dari pemuzik mana. Tapi itu tak penting pun. Yang penting, perut saya puas hati.

Tapi peristiwa berbuka di hotel UiTM memang kelakar. Mana taknya.. kami masuk awal dari waktu sebenar. Ni pun sebab ikut jam shina. Patutlah saya rasa pelayan kat situ pandang2 kat meja kami. Apatah lagi memang kami orang pertama yang masuk ke situ. Mula-mula memanglah tak rasa malu sebab tak tau. Bila saya check balik bil, barulah terpandang waktu kami masuk ke dewan. Alahai.. malunya.. ahhaha.. tapi terpaksalah buat-buat muka tak malu..

Sebelum balik, naj pula tapau makanan bufet tu. Makan bersama keluarga, katanya. Pecah perut saya dengan naj ni. Tapi bagus betul dia ni, makan bersama keluarga.. emm..


Hari rabu:
Saya, Zura dan Shina makan di pizza hut. Punyalah merancang nak makan di mana.. mula2 kami nak pergi ke pyramid. Cadangnya boleh berjalan-jalan sebelum waktu berbuka. Tapi shina kata penat pula. Last2, kami makan di pizza hut, pj. Janji jumpa kat sana pukul 6.00, jadi saya sempat balik rumah dulu sebab rumah saya dekat saja.

Macam biasa, kamilah juga orang yang pertama masuk ke pizza hut tu. Tapi sebab muka tebal, jadi kami buat bodoh saja.. Pesan dulu apa yang patut, lepas tu kami pergi ke guardian sekejap. saja nak menghabiskan masa..
Masa berbuka da dekat, pelayan pizza hut tu pun hantarlah segala yang kami pesan. Saya pesan seafood lasagna, rice meatball kurma dan ice lemon tea. Shina pesan pizza delight set, creamy carbonara dan ice cream. Zura pula pesan meatball bolognaise, spring roll, ice lemon tea dan ice cream. Ai, macam-macam kami pesan ni. Selera besar betul. Bila semua pesanan dah sampai, tinggal saya punya rice meatball kurma saja yang tak dihantar. Rupanya pelayan tu terlupa. Sabar jela.. Em.. bila nasi tu sampai.. asap berkepul-kepul nampak macam sedap.. tapi bila da m asuk mulut.. alahai.. lepas ni confirm saya tak nak pesan lagi.

Sebelum balik tu, dengan kuasa menggoda shina, kami dapat sejag air oren free dari pelayan di pizza hut tu. Yang pastinya walaupun dah tak boleh masuk.. kitorang tetap habiskan sejag air oren tu.


Hari khamis:
Saya dan beberapa orang kawan sekelas dijemput menghadiri majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh junior-junior kami di fakulti masscomm. Sebenarnya saya taklah teruja sangat hendak makan percuma. Cuma saya teruja ingin berjumpa dengan junior-junior yang saya kenal dan pensyarah-pensyarah kesayangan saya tu. Terutama cik pah yang akan ke UK untuk menyambung pelajarannya. Banyak betul jasa cik pah kepada saya. Kami pasti akan rindu dengan cik pah dan suaminya yang sporting itu.

Petang tu kami bawa ayam golek pantai dalam yang Aizat, diana dan dilla beli dalam perjalanan ke shah alam. Pertama kali saya makan ayam golek pantai dalam tu. Sedap juga.

Selepas majlis berbuka puasa tu, kami ke rumah sewa lama kami. Saja nak jenguk adik-adik kami di sana sambil-sambil menumpang tonton cerita Kekasihku Seru..

Hari Jumaat:
Berbuka di hotel Singgahsana ni idea shina. Mula-mula kami rancang hendak ke bora asmara. Tapi bila lihat komen-komen yang tak berapa enak di sesetengah blog, maka rancangan ke bora dibatalkan. Lagipun syam .aka. bf zura yang nak belanja. Jadi saya pun tak kisah. Makan di mana-mana pun boleh asalkan sedap dan puas hati.

Berbuka di Singgahsana memang puas hati. Macam-macam kami sumbat dalam perut ni.
Tapi yang paling best sebab ada sambal tempoyak, udang masak lemak cili api dan daging kambing panggang. Cuma yang kelakarnya, masa booking tu shina dengan yakinnya kata ada sate. Bila sampai saja di Singgahsana, saya jenguk-jenguk juga tapi jangan kata sate, bayang pun tak nampak. Shina dengan tak puas hatinya tanya pada pelayan tu pasal sate. Bila pelayan tu kata tak ada, kesian pula tengok muka shina yang kempunan. Tapi perut dah tak tahan nak gelak. Mana taknya, saya da kata sebelum ni kalau takde sate, saya akan gelak guling-guling kat hotel tu. Kesian shina.. sudahlah sate tak ada, popia yang dia nak pun tak da. Kesian.. kesian.. ehhe..
Sambil-sambil makan, ada persembahan dari kumpulan nasyid Rabbani.. memang seronok. Persembahan nasyid tu diselang seli dengan cabutan nombor bertuah.

Dalam banyak-banyak part, part shina amik "makan bersama keluarga" tula yang paling best. Pening syam dengan gelagat kitorang. Bila perut da tak boleh sumbat, tambahan pula banyak gerai-gerai dah tutup, barulah kami beredar.

Keesokannya, akibat tidak mengawal nafsu makan, keempat-empat kami mengalami sakit perut dan cirit-birit. Yang paling teruk ialah Shina. Kesian shina, sampai pitam-pitam di pkns.

Hari ahad pula, Syam belanja kami lagi. Kali ni dia belanja sate kajang. Untuk lepas kempunan shina.. Dalam saya sakit perut, 10 cucuk juga saya makan.. Terima kasih daun keladi, syam.. Lain kali boleh belanja lagi.. heheh..
Isninnya saya ulang alik ke tandas setiap sejam. Nasib baik saya dah takde keje sangat hari itu. Tapi segan juga berulang alik ke tandas, apatah lagi tandas tu dekat dengan bilik bos. Lepas ni saya kena beringat-ingatlah ketika makan.

Moral of the story: Jangan makan mengikut nafsu.

1 ulasan: