Khamis, Oktober 09, 2008

kebaya oh kebaya..

Hari ini kerja saya mencari design kebaya sahaja dari pagi sampai ke petang. Dari kebaya nyonya sampailah ke kebaya moden indonesia. Cantik-cantik belaka sampai berpinar sekejap mata nak pilih mana yang sesuai.

Akhirnya ada satu design yang sesuai dan cantik pada pandangan mata saya. Design ini akan saya simpan untuk majlis perkahwinan hani tahun depan. Awal betul saya merancang. hehehe... Macam manalah saya tak teruja. Di antara 'geng lanun' kami, dialah orang yang pertama akan menamatkan zaman bujang. Tidak tercari perkataan yang sesuai untuk saya katakan bagi mengambarkan perasaan saya sekarang. Ketika mendapat tahu bahawa hani akan bertunang dengan pilihan hati, hati saya juga berdetik. Jodohnya sudah sampai. Saya pula? Walaupun umur sudah semakin meningkat tapi fikiran dan kelakuan sama sahaja. Sifat keanak-anakan dan kebudak-budakan masih lagi menebal.

Malah, saya rasa kematangan saya belum cukup untuk menempuh alam baru. Apatah lagi saya masih sendiri. Walaupun terasa sunyi tetapi kadang-kadang saya lebih selesa begini. Bukan saya tidak ada perasaan. Saya juga meminati seseorang (si dia yang jauh di selatan) tetapi saya takut untuk berterus terang. Jadi, saya lebih senang begini.

Emm, dalam mencari-mencari design kebaya di internet, saya terjumpa satu gambar baju panjang nyonya. Menarik pula saya tengok. Saya memang ada satu pasang kain untuk ditempah petang ini. Harap-harap tukang jahit itu bolehlah buat mengikut design ini. Semenjak kerja ini, bermacam-macam jenis fesyen kurung dan kebaya ingin saya buat. Semasa belajar dulu, jangan harap saya hendak pakai sebarang kebaya. Memakai baju kurung pun sudah cukup bagus.

Cuma baru-baru ini sahaja saya bersemangat pula untuk mencuba bermacam-macam jenis baju kurung dan kebaya. Emak pula sudah bising-bising, takut saya perapkan sahaja baju-baju itu di almari. Dulu pun saya ada beberapa pasang kebaya. Pakainya sekali sahaja, kemudian saya simpan sahaja. Sudahnya saya beri pada adik saya sahaja.

Takpe, kali ini saya akan pakai semua baju itu. Azam hendak menjadi perempuan melayu terakhir ni. Harap-haraplah.. ahhahah...

3 ulasan:

  1. amboi...shopping kebaya ke?takpe..cuba ko jgn kalahkan nyonya tu..pakai la ala-ala beyonce ke, paris hilton ke

    BalasPadam
  2. hahaha fiza2, x saba aku nak jadi geng trafic lite kat majlis tunang hani nie..... hahaha kire meraikan geng " lanun " la nie... ehehe.. mari kiter berkebaya ya!!

    BalasPadam
  3. hahaha luper lak nak tinggalkan namaku di atas.... - zura

    BalasPadam