Khamis, November 05, 2009

mari kita bermaskara..

Ni kisah sabtu lepas. Entri agak panjang. Tak tau la kenapa saya rajin sangat nak tulis. Hahahhaha…
  1. Pagi-pagi lagi en.mugi ajak ke maskara shorties 09. Saya dengan gediknya setuju bila dia kata filem alif pn ada walaupun sepatutnya saya pergi menolong aka melangut kat kenduri kawin yong. Saya ckp dengan en.mugi, kita balik awal skit walaupun cakap dengan emak balik pukul 1.. waahahaha.. si keji..
  2. Kami cadang bertolak selepas balik dari kelas MySL. Saya ingat nak basuh kereta lepas kelas tapi cancel sebab hujan. Jadi, balik umah tukar baju elok sikit. Bukan sebab saya pakai baju koyak ye..choii.. Saya tukar tshirt yang ok skit pastu pinjam sweater busuk en.mugi. TERPAKSA. Sebab dia kedekut dgn sweater kelabu dia tu.. hahhaha..
  3. Sebelum memulakan pencarian rumah PENA, kami makan kat A&W. emm.. malu rasanya nak cerita hal yang terjadi kat situ. En.mugi memang orang yang tak senonoh. Si busuk. Bikin malu gue aja…
  4. Lepas makan, kami pun bertolak dalam hujan yang renyai [tp kadang-kadang lebat.. wahahah]. Dengan yakinnya, saya pun menderu masuk ke jalan tun razak. Sebab dengan yakinnya saya ingatkan mereka buat di sekitar perpustakaan negara. Cisss.. en.mugi rasanya purak2 cool di tepi. Kami sudah hampir ke jalan yap kwang seng dan jalan ampang. Lepas tu saya amik keputusan patah balik. Sekali tu, baru saya perasan en.mugi kata maskara shorties buat kat rumah PENA. Rumah PENA!! Bukan sebelah tupai-tupai ke? aiyoo.. Dengan bantuan skuad kecemasan, aiza memberi direction beserta landmark ke sana dari jalan kinabalu. TERIMA KASIH AIZA. Si mugi sangat gembira bila jumpa unta besar tu.. hahhaha..
  5. Disebabkan terlampau gembira bila jumpa jalan di puduraya, saya terlajak ikut jalan lain. Hahhaha.. tapi sebab saya seorang yang cool, saya jalan je ikut gerak hati. Last2 kami termasuk ke jalan sultan [cuaknya masuk ke situ, 1st time masuk dgn kereta.. hahhaha.. sebelum ni jalan kaki je]. Kami cari signboard jalan hang tuah tapi yang jumpa jalan hang jebat dan jalan hang kasturi. Emm.. en.mugi da gelak2. saya kata, sebelum jumpa ketua, kena jumpa sahabat2 dl kot.. hahhaha..
  6. Akhirnya dalam pukul 8 lebih kami pun tiba di sana. Masa tu hujan renyai2 tapi boleh membasahkan baju yang dipakai.. hahaha.. saya cube cari port baik tuk parking supaya senang keluar. Dalam mencari tu, ada bro pakai baju striking suh masuk satu tempat khas tuk parking. TERIMA KASIH BRO BAJU STRIKING. Mula2 parking kat sebelah kereta kelisa tapi saya tukar parking sebab kononnya dekat dgn ntah ape tanah yang saya da langgar. Nasib baik bumper depan ok sebab masa saya turun ada satu batu besar dekat situ. Hampir2 je. Lepas tu saya nak parking kat belakang kancil putih, tapi saya tak perasan tanah kt situ agak lembik. Mengaum kejap kereta saya nak lepas. Ciss buat malu je. Harap-harap takde orang perasan kejadian tu. Akhirnya saya parking di belakang kelisa biru tu je bila abg baju striking datang dan cakap “takpe, parking sini je. Nanti kalu ada sape2 nak kuar, kami akan buat pengumuman” aduhai, bro baju strikinggg.. kamu bikin saya maluuu!!
  7. Tanah lumpur di rumah PENA yang terlekat di side mirror n tayar kereta saya, masih ada lagi. Saya tak basuh-basuh lagi kereta tu. Hahhaha.. bukan malas tapi takde masa.. hahha.. lgpun skrg asyik hujan. Biarlah hujan je yang bersihkan.. hahhaha..
  8. Masa sampai, kami tengok ada yang berpayung kat luar. Tayangannya dibuat di dalam rumah PENA. Mungkin sebab hujan. Siapa yang awal dapatlah duduk di dalam. Si lambat seperti kami, berpayunglah di luar.
  9. Saya yang agak renek ni menghadapi masalah untuk melihat dari luar. Orang-orang di hadapan saya semuanya giant2 belaka. Hahhaha…En.mugi yang takde masalah ketinggian memanggil saya untuk melihat dari celah2 bro baju belang2. Ingat saya boleh nampak ke? waktu-waktu begini, kesabaran yang tinggi haruslah diamalkan. Saya pun berdiri di belakang kakak-kakak [err.. tak tau la kakak ke adik.. hahahha] yang ketinggian lebih kurang sama seperti saya. Akhirnya dapatlah kami tengok walaupun sebelah gambar sahaja.
  10. Tak tau pukul berapa [masa tu ujan da berhenti] tiba-tiba ada break dan pengumuman bahawa tayangan akan dibuat diluar. Oo… lega. Saya ingatkan saya kena berdiri kat luar sampai sudah. Kepala pun da sakit sebab asyik menyenget je. Hahhaha… Kami sempat sapa aliff yang macam busy tu sebelum cari tempat untuk duduk. Seharusnya kami mencari tempat yang terpencil. Konon-konon low profile, kata en.mugi. Ceit.. macamlah orang glamer.
  11. TERIMA KASIH untuk sepasang kapel [saya syak la] yang comel kerana sudi bagi kami tumpang duduk di atas kerusi yang dilapik dengan rain coat si bf [saya syak juga].
  12. TERIMA KASIH juga buat bro yang pass-along makanship muruku dia tu. Bagus perilakunya. Mempelawa orang sebelah-menyebelah. Boleh buat menantu tu.. hahaha..
  13. Saya paling suka 3 filem pendek yang ditayang. Filem Pintu oleh Akashdeep Singh, Pemburu Buaya Darat oleh tokrimau dan Hangus oleh Dean Sham.
    Pintu sangat dekat dengan hati saya. Teringat kat mak masa tu.. uuu.. pelakon adik beradik tu ingatkan saya pada en.mugi dan cik artis [err.. da tukar nama kan.. tak ingat.. ahhah]. Si abang yang sangat jahat pada adik dia.. wahahhahah..
    Pemburu Buaya Darat pula sangat kelakar. Sampai sekarang saya boleh ingat dialog si buaya darat tu. Memang tak boleh blah.. hahhahaha..
    Hangus pula buat saya tersengih.. terasa.. hahaha.. terasa sikitlah.. muka blur pipiyapong memang tak boleh blah..saya rasa dia boleh masuk pencalonan pelakon lelaki terbaik FFPM la.. hahha..
    Oo.. My Perfect Ana pun best. Sesuai untuk menyedarkan kaum adam.
    Saya tak reti nak review secara ilmiah dengan term2 yang betul.. jadi boleh lihat di sini untuk tgk review2 yang lebih tepat... hahhaha.. ini ialah apa yang saya rasa. Kalau ada jual VCD/DVD, saya akan line-up untuk beli. hehehe.. 
  14. Kami terpaksa pulang awal sebab teringatkan kenduri kawin yong. Hahahha.. kaki berat nak melangkah tapi terpaksa.. uuu.. lepas je filem alif ditayangkan, kami pun blah. Ooo.. citer aliff pn best. Buat saya ternganga. Tak tau nk respon ape. Lagu dia sangat annoy. Terngiang2 sampai sekarang. SEBAB AKU KACAK SANGAT.. Hahhaha.. alif minta izin download lagu tu ye. Hehehehe.. congratulation to u bro. awak boleh jadi lebih hebat lepas ni. “awak”?hahhaha… sorry, kitorg tak jumpe ko masa balik tuk ckp tahniah.
  15. En.mugi sempat rembat buku-buku sindiket sol-jah n yang lain malam tu. Saya tak rembat ape2. Kononnya nak rembat baju sindiket sol-jah tapi terlupa. Kenapa? Sebab.. hahhaha..
  16. Sebab saya sudah lupa bila en.mugi cakap pakcik naga [boleh ke panggil pakcik.hehehe] ada kat situ. Saya nak ambik gambar dengan pakcik naga tapi malu. Saya sudah blushing2.. ape kes kan?? Si bodoh.. hahhahhaha..
  17. En.mugi suruh ambik gambar dengan pipiyapong. Tapi saya tak mahu. Kenapa? Entahlah..agaknya saya lebih excited jumpe pakcik naga kot.. hahha.. si bodoh lagi.. hahhaha..
  18. Balik umah saya mengadu dengan en.mugi, menyesal. Dia sudah marah. Jangan cakap dengan saya, dia kata. Hahhahhaha…
  19. Mata saya berpinar-pinar sebab kena flash kamera betul2 depan muka saya… hahha.. takde la smpai buta kan.. tapi pening juga lak. Gara-gara en.mugi kata payung tertinggal di kerusi yang kami duduk tu. Dalam kelam kabut nak pi ambil, saya tak perasan ada sorang brother cameraman tengah sedia nak amik gambar. Sorry bro cameraman, mesti kamu bengang sebab ada gambar perempuan hodoh dalam gambar tu.. hahahah.. harap2 kamu tak nightmare. Hahahaha..
  20. Sampai rumah hampir pukul 12 malam. Saya memang jenguk muka sekejap sangat di dewan kenduri tu. Memang kena sebijik dengan makcik-makcik saya.. mak saya saja yang cool.. wahahhaha.. tapi saya tak kisah sebab saya da berseronok di maskara shorties.
  21. Tahun depan, Insya Allah saya nak datang lagi tgk maskara..

3 ulasan:

  1. eh.. rasa macam kamilah so called kakak2 yang berdiri depan kamu tu. 3 orang kan? hahaha

    lain kali tumpang je payung kami.

    BalasPadam
  2. shina-panjangkan..hahha..terlebih rajin aku ni..

    famia-erk..kamukah itu? hahhaha..
    kami malu2 kucing masa tu... hahahaha

    BalasPadam