Khamis, November 26, 2009

ohh..my gucci..

Semalam. YM dengan en.mugi. Plan nak tengok Pisau Cukur.

Suruh dia booking tiket. Konon lebih senang. Tapi seat untuk booking cuma baris depan skrin. Ape kes? Seat tak bagus langsung.
So, plannya kitorang main redah aje. Sambil tu buat plan B. Kalau-kalau seat full.
En.mugi senaraikan filem yang berkemungkinan untuk ditengok kalau Pisau Cukur tak dapat tengok.
Dalam banyak2 list tu, tetibe dia kata ada cite Jalang (WTH).. citer ape ni? hahhaha.. sila abaikan citer tu.. hahha..
Saya cadangkan tengok Phobia 2. Tapi en.mugi kata.. itu pilihan terakhir.. hahhaha.. penakut punyer orang. [memang pun… baru tengok trailer santau.. da tutup muka… macam mana nak ajak tengok ni.. aishh]

Pukul 9 kami ke TGV sunway pyramid. Memang main redah je dengan berpakaian ala-ala pergi pasar. Hahaha.. mentang-mentang pyramid tu sekangkang kera dari rumah. Nasib baik ada seat lagi. Walaupun couple seat je yang tinggal. Hahhaha.. 1st time duduk kt couple seat. Best jugalah. En.mugi siap boleh bersila lagi [oo..mungkin menunjukkan saya da kurus..wahahhaha].

Ok.. cerita start.
Memang boleh bagi 5 bintang. Jalan cerita ringkas tapi best. Dari awal sampai habis buat saya tergelak.
Kira tak rugilah kami tengok Pisau Cukur.

1st time tengok Maya berlakon watak ala-ala gedik tapi sopan. Uuu.. sangat comel.
Fazura. Memang saya suka tengok dia berlakon. Sangat comel. Ohh..my prada.. hahhahah..
Aaron Aziz. Salah satu sebab saya nak tengok cerita ni. so.. hensem..
Tapi faqir si gigi besi tu sape pulak ek? Da lupa nama dia. Pergh.. beruntung dapat menari dengan Maya Karin. Jelesnya.. hehhe..

Kesimpulannya, cerita ni memang best. Gandingan pelakon baru dan lama memang marvelous. Hehehe..
Siapa yang tak tengok lagi. Pergilah tengok. Tak rugi. Sokonglah industri perfileman kita. Hahhaha..

BTW..
 
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. MAAF ZAHIR BATIN.

1 ulasan: