Rabu, Oktober 22, 2008

belanja kahwin...

Hari ini, kami bercerita pasal belanja kahwin. Bukan pasal mas kahwin tapi pasal belanja kahwin keseluruhannya. Shina dengan bestnya, menghantar email tentang senarai belanja kahwin dia. Excited juga saya nak tengok perancangan belanjawan dia.

Bila saya buka sahaja excel yang mempunyai senarai belanjawan dia, saya tepuk dahi sekejap. Banyak betul perbelanjaan dia ni. Bak kata zura, boleh beli sebiji vios ni. Takutnya saya...

Teringat saya pasal semalam. Saya dan emak saya bersembang mengenai kawan adik saya yang tidak ada duit untuk isi minyak kereta dan terpaksa meminjam duit dari kawan-kawan untuk belanja. Malah kad kreditnya pun sudah melebihi had. Semuanya gara-gara membeli barang-barang kahwin yang mahal-mahal untuk bakal isterinya. Kesiannya dia... Emak pula sudah tentulah membebel-bebel... Belum jadi isteri sudah minta mahal-mahal.. Bila sudah jadi esok tak tahulah.. Nasib baiklah bukan anak dia yang kena.. kalau tidak emak saya sudah laser-laserkan bakal menantu dia itu.. heheh..

Kalau tanya saya, sederhana sudahlah.. Kesian bakal suami saya nanti kalau saya demand-demand. Tambahan lagi ekonomi sekarang tidak begitu memberangsangkan. Lebih baik saya suruh dia menyimpan untuk masa depan kami. Majlis kahwin kami grand atau tidak, itu tidak menjadi masalah. Yang penting, kemeriahan itu yang kami rasa.

Aduh.. berangannya saya.. calonnya pun tidak ada lagi.. maknanya jauh lagilah majlis kahwin saya ya.. Yang ada dalam to do list saya sekarang pun; kumpul duit untuk sambung master saya. Harap-harap tahun depan, impian saya tercapai.

Bila agaknya kahwin tu hendak diletakkan dlm list saya ya? Emak sudah bising-bising bila saya kata hendak kahwin dalam masa 5 tahun lagi (jangkaan saya je..). Hahahaha.. saya cuma gelak sahaja.. Saya berserah saja jodoh saya kepada Allah S.W.T. Kalau sudah ditetapkan, jangankan 5 tahun.. 5 minit lagi pn saya boleh berkahwin.

p/s: saya selalu berdoa untuk mendekatkan jodoh saya dengan lelaki yang dapat membimbing saya sama ada dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.. Amin..

2 ulasan:

  1. tu belanja ..tentative ,kena ada..semua barang sebelum kira harga diskaun, sebelum kira harga suh orang belikan seperti ko wajib, sponsor satu dulang. rileks , sederhana la tu aku ..time ni la demand,pasni da takde dah...belanja seperti biasa. apa2 pun, aku fikir nak yg terbaik je dlm keseluruhan ..then , aku nak rompak wah chan, poh kong, RHB bank, last sekali bank islam lah.
    hahahah

    BalasPadam
  2. hahaha blur jap aku.... xpe2 aku leh jadi akuantan si shina nie fiza..... - zura

    BalasPadam