Selasa, September 23, 2008

semalam yang indah...

Tepat pukul 5, saya terus sahaja keluar dari pejabat. Kerja-kerja menghias pejabat saya tinggalkan begitu sahaja. Minta maaf semua.. saya betul-betul tak boleh tolong kali ini. Malam kelmarin semasa saya mendapat panggilan dari Diana tentang majlis berbuka ini, saya terus kata ya tanpa ragu-ragu. Bila datang ke pejabat keesokan harinya baru saya teringat mengenai projek hias-hias ni. Pagi-pagi tadi bila saya lihat suasana pejabat yang meriah dgn gantungan ketupat yang dibuat oleh Za dan pelita-pelita (nazri lukis di "word" yang kemudian kami cetak, warna dan gunting) yang dilekat di sepanjang kubikel, saya rasa bersalah sangat. Rasa bersalah kerana sebagai AJK, saya tidak turut serta. Tapi minta maaf ya sebab majlis berbuka kali ini sangat penting untuk saya hadiri.

Majlis berbuka kali ini bukan sahaja sebagai perjumpaan dengan budak-budak MC225 batch 2004 tapi juga perjumpaan terakhir kami dengan Pn Zalifah a.k.a. cik pah, pensyarah merangkap ketua program kami sebelum beliau ke UK selama 3 tahun. Alhamdulillah, hampir separuh daripada kelas kami hadir. Gembiranya saya dapat melihat wajah-wajah yang saya rindui. Aida, Hus, Ina, Diana, Ati, Dot, Fariza, AhChong (si artis KFC), Meor, Taufik, Afiq, Fauzi & Napi.. terima kasih kerana mengindahkan malam saya....

Pada mulanya kami merancang ke nando's tapi disebabkan tempat sudah penuh maka Meor, si perancang majlis pun bertukar tempat ke uncle k's kopitiam. Boleh tahan juga la makanan di sana. Selepas itu, kami makan pula cheese cake yang sangat sedap tu yang disumbangkan oleh cik pah dan suami. Terima kasih cik pah & en. imran yang sporting....

Walaupun majlis agak sederhana mungkin kerana persiapan yang agak tergesa-gesa, tapi suasana tetap meriah. Apatah lagi dengan kehadiran cik pah kesayangan kami. 3 tahun memori bersama cik pah akan sentiasa terpahat dalam hati saya.

Saya masih ingat lagi ketika kali pertama berjumpa dengan cik pah. Masa itu saya dipanggil untuk temuduga bagi ijazah dalam penerbitan. Takutnya saya masa itu. Risaunya saya jika gagal temuduga itu. Tapi kata-kata akhir cik pah sebelum saya melangkah keluar dari bilik temuduga menyakinkan saya bahawa saya akan menjadi salah seorang warga penerbitan.

3 tahun sepanjang kami bersama cik pah sangat menyenangkan dan menyeronokkan (walaupun ada sesekali kami tidak bersependapat.. hehe..). Banyak betul ilmu yang dicurahkan. Terima kasih cik pah kerana tak jemu-jemu mengajar kami dan melayan kerenah kami sekelas. Terima kasih kerana menjadikan kami seperti sekarang ini. Terima kasih kerana sentiasa memahami kami dan ampunkan kami di atas kekhilafan kami yang mungkin pernah mengecilkan hati cik pah.

Aduh, kami tentu akan rindu dengan cik pah terutama ayat keramatnya, lenge.. hahaha..
Moga cik pah tidak lupa pada kami yang lenge ini. Harap-harap dinginnya UK tidak mendinginkan ingatan cik pah pada kami.

Harap-harap perjumpaan kali ini tidak bernoktah di sini. Harap-harap perjumpaan seterusnya lebih ramai lagi yang boleh turut serta. Rindunya saya dengan kamu semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan