Jumaat, November 20, 2009

darjah lima..

Darjah Lima. Saya duduk sebelah Iqram. Cikgu Rosnah yang tentukan supaya tak duduk dengan kawan-kawan sendiri [maksudnya geng-geng borak..hehehe]. Sengsara betul mula-mula nak duduk sebelah Iqram ni. Mana taknya. Dari darjah satu sampai darjah empat saya duduk sebelah Ros [kawan baik saya dari darjah satu sampai darjah enam]. Tup-tup kena duduk sebelah budak lelaki. Aish..blur kejap.

Iqram ni baiklah. Tapi budak lelaki. Mestilah ada nakalnya. Kadang-kadang buli saya. Kadang-kadang back up saya. Terutama masa kuiz sifir. Cikgu Rosnah akan rotan siapa-siapa yang tak hafal sifir. Lepas habis kuiz, Cikgu Rosnah akan suruh kawan sebelah tandakan. Mungkin agaknya kerana Iqram kesian tengok tangan saya yang comel ni asyik kena rotan je, dia akan betulkan aje sifir saya. Hehehe.. Aiceh… sifir ni memang saya paling benci. Banyak kali hafal pun tetap tak ingat. Nasib baiklah si Iqram ni baik hati mengajar trick nak hafal sifir ni. Walaupun mulutnya bising marahkan saya ni benak sangat nak menghafal sifir. Kureng betul..

Iqram ni ada kawan baik. Nama dia Nizam. Nizam ni kecik je orangnya tapi sangat nakal. Dia ni duduk depan meja kami. Sebelah Nizam, budak laki hitam manis yang saya tak pasti keturunan dia. Hahaha… Nama pun hebat. Mas Wira. Saya rasa kalau dia super hero. Tentu tak payah tukar nama. Mereka bertiga ni memang excellent dalam Math.. aii..

Cikgu Rosnah rajin bagi kerja berkumpulan. Dia akan bahagikan kepada empat orang dalam satu kumpulan. Selalunya kumpulan-kumpulan kecil tu terdiri dari jiran-jiran depan dan belakang. Kumpulan saya. The three musketeer and a princess. Tentu-tentulah saya si puteri tu..ahaks. Si musketeer tu anak-anak jin tiga orang tu la.

Ikut dongengan, si musketeer menjaga sang puteri. Wah.. bahagianya ada tiga orang bodyguard menjaga saya. Tapi kenyataannya. Si puteri ini yang kena buli. Bila ada apa-apa aktiviti berkumpulan. Saya yang kena tulis. Tapi diorang yang bagi jawapan. Hahahaha.. Kadang-kadang Iqram akan tolong saya tulis bila dia tengok saya terkial-kial. Saya jarang terlibat dalam aktiviti memberi idea dan jawapan. Kadang-kadang ada juga. Cuma dalam hal-hal berkaitan matematik, jawapan merapu saya selalu ditolak. Hahhaha.. jadi, adakah saya kena buli sebenarnya? Alamak.. saya pun tak pasti istilah dibuli sebenarnya sebab saya yang rajin buli orang dari kecik. Wakakkakaka..

1 ulasan:

  1. Turn your mobile phone into an extraordinary gadget with LED Black - Berry apps.

    The Decorative LED Lighting can be utilized in house lamps to set
    a mood, to light up areas that need better lighting, or just to make every day issues easier to see.

    The LED light provides more light and less energy use.


    My web page ... Tischleuchten

    BalasPadam