Rabu, Mac 25, 2009

manusia sombong

Saya tahu.. pagi-pagi, memang semua orang berkejar untuk ke tempat kerja. Apatah lagi kalau kita sudah terlambat ke tempat kerja. Tapi itu bukan alasan untuk kita buat jalan raya seperti kita punya. Ikutlah peraturan. Tolonglah bersikap sopan-santun dan berhemah skit. Janganlah sombong sangat, encik kembara oii. Bukankah kereta saya sudah berada sedikit di depan kereta encik. Mengapa tidak mahu memberi jalan kepada saya malah melanggar cermin sisi kereta saya sebanyak 2 kali? Sudahlah begitu, jangan kata meminta maaf.. senyuman atau air muka bersalah pun tidak ada. Malah riak sombong pula diberi. Mengapa begitu sombong wahai encik kembara?

Tiba-tiba saya teringat akan kata-kata kawan saya. Katanya, orang KL ni self-centred, mementingkan diri, sombong. Ya, mungkin tapi tak semua macam tu. Saya rasa saya bukan begitu.. hehehe.. Bila saya ceritakan pada fatin tadi, dia kata, "agaknya bergaduh dgn isteri kat sebelah kot". Bergaduh? ai.. janganlah orang lain jadi mangsa. pastu dia kata lagi "tak semua orang mcm akak, always try to be positive and thinks about people first." ai.. tu satu pujian untuk menyedapkan hati saya ke? tapi betul juga.. everyone has their dark side kan?? takpe la encik kembara.. saya sudah maafkan anda, cuma saya sedikit kesal. Dengan sikapnya mungkin. Ini baru pakai kembara, agak-agaknya kalau encik pakai kereta mewah yang lain..mungkin lori pun encik boleh langgar..aiii..

2 ulasan:

  1. bercerita pasal keta ni, anak dato kat tnb ni nak jual keta mini cooper dia .harga 200ribu ke 80ribu.
    if jadi gf dia, dapat free.
    anda berminat? hahaha

    BalasPadam
  2. ye.. memang berminat.. tapi persoalannya, minatkah dia pada saya?? hahha..

    BalasPadam