Jumaat, April 03, 2009

nak berenti keje la camni...

Akhirnya tadi, cik fatin anta gak resign letter dia kat mrs.bos.. setelah saya memberikan sokongan padu kepadanya (ni bukan kes jeles suruh dia berenti cepat ye..). Cik fatin telah mendapat offer yang lebih bagus dari sekarang... bukan dari segi gaji tapi lebih kepada scope keje yg diidamkan.. bak kata cik fatin..

Tapi, setelah 30 minit berada di dalam bilik mrs.bos, akhirnya dia pun keluar dengan muka monyok. Kenapa? kerana resign letternya telah ditolak. Mrs.bos meminta dia mempertimbangkan semula keputusannya. Malah mrs.bos telah memberi tawaran yang sama hebat dgn company yang baru.

Aikkk.. nak minta keje pn susah.. nak berenti pn susah.. untung betul cik fatin...
Sebelum balik tadi, dia kata dia akan buat solat istikharah...(tapi hatinya berat untuk berenti)

Hai.. mrs.bos sanggup nak naikkan gaji dia ke tahap yang di-offer oleh company lain..
Agak-agaknya boleh tak kalau saya pun nak buat-buat berhenti kerja untuk minta gaji naik.. hahahaha.....

1 ulasan: