Khamis, November 19, 2009

peta minda...

Pagi ni ada training tentang Buzan Mind Mapping®. Kata bos, berkaitan dengan projek tahun depan.


Penceramah, pensyarah pusat bahasa UiTM yang memang ada lesen dengan Buzan Mind Mapping® ni (?). Nasib baik bukan pensyarah yang mengajar subjek BEL di fakulti saya. Kalau tak, mahu saya sorok muka bawah meja. Hehehe..

Kata penceramah tu, mind mapping® ni boleh digunakan untuk macam-macam. Untuk nota. Untuk mesyuarat. Untuk presentation. Untuk diari. Untuk senarai barang dapur. Hatta, untuk hal kahwin dan percintaan. Betul. Dia siap tunjuk bukti lagi macam mana seorang gadis di Taiwan guna mind mapping® untuk buat keputusan hal-hal kahwin. Hebat betul.

Seronok juga masuk training ni. Tak mengantuk pun. Ajaib kan. Yang best, rasa cam balik ke zaman sekolah pula. Lukis-lukis. Kaler-kaler.

Lunch tadi, cik Nazrie bergosip. Bermula dari dalam kereta. Sampai di tempat makan, lepas order makan, dia lupa apa yang dia nak gosip yang dia nak sambung. Lepas tu saya kata, lain kali kau buat mind mapping lah..senang nak ingat. Hahahaha..

Agak-agak, kalau buat blog dengan mind mapping® best tak? Hahhahahahaha…

1 ulasan:

  1. aku pun master mind mapping ni. ko nak tengok tak fiza?


    awan pertama: check sms dan call register
    awan kedua= monitor pergerakan
    awan ketiga = check penggunaan kredit kad. kedai mana pergi
    awan keempat =check lagi mana2 yang tak check
    awan kelima= laporan wajib


    tapi tajuk peta minda ni tak tahu apa
    ehhehe

    BalasPadam